Saturday 16 November 2013 | By: Zenith

RIWAYAT 3 : THE LONE RANGER



   “Ahh… Urut kuat siket Imran oi!”, satu suara memberi arahan dengan ceria.

   “Paap! Suapkan aku biskut Oat Krunch!”, suara yang sama terus memerintah gumbira.

   “Aiman, kipaslah ikhlas-ikhlas siket!”, mengarah dan terus mengarah.

   “John! Tuka lagu MP3 neh!”, seakan-akan raja!

   Di kamar pelajar tingkatan satu tersebut, Eqhwan sedang terbaring senang sambil tubuhnya diurut oleh seorang pelajar junior, telinganya pula disumbatkan dengan MP3 juga milik junior, malahan ‘dayang-dayang’nya juga merupakan pelajar junior tingkatan satu. Setia melayan kerenah dan permintaan seorang senior.

   “Syok nohh Abang Eqhwan.”, tegur Izwadi, salah seorang penghuni dalam kamar tersebut. Eqhwan tertawa puas. “Syok sangat! Ala, nanti hampa jadi senior, hampa buat la camni kat junior hampa plak.”, nasihat Eqhwan penuh ikhlas.

   “Inilah yang dinamakan…. Membuli dengan kasih sayang :) “, tambah Eqhwan lagi sambil tersenyum riang. Eqhwan, Ketua PRS yang amat rapat hubungannya dengan junior. Manakan tidak? Setiap pagi Ketua PRS tersebutlah yang menjadi insan yang bertanggungjawab mengejutkan junior-junior tingkatan satu itu bangun untuk menunaikan solat subuh. Pada malamnya pula, Ketua PRS itu juga yang bersama-sama menyertai halaqoh bacaan Al-Mulk dengan pelajar junior itu. Tatkala cuti, Ketua PRS itu akan merelakan dirinya menjadi guru kepada junior-junior tersebut sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam dunia pembelajaran.

   Nah! Siapa kata Ketua PRS tak buat kerja?

   Tambahan lagi, perangai pemuda berkaca mata tersebut yang agak keanak-anakan menjadikan dia lebih mudah mesra didekati para junior.

   “Eh, Eqhwan. Aku nak juga!”, kata Faiz, atau lebih mesra dengan gelaran ‘Paiq’, merupakan sahabat paling rapat dengan Ketua PRS tersebut. “Hehehe.. Take turn my friend, take turn.”, balas Eqhwan.

   “Mana plak pi junior yang lain neh?”, kata Paiq sambil matanya meliar memandang seluruh kawasan kamar. Junior-junior yang lain seperti Megat, Syamil, Bulat, Syairazi dan Pain tidak kelihatan. “Ish Abang Paiq ni, suka tanya soalan pelik-pelik. Dah pukul lima setengah ni, depa pi riadah la.”, jawab Aiman spontan.

   “Razwan dengan Danny pun pi riadah?”, soal Eqhwan pula. “Tak, depa pi latihan nasyid, suara depa kan macam Justin Bieber.”, seronok John berseloroh. Penghuni dalam kamar tersebut ketawa ceria.

   “Ehem… Assalamualaikum.”, tiba-tiba satu salam menyapa. Deraian tawa terhenti.

   “Wa’alaikumussalam. Eh! Ustaz!”, kata Paiq dalam nada gelabah. Rasa bersalah kerana tidak turun beriadah. Ustaz Pauzi tersenyum, “Eqhwan, kamu tak pergi riadah? Kamu pun Faiz?”, tegur ustaz. Matanya terfokus ke arah Paiq, seorang pengawas sekolah merangkap Kapten Rumah Lamda.

   “Err… Sebenarnya saya ada dekat bilik junior ni sebab nak ajak Eqhwan beriadah, tapi dia tak mau ustaz. Adehh!!!”, paha Paiq dicubit Eqhwan tatkala pemuda tersebut sedang berbicara. Kepala Ustaz Pauzi bergelengan. “Hah, kamu semua pelajar tingkatan satu ni kenapa tak turun riadah?”

   “Ala ustaz, kami semua beriadah atas katil ja tak boleh ka?”, jawab Izwadi penuh lucu. Rakan-rakannya tertawa kecil. “Haih, tak baik lawan cakap ustaz. Dah-dah, sambung urut malam ni ya. Sekarang, pi riadah.”, pujuk Eqhwan persis seorang abang mithali.

   “Alooohhhh….”, rungut pelajar-pelajar tingkatan satu tersebut. Namun tetap akur.

   Ustaz Pauzi memerhatikan sahaja cara Eqhwan melayan pelajar-pelajar junior tersebut. Dalam hatinya, timbul perasaan kagum.

   Tersenyum.

*   *   *

   “Ah!! Aku dah lambat ni!”

   Azim, pelajar tingkatan satu bergegas menuju ke arah Dewan Bitara sambil membawa raket badminton miliknya. Latihan badminton telah pun bermula.

   Berlari dan terus berlari, sehingga pelajar bernama Azim tersebut terserempak dengan seorang senior yang cukup digeruninya. “Ah! Er… Assalamualaikum Abang Amin.”, usai memberi salam dan tunduk sedikit, Azim segera mengatur langkahnya menuju ke destinasi utama.

   “Azim!”, panggil Amin penuh tegas.

   SRREETTT!!!

   Larian Azim terhenti serta-merta, seakan-akan kakinya terpaku mendengar suara senior tingkatan lima tersebut. Segera kepalanya tertoleh ke arah Aminudin. “Ya Abang Amin? Ada apa?”, tercungap-cungap Azim mengatur bicara.

   “Hang dah solat Asar?”

