“Ahh… Urut kuat siket Imran
oi!”, satu suara memberi arahan dengan ceria.
“Paap! Suapkan aku
biskut Oat Krunch!”, suara yang sama terus memerintah gumbira.
“Aiman, kipaslah
ikhlas-ikhlas siket!”, mengarah dan terus mengarah.
“John! Tuka lagu
MP3 neh!”, seakan-akan raja!
Di kamar pelajar
tingkatan satu tersebut, Eqhwan sedang terbaring senang sambil tubuhnya diurut
oleh seorang pelajar junior, telinganya pula disumbatkan dengan MP3 juga milik
junior, malahan ‘dayang-dayang’nya juga merupakan pelajar junior tingkatan
satu. Setia melayan kerenah dan permintaan seorang senior.
“Syok nohh Abang
Eqhwan.”, tegur Izwadi, salah seorang penghuni dalam kamar tersebut. Eqhwan
tertawa puas. “Syok sangat! Ala, nanti hampa jadi senior, hampa buat la camni
kat junior hampa plak.”, nasihat Eqhwan penuh ikhlas.
“Inilah yang
dinamakan…. Membuli dengan kasih sayang :) “, tambah Eqhwan lagi sambil
tersenyum riang. Eqhwan, Ketua PRS yang amat rapat hubungannya dengan junior.
Manakan tidak? Setiap pagi Ketua PRS tersebutlah yang menjadi insan yang
bertanggungjawab mengejutkan junior-junior tingkatan satu itu bangun untuk
menunaikan solat subuh. Pada malamnya pula, Ketua PRS itu juga yang
bersama-sama menyertai halaqoh bacaan Al-Mulk dengan pelajar junior itu.
Tatkala cuti, Ketua PRS itu akan merelakan dirinya menjadi guru kepada
junior-junior tersebut sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam dunia
pembelajaran.
Nah! Siapa kata
Ketua PRS tak buat kerja?
Tambahan lagi, perangai pemuda berkaca mata
tersebut yang agak keanak-anakan menjadikan dia lebih mudah mesra didekati para
junior.
“Eh, Eqhwan. Aku
nak juga!”, kata Faiz, atau lebih mesra dengan gelaran ‘Paiq’, merupakan
sahabat paling rapat dengan Ketua PRS tersebut. “Hehehe.. Take turn my friend,
take turn.”, balas Eqhwan.
“Mana plak pi
junior yang lain neh?”, kata Paiq sambil matanya meliar memandang seluruh kawasan
kamar. Junior-junior yang lain seperti Megat, Syamil, Bulat, Syairazi dan Pain
tidak kelihatan. “Ish Abang Paiq ni, suka tanya soalan pelik-pelik. Dah pukul
lima setengah ni, depa pi riadah la.”, jawab Aiman spontan.
“Razwan dengan
Danny pun pi riadah?”, soal Eqhwan pula. “Tak, depa pi latihan nasyid, suara
depa kan macam Justin Bieber.”, seronok John berseloroh. Penghuni dalam kamar
tersebut ketawa ceria.
“Ehem…
Assalamualaikum.”, tiba-tiba satu salam menyapa. Deraian tawa terhenti.
“Wa’alaikumussalam.
Eh! Ustaz!”, kata Paiq dalam nada gelabah. Rasa bersalah kerana tidak turun
beriadah. Ustaz Pauzi tersenyum, “Eqhwan, kamu tak pergi riadah? Kamu pun
Faiz?”, tegur ustaz. Matanya terfokus ke arah Paiq, seorang pengawas sekolah
merangkap Kapten Rumah Lamda.
“Err… Sebenarnya
saya ada dekat bilik junior ni sebab nak ajak Eqhwan beriadah, tapi dia tak mau
ustaz. Adehh!!!”, paha Paiq dicubit Eqhwan tatkala pemuda tersebut sedang
berbicara. Kepala Ustaz Pauzi bergelengan. “Hah, kamu semua pelajar tingkatan
satu ni kenapa tak turun riadah?”
