BADAR : CAHAYA KEGELAPAN
PROLOQUE : BADAR BUKAN MALAIKAT
Badar itu bukan
malaikat
Sempurna iman senantiasa taat
Sungguh, mereka manusia
Punya cela, punya cacat
Jauh amat dari kemaksuman.
Namun,
Atas dasar cinta,
Mereka berjuang!
Pedang Islam dihunus ke langit.
Jahiliah hancur ditumpas sengit!
Sempurna iman senantiasa taat
Sungguh, mereka manusia
Punya cela, punya cacat
Jauh amat dari kemaksuman.
Namun,
Atas dasar cinta,
Mereka berjuang!
Pedang Islam dihunus ke langit.
Jahiliah hancur ditumpas sengit!
Da’ie Muda,
Amanah terpikul di pundak.
Menyuluh syiar Islam,
Terus menerangi alam.
Apakah mampu mereka berjihad?
Tatkala hati bersatu….
TIDAK!
Amanah terpikul di pundak.
Menyuluh syiar Islam,
Terus menerangi alam.
Apakah mampu mereka berjihad?
Tatkala hati bersatu….
TIDAK!
* * *
“Pergi MAMPUS lah hang!”
PHANGGGG!!!
Satu hentakan kuat
berdentum! Tubuh jasad terhentak di dinding batu. Mangsa meraung kesakitan
menahan perit seksa. “Ahh.. Maafkan saya Abang Amin…. Maafkan saya!”, rayu
pelajar tingkatan satu bernama Hidayat. Penuh sadis.
Lelaki bertubuh
sasa berdengus kuat. Dia, Muhammad Aminudin Che Omar. Terkenal lagi dikenali
sebagai senior yang panas baran lagi menakutkan! “Hang ingat dengan mintak
maaf, masalah ni boleh selesai?”, langsung tiada belas ihsan dalam tutur
bicaranya.
“… Tak.. Tak
boleh…”, teresak-esak Hidayat mengatur kata, badannya sakit. Sakit ya amat!
“Dah tu?! Kenapa
mintak maaf jahanam?!”, ngauman Aminudin mengiringi tendangan padu yang hinggap
di belakang tubuh Hidayat. Kuat!
“ARGGHHHHHH!!!”,
jeritan Hidayat meronta-ronta! Tubuh pemuda tersebut terhenyak lemah.
Aminudin tersenyum. Hati keras.
Perlahan-lahan pemuda tegap tersebut berjalan mendekati Hidayat. Kolar baju
pelajar tingkatan satu itu disentap kuat, dengan serta-merta tubuh lemah
Hidayat ditarik mendekati jasad Aminudin. Tikaman tajam mata Aminudin menusuk
jiwa Hidayat yang sedang ketakutan.
“Kalau lepas ni, aku dapat tau yang hang
tak solat kat surau, …”, bibir Aminudin berbisik kepada telinga mangsanya.
“…Hang nahas!”
“Arrrggghhhhh!!!”
“Arrrggghhhhh!!!”
* * *
“Tuan Yang Dipertua
Dewan, selaku pembangkang kedua pada hari ini, saya menyokong serta mendokong
hujah-hujah ketua pembangkang yang berpijak atas paksi kebenaran dengan
menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang
pendidikan negara, khususnya dalam bidang pengajian sains adalah tidak wajar
sama sekali.”
Seorang pemuda
berkaca mata petah berhujah. Lawannya di pihak kerajaan mengangguk-angguk
mendengar lontaran kata.
“Mana tidaknya,
Negara Malaysia yang tercinta masih segar di dalam proses membangun dalam usaha
untuk mencapai status negara maju. Terbukti, Malaysia masih perlu mencedok
ilmu-ilmu barat bagi merealisasikan aspirasi tersebut. Nah, sekiranya mahu
menguasai ilmu barat, sudah tentu kita perlu menguasai bahasa mereka sebagai
wasilah utama!”, kepetahan tanpa batasan, pembangkang kedua tampak amat yakin
ketika berbicara.