   Soalan Amin menimbulkan kerisauan dalam diri Azim kerana pelajar tersebut masih belum menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim pada petang itu. “Erkk… Arr… Belum Abang Amin.”, Azim menjawab dalam nada ketakutan. ‘Mampuslah aku!’, bisik hati kecil Azim. Risau.

   “Belum?!”, genggaman pada tangan Amin tercipta. Geram mendengar jawapan daripada junior itu.

   ‘Kau marah orang sebab diorang tak pergi surau! Tapi kau sedar tak Amin? Yang diorang tak pergi surau sebab diorang marah dekat kau!’

   Kata-kata yang dilontarkan oleh Eqhwan beberapa hari lepas kembali menjengah ke dalam pemikiran Aminudin. Pemuda tersebut menarik nafas sedalam mungkin bagi menstabilkan emosi amarahnya. Perlahan-lahan, Amin mengatur langkah mendekati Azim.

   “Azim, aku pun ada latihan badminton petang ni, tapi aku dah solat Asar. Maka, hang tak ada alasan untuk melewat-lewatkan solat.”, mata Amin memandang tepat ke arah Azim yang sedang tertunduk ketakutan. Junior itu terdiam bersalah.

   “Ini kali pertama dalam hidup aku, aku bagi orang peluang hang tau? Baik hang pi solat sekarang, atau aku akan solatkan kau nanti.”, sambung Amin dengan nada serius. Mata merahnya menjegil!

   “Ba… Baik Abang Amin.. Saya pergi solat sekarang.”, akur Azim.

   Aminudin tersenyum.

*   *   *

   “Ahh! SAMPAH! SAMPAH! Hampa ni pandai nyanyi ke tak?!”

   Anas mula meninggikan suara. Dua pelajar tingkatan satu, iaitu Razwan dan Danial pula menjadi mangsa. Ahli-ahli nasyid yang lain sekadar memerhatikan sahaja.

   “Razwan, pitching hang lari! Dah berapa kali aku nasihat?”, kata Anas penuh emosional.

   “Danial, tempo hang hancur! Arghhh!”, tertekan ketua kumpulan nasyid tersebut dibuatnya. Manakan tidak, pertandingan nasyid hanya tinggal seminggu sahaja lagi, namun nyanyian mereka masih belum mantop. Anas memejamkan mata, bertafakur sebentar.

   “Hah! Danial, Razwan … Hampa boleh main percussion?”, soal Anas.

   Razwan dan Danial saling berpandangan. “Boleh ja, tapi ustaz suruh saya jadi second voice kali ni.”, jawab Danial. “Aah Abang Anas, saya pula ustaz suruh jadi third voice, jadi tak boleh lah nak main percussion.”, sambung Razwan pula.

   Anas mengeluh kuat. “Haih, sapa ketua kumpulan nasyid ni? Aku ke ustaz?”, provok Anas.

   “Mestilah Abang Anas.”, jawab Razwan “Tapi Abang Eqhwan pesan, kita kena fight for our right sebab….”

   PANGG!!!

   Genggaman tangan Anas menumbuk dinding kayu bilik nasyid tersebut. Terlampau marah!

   “Arghhh!! Hampa suruhlah Abang Eqhwan hampa tu masuk nasyid! Huh!”, teriak Anas. Rimas! Panas! Lantas pemuda tersebut terus keluar meninggalkan anak-anak buah nasyidnya sendirian.

   “Eqhwan! Eqhwan! Eqhwan! Dah tak dak orang lain ka dalam dunia neh?! Arghhh!!!”, bebel Anas sendirian sambil bergegas berjalan pulang ke kamar. Stress!

   PAPPP!!!

   “ADUH!”

   “Ya Allah!”

   Anas bertembung dengan seseorang di pertengahan jalan. Kedua-dua mereka jatuh terduduk.

   “Hang buta …. Ahhh?”, bicara cacian Anas lesap dibawa angin. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Di hadapannya kini muncul sang bidadari. Sungguh anggun nan berseri. Mata coklat milik Anas langsung tidak berkelip. Langsung! Hatinya berbunga-bunga mesra.

   Selama ini, Anas Asyraf telah berkali-kali ‘dilamar’ oleh ramai gadis jelita di sekolah tersebut, namun semuanya ditolak sementah mungkin. Tetapi kali ini, perasaan ini, gadis di hadapannya kini, sungguh berbeda.

   “Astaghfirullah, maafkan saya Abang Anas. Saya tak sengaja. Maafkan saya.”, rayu pelajar perempuan tersebut. Wajahnya merah menahan malu. “Abang Anas tak apa-apa?”

   ‘Ahhh… Abang Anas …’

   Bicara Anas terkunci, lidah terkelu, bibir terpaku. “Ahhh? Eh? Tak, tak! Awak tak salah, saya yang salah. Saya jalan pakai bulu hidung tadi. Maafkan saya.”, Anas sempat berjenaka. Si gadis pula menyambut dengan tawa manis. “Abang Anas ni.. Kelakarlah.”, pelajar perempuan tersebut tersenyum sipu, lantas bangun berdiri. “Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dahulu ya Abang Anas. Assalamualaikum.”, pinta gadis tersebut. Sopan.

   “Eh jap! Jap!”, Anas menahan, “Nama awak siapa ya?”

   Si gadis menoleh kembali ke arah Anas, si dia tersenyum. “Nama saya… Elisa.”

   Hati Anas bagaikan ditusuk dengan panahan cinta tatkala si gadis ayu menyatakan nama empunya diri. ‘Ya Allah… Apakah ini…. CHENTA?’, monolog Anas. Penuh berbunga <3

   Di suatu sudut yang lain, muncul sepasang mata. Mata yang sudah lama setia memerhati gerak geri pemuda bernama Anas serta si gadis penuh seri. Mata itu milik Aminudin.

   Dan dia tersenyum.

   Licik!

0 comments:

Post a Comment