Saturday, 16 November 2013 | By: Zenith

PROLOQUE : BADAR BUKAN MALAIKAT


BADAR : CAHAYA KEGELAPAN

PROLOQUE : BADAR BUKAN MALAIKAT

Badar itu bukan malaikat
Sempurna iman senantiasa taat
Sungguh, mereka manusia
Punya cela, punya cacat
Jauh amat dari kemaksuman.

Namun,
Atas dasar cinta,
Mereka berjuang!
Pedang Islam dihunus ke langit.
Jahiliah hancur ditumpas sengit!

Da’ie Muda,
Amanah terpikul di pundak.
Menyuluh syiar Islam,
Terus menerangi alam.

Apakah mampu mereka berjihad?
Tatkala hati bersatu….
TIDAK!

*   *   *

“Pergi MAMPUS lah hang!”

PHANGGGG!!!

   Satu hentakan kuat berdentum! Tubuh jasad terhentak di dinding batu. Mangsa meraung kesakitan menahan perit seksa. “Ahh.. Maafkan saya Abang Amin…. Maafkan saya!”, rayu pelajar tingkatan satu bernama Hidayat. Penuh sadis.

   Lelaki bertubuh sasa berdengus kuat. Dia, Muhammad Aminudin Che Omar. Terkenal lagi dikenali sebagai senior yang panas baran lagi menakutkan! “Hang ingat dengan mintak maaf, masalah ni boleh selesai?”, langsung tiada belas ihsan dalam tutur bicaranya.

   “… Tak.. Tak boleh…”, teresak-esak Hidayat mengatur kata, badannya sakit. Sakit ya amat!
   “Dah tu?! Kenapa mintak maaf jahanam?!”, ngauman Aminudin mengiringi tendangan padu yang hinggap di belakang tubuh Hidayat. Kuat!

   “ARGGHHHHHH!!!”, jeritan Hidayat meronta-ronta! Tubuh pemuda tersebut terhenyak lemah.
   Aminudin tersenyum. Hati keras. Perlahan-lahan pemuda tegap tersebut berjalan mendekati Hidayat. Kolar baju pelajar tingkatan satu itu disentap kuat, dengan serta-merta tubuh lemah Hidayat ditarik mendekati jasad Aminudin. Tikaman tajam mata Aminudin menusuk jiwa Hidayat yang sedang ketakutan.

 “Kalau lepas ni, aku dapat tau yang hang tak solat kat surau, …”, bibir Aminudin berbisik kepada telinga mangsanya.
   “…Hang nahas!”

   “Arrrggghhhhh!!!”

*   *   *

   “Tuan Yang Dipertua Dewan, selaku pembangkang kedua pada hari ini, saya menyokong serta mendokong hujah-hujah ketua pembangkang yang berpijak atas paksi kebenaran dengan menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan negara, khususnya dalam bidang pengajian sains adalah tidak wajar sama sekali.”

   Seorang pemuda berkaca mata petah berhujah. Lawannya di pihak kerajaan mengangguk-angguk mendengar lontaran kata.

   “Mana tidaknya, Negara Malaysia yang tercinta masih segar di dalam proses membangun dalam usaha untuk mencapai status negara maju. Terbukti, Malaysia masih perlu mencedok ilmu-ilmu barat bagi merealisasikan aspirasi tersebut. Nah, sekiranya mahu menguasai ilmu barat, sudah tentu kita perlu menguasai bahasa mereka sebagai wasilah utama!”, kepetahan tanpa batasan, pembangkang kedua tampak amat yakin ketika berbicara.

   Lapan minit berlalu pantas. Sidang perdebatan bertemu garis penamat. Pihak pembangkang menjuarai latihan perbahasan pada malam tersebut.

   “Cantiklah Abang Eqhwan! Kita menang lagi!”, sorak Ikhmal Danial, selaku ketua pembangkang. “Eh Ikhmal, jangan puji lebih-lebih sangat, nanti kembang pula Abang Eqhwan.”, sakat Mustaqkim yang berperanan sebagai pembangkang ketiga. Seronok, mereka bertiga ketawa keriangan.

   Ikhmal dan Mus merupakan pelajar tingkatan satu cuma, walhal insan yang bergelar Abang Eqhwan tersebut sudahpun menjadi senior di tingkatan lima. Namun, faktor umur bukanlah penghalang kepada kemesraan mereka bertiga.

   Cermin mata Eqhwan dibetulkan posisinya. “Hahaha… Sia-sialah abang jadi Ketua PRS kalau tak pandai bercakap!”, balas Eqhwan sambil menggosok-gosok kepala junior. Teramat megah dengan jawatan sandangannya.

*   *   *



   Pemuda bersongkok senget mengalunkan alunan nasyid penuh gemersik kemerduan.

   “Pergh! Sedap gila suara hang Anas. Boleh ganti Maher Zain bak hang!”, pujian Redzuan Ahmad melangit. Sungguh, pujian tersebut bersulam kebenaran, suara Anas sememangnya lunak dan merdu.

   Siapa tak kenal dengan Anas Asyraf? Pemuda kacak tersebut telah menyertai pertandingan nasyid sedari awal usianya lagi. Suaranya yang indah dengan wajah yang tampan menjadikan Anas salah seorang jejaka idaman di sekolah tersebut. Sekali gadis terpandang, sudah pasti hati tertawan. Sungguh, pemuda itu menjadi rebutan para gadis di sekolah tercinta.

   Anas tersenyum. “Heh, aku tahu. Suara aku suara yang paling sedap dalam sekolah ni.”, balas Anas. Angkuh. “Tahun ni hang join nasyid lagi ka?”, musykil Redzuan . Anas tidak segera menjawab, pemuda tersebut bangkit berdiri bagi mengatur langkah pergi.

   “Aku tak perlu join nasyid …”, respon Anas.

   “Maksud hang?”

   Senyuman sinis terbit di bibir Anas, “Ustaz yang akan datang merayu kat aku supaya aku masuk nasyid. Heh!”, kata Anas sambil mula melangkah meninggalkan sahabatnya.

   “Tu hang nak pi mana?”, musykil Redzuan lagi.

   “Aku nak pi study kat surau.” Jawab Anas tanpa menoleh ke belakang.

   “Weyh, Prep kat kelas lah! Nanti kalau kantoi dengan warden, naya hang.”, pesan Redzuan yang turut merupakan Ketua Pelajar di sekolah tersebut. Menjadi rutin bagi pelajar sekolah asrama mengulangkaji di kelas masing-masing pada waktu kelas persediaan malam, namun Anas sering sahaja menidakkan kerutinan yang telah lama tercipta.

   Langkahan Anas terhenti seketika, lantas wajah Redzuan dipandang tajam. “Sepatutnya hang nasihatkan warden, bukan aku. Surau tu rumah Allah, bukannya macam kelas, campur lelaki perempuan. Hang habaq kat aku, mana lebih baik?”

   Redzuan terkunci bicara, bukannya kerana Ketua Pelajar itu mati hujah, namun, Redzuan sudah penat menasihati Anas yang suka mengikut kepalanya sendiri. Tanpa menunggu jawapan daripada Redzuan, Anas terus melangkah jauh.

   Pandangan mata Redzuan mengiringi langkahan sahabatnya.

   “Anas, Anas … “ , geleng Redzuan.

2 comments:

NUR ANIS SHAHIRAH said...

Kenapa x habis?

Zenith said...

sebab... aq nk wat sambungan dia insyaAllah :D

Post a Comment