“Ala ustaz, kami
semua beriadah atas katil ja tak boleh ka?”, jawab Izwadi penuh lucu.
Rakan-rakannya tertawa kecil. “Haih, tak baik lawan cakap ustaz. Dah-dah,
sambung urut malam ni ya. Sekarang, pi riadah.”, pujuk Eqhwan persis seorang
abang mithali.
“Alooohhhh….”,
rungut pelajar-pelajar tingkatan satu tersebut. Namun tetap akur.
Ustaz Pauzi
memerhatikan sahaja cara Eqhwan melayan pelajar-pelajar junior tersebut. Dalam
hatinya, timbul perasaan kagum.
Tersenyum.
* * *
“Ah!! Aku dah
lambat ni!”
Azim, pelajar tingkatan satu bergegas menuju ke arah Dewan Bitara sambil
membawa raket badminton miliknya. Latihan badminton telah pun bermula.
Berlari dan terus berlari, sehingga pelajar bernama Azim tersebut
terserempak dengan seorang senior yang cukup digeruninya. “Ah! Er… Assalamualaikum
Abang Amin.”, usai memberi salam dan tunduk sedikit, Azim segera mengatur
langkahnya menuju ke destinasi utama.
“Azim!”, panggil Amin penuh tegas.
SRREETTT!!!
Larian Azim terhenti serta-merta, seakan-akan kakinya terpaku mendengar
suara senior tingkatan lima tersebut. Segera kepalanya tertoleh ke arah
Aminudin. “Ya Abang Amin? Ada apa?”, tercungap-cungap Azim mengatur bicara.
“Hang dah solat Asar?”
Soalan Amin menimbulkan kerisauan dalam diri Azim kerana pelajar
tersebut masih belum menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim pada
petang itu. “Erkk… Arr… Belum Abang Amin.”, Azim menjawab dalam nada ketakutan.
‘Mampuslah aku!’, bisik hati kecil Azim. Risau.
“Belum?!”, genggaman pada tangan Amin tercipta. Geram mendengar jawapan
daripada junior itu.
‘Kau marah orang sebab diorang tak
pergi surau! Tapi kau sedar tak Amin? Yang diorang tak pergi surau sebab
diorang marah dekat kau!’
Kata-kata yang dilontarkan
oleh Eqhwan beberapa hari lepas kembali menjengah ke dalam pemikiran Aminudin. Pemuda
tersebut menarik nafas sedalam mungkin bagi menstabilkan emosi amarahnya.
Perlahan-lahan, Amin mengatur langkah mendekati Azim.
“Azim, aku pun ada latihan badminton petang ni, tapi aku dah solat Asar.
Maka, hang tak ada alasan untuk melewat-lewatkan solat.”, mata Amin memandang
tepat ke arah Azim yang sedang tertunduk ketakutan. Junior itu terdiam
bersalah.
“Ini kali pertama dalam hidup aku, aku bagi orang peluang hang tau? Baik
hang pi solat sekarang, atau aku akan solatkan kau nanti.”, sambung Amin dengan
nada serius. Mata merahnya menjegil!
“Ba… Baik Abang Amin.. Saya pergi solat sekarang.”, akur Azim.
Aminudin tersenyum.
* * *
“Ahh! SAMPAH!
SAMPAH! Hampa ni pandai nyanyi ke tak?!”
Anas mula
meninggikan suara. Dua pelajar tingkatan satu, iaitu Razwan dan Danial pula
menjadi mangsa. Ahli-ahli nasyid yang lain sekadar memerhatikan sahaja.
“Razwan, pitching
hang lari! Dah berapa kali aku nasihat?”, kata Anas penuh emosional.