Lapan minit berlalu pantas. Sidang perdebatan bertemu garis penamat. Pihak pembangkang menjuarai latihan perbahasan pada malam tersebut.
Lapan minit berlalu pantas. Sidang perdebatan bertemu garis penamat. Pihak pembangkang menjuarai latihan perbahasan pada malam tersebut.
“Cantiklah Abang
Eqhwan! Kita menang lagi!”, sorak Ikhmal Danial, selaku ketua pembangkang. “Eh
Ikhmal, jangan puji lebih-lebih sangat, nanti kembang pula Abang Eqhwan.”,
sakat Mustaqkim yang berperanan sebagai pembangkang ketiga. Seronok, mereka
bertiga ketawa keriangan.
Ikhmal dan Mus
merupakan pelajar tingkatan satu cuma, walhal insan yang bergelar Abang Eqhwan
tersebut sudahpun menjadi senior di tingkatan lima. Namun, faktor umur bukanlah
penghalang kepada kemesraan mereka bertiga.
Cermin mata Eqhwan
dibetulkan posisinya. “Hahaha… Sia-sialah abang jadi Ketua PRS kalau tak pandai
bercakap!”, balas Eqhwan sambil menggosok-gosok kepala junior. Teramat megah
dengan jawatan sandangannya.
* * *
Pemuda bersongkok
senget mengalunkan alunan nasyid penuh gemersik kemerduan.
“Pergh! Sedap gila
suara hang Anas. Boleh ganti Maher Zain bak hang!”, pujian Redzuan Ahmad
melangit. Sungguh, pujian tersebut bersulam kebenaran, suara Anas sememangnya
lunak dan merdu.
Siapa tak kenal
dengan Anas Asyraf? Pemuda kacak tersebut telah menyertai pertandingan nasyid
sedari awal usianya lagi. Suaranya yang indah dengan wajah yang tampan
menjadikan Anas salah seorang jejaka idaman di sekolah tersebut. Sekali gadis
terpandang, sudah pasti hati tertawan. Sungguh, pemuda itu menjadi rebutan para
gadis di sekolah tercinta.
Anas tersenyum.
“Heh, aku tahu. Suara aku suara yang paling sedap dalam sekolah ni.”, balas
Anas. Angkuh. “Tahun ni hang join nasyid lagi ka?”, musykil Redzuan . Anas
tidak segera menjawab, pemuda tersebut bangkit berdiri bagi mengatur langkah
pergi.
“Aku tak perlu join
nasyid …”, respon Anas.
“Maksud hang?”
Senyuman sinis
terbit di bibir Anas, “Ustaz yang akan datang merayu kat aku supaya aku masuk
nasyid. Heh!”, kata Anas sambil mula melangkah meninggalkan sahabatnya.
“Tu hang nak pi
mana?”, musykil Redzuan lagi.
“Aku nak pi study
kat surau.” Jawab Anas tanpa menoleh ke belakang.
“Weyh, Prep kat
kelas lah! Nanti kalau kantoi dengan warden, naya hang.”, pesan Redzuan yang
turut merupakan Ketua Pelajar di sekolah tersebut. Menjadi rutin bagi pelajar
sekolah asrama mengulangkaji di kelas masing-masing pada waktu kelas persediaan
malam, namun Anas sering sahaja menidakkan kerutinan yang telah lama tercipta.
Langkahan Anas
terhenti seketika, lantas wajah Redzuan dipandang tajam. “Sepatutnya hang
nasihatkan warden, bukan aku. Surau tu rumah Allah, bukannya macam kelas,
campur lelaki perempuan. Hang habaq kat aku, mana lebih baik?”
Redzuan terkunci
bicara, bukannya kerana Ketua Pelajar itu mati hujah, namun, Redzuan sudah
penat menasihati Anas yang suka mengikut kepalanya sendiri. Tanpa menunggu
jawapan daripada Redzuan, Anas terus melangkah jauh.
Pandangan mata
Redzuan mengiringi langkahan sahabatnya.
“Anas, Anas … “ ,
geleng Redzuan.
2 comments:
Kenapa x habis?
sebab... aq nk wat sambungan dia insyaAllah :D
Post a Comment