“Danial, tempo hang
hancur! Arghhh!”, tertekan ketua kumpulan nasyid tersebut dibuatnya. Manakan
tidak, pertandingan nasyid hanya tinggal seminggu sahaja lagi, namun nyanyian
mereka masih belum mantop. Anas memejamkan mata, bertafakur sebentar.
“Hah! Danial,
Razwan … Hampa boleh main percussion?”, soal Anas.
Razwan dan Danial
saling berpandangan. “Boleh ja, tapi ustaz suruh saya jadi second voice kali
ni.”, jawab Danial. “Aah Abang Anas, saya pula ustaz suruh jadi third voice,
jadi tak boleh lah nak main percussion.”, sambung Razwan pula.
Anas mengeluh kuat.
“Haih, sapa ketua kumpulan nasyid ni? Aku ke ustaz?”, provok Anas.
“Mestilah Abang
Anas.”, jawab Razwan “Tapi Abang Eqhwan pesan, kita kena fight for our right
sebab….”
PANGG!!!
Genggaman tangan
Anas menumbuk dinding kayu bilik nasyid tersebut. Terlampau marah!
“Arghhh!! Hampa
suruhlah Abang Eqhwan hampa tu masuk nasyid! Huh!”, teriak Anas. Rimas! Panas! Lantas
pemuda tersebut terus keluar meninggalkan anak-anak buah nasyidnya sendirian.
“Eqhwan! Eqhwan!
Eqhwan! Dah tak dak orang lain ka dalam dunia neh?! Arghhh!!!”, bebel Anas
sendirian sambil bergegas berjalan pulang ke kamar. Stress!
PAPPP!!!
“ADUH!”
“Ya Allah!”
Anas bertembung
dengan seseorang di pertengahan jalan. Kedua-dua mereka jatuh terduduk.
“Hang buta ….
Ahhh?”, bicara cacian Anas lesap dibawa angin. Jantungnya tiba-tiba berdegup
kencang. Di hadapannya kini muncul sang bidadari. Sungguh anggun nan berseri. Mata
coklat milik Anas langsung tidak berkelip. Langsung! Hatinya berbunga-bunga
mesra.
Selama ini, Anas
Asyraf telah berkali-kali ‘dilamar’ oleh ramai gadis jelita di sekolah
tersebut, namun semuanya ditolak sementah mungkin. Tetapi kali ini, perasaan ini,
gadis di hadapannya kini, sungguh berbeda.
“Astaghfirullah,
maafkan saya Abang Anas. Saya tak sengaja. Maafkan saya.”, rayu pelajar
perempuan tersebut. Wajahnya merah menahan malu. “Abang Anas tak apa-apa?”
‘Ahhh… Abang Anas
…’
Bicara Anas terkunci,
lidah terkelu, bibir terpaku. “Ahhh? Eh? Tak, tak! Awak tak salah, saya yang
salah. Saya jalan pakai bulu hidung tadi. Maafkan saya.”, Anas sempat
berjenaka. Si gadis pula menyambut dengan tawa manis. “Abang Anas ni..
Kelakarlah.”, pelajar perempuan tersebut tersenyum sipu, lantas bangun berdiri.
“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dahulu ya Abang Anas. Assalamualaikum.”,
pinta gadis tersebut. Sopan.
“Eh jap! Jap!”,
Anas menahan, “Nama awak siapa ya?”
Si gadis menoleh
kembali ke arah Anas, si dia tersenyum. “Nama saya… Elisa.”
Hati Anas bagaikan
ditusuk dengan panahan cinta tatkala si gadis ayu menyatakan nama empunya diri.
‘Ya Allah… Apakah ini…. CHENTA?’, monolog Anas. Penuh berbunga <3
Di suatu sudut yang
lain, muncul sepasang mata. Mata yang sudah lama setia memerhati gerak geri
pemuda bernama Anas serta si gadis penuh seri. Mata itu milik Aminudin.
Dan dia tersenyum.
Licik!
0 comments:
Post a Comment