Tuesday 27 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 7 : CASE CLOSED

EPISOD 7 : CASE CLOSED


    "Hang...."
  
    "Eqhwan?!!!" kata Faiz, dalam nada tidak percaya. Kemustahilan yang sungguh menikam kalbu!
   "Sorry lah Faiz, ending cerita kita dramatik sikit." bicara Eqhwan diiringi hilaian kejam. Pada tangan kanannya dipegang senjata Desert Eagle version 81. Senjata berteknologi tinggi pada zaman itu.
   "Hang... Hang bunuh Izzah?!" Faiz ternyata sukar untuk menerima kenyataan. Sahabat karibnya, membunuh Izzah.
   "Well Faiz, setiap yang hidup, pasti akan MAMPOS! Semua akan mati tau! HAHAHA!!!" deraian tawa Eqhwan semakin kuat.
   "Tapi... kenapa?" perlahan-lahan Faiz berdiri, mukanya menunjukkan reaksi sedih. Hatinya berkecai seribu. Perasan hampa dan kecewa datang menyapa.
   "Hang tak payah buat muka seposen kat sini! Ni bukan drama korea hang nak buat muka macam tu. Semuanya dah terlambat!" nafsu amarah merasuk kalbu Eqhwan.
   Faiz memberanikan dirinya mendekati Eqhwan. Emosi Eqhwan tidak stabil. Sangat tidak stabil.
   "Woi! Selangkah lagi hang dekat dengan aku, hang boleh join Anas, Amin dengan Izzah! Jangan berani berani hang nak mencuba!" mata Eqhwan merah. Pistolnya diacu ke arah Faiz. Langkahan Faiz terhenti.

   "Sebenarnya... Aku dah lama suspek hang Eqhwan, aku tau hang yang bunuh Anas." Faiz berkata perlahan. Dia tidak mahu hati Eqhwan lebih terbakar. Eqhwan terperanjat dengan kenyataan Faiz.
   "Macam mana... Macam mana hang boleh tahu?!" geram sungguh suara Eqhwan berbicara.
   "Hang dah buat satu statement yang memerangkap diri hang sendiri. Ingat tak, kat pejabat Usmar, hang ada cakap yang Sufian bagitahu, Anas meninggal pakai jubah putih. Tapi bila aku tanya Sufian, dia kata malam tu dia tak nampak apa-apa pun dalam surau KUPSIS. Gelap sangat. Dan hang, hang yang kononnya tak dak kat tempat kejadian boleh tau yang Anas pakai jubah, warna putih pula tu. Dan aku syak, hang menyamar sebagai waris pelajar dengan topeng hang, duduk di saf depan, kemudian membunuh Anas..." terang Faiz dengan teori detektifnya. Tidak mustahil untuk Eqhwan menyamar tanpa dikesan kerana kemahiran topeng yang dimilikinya.

   Eqhwan tercabar. Satu senyuman jahat tercalar pada wajahnya. "Hebat Faiz. Hebat! Ya, memang... Memang aku yang bunuh Anas... Memandangkan nyawa hang bakal melayang, biar aku ceritakan semuanya... Malam tu, aku menyamar sebagai waris pelajar dan duduk di saf depan. Bila lampu dipadamkan untuk sesi layar keinsafan, aku mula mengatur langkah. Terima kasih pada Anas sebab pakai perfume yang sangat kuat, aku boleh kesan posisi dia biarpun dalam gelap. Nasib baik aku cuma terlanggar kaki Anas sikit ja malam tu time aku merangkak mendekati sejadah Anas, kalau tidak... kantoi."
   Faiz teringat bahawa Sufian ada memberitahu bahawa dia terdengar Anas menyebut 'aduh' sewaktu memberi tazkirah dalam sesi layar keinsafan, dan Amin pula memberitahu bahawa Anas memakai wangian yang kuat pada malam itu. Segala bukti semakin jelas.
   "Aku ambil peluang yang ada, untuk sapukan racun neurotoxin pada sejadah Anas. Dan bila dia menjadi imam solat hajat, dia akan sujud dengan lama... dan selama-lamanya!!! HAHAHA!!!" tawa Eqhwan semakin menakutkan.
   Faiz tersentak dengan kenyataan itu. Benar, kebiasaannya Anas gemar bersujud dalam tempoh waktu yang lama, apatah lagi bila solat hajat. Anas pasti telah menyerap masuk racun pada sejadahnya, dan...arwah.
   "Eqhwan! Kenapa hang kejam sangat, sampai hang sanggup bunuh Anas? Sahabat hang sendiri?!"  Faiz tidak dapat menahan emosinya, kepercayaannya dicabul oleh insan bergelar sahabat. Air matanya berlinang, mengalir setitik demi setitik. "Tak cukup dengan Anas, hang bunuh pula Amin, dan sekarang Izzah! Mengapa Eqhwan? Mengapa?!"
   Eqhwan menjerit dengan sekuat hati.
   "AARRGGHHHHH!!!! Aku, hang kata kejam?! Kalau hang nak tau... Anas... Anas yang bertanggungjawab dengan kematian anak aku! Anas bunuh anak aku! Dia SETAN!" nafas Eqhwan turun naik kuat, Faiz tersentak mendengar kata-kata Eqhwan. Kini, air mata turun dengan deras membasahi pipi Eqhwan.
   "Anas ada bagitau aku yang anak aku, Amirul Faiz meninggal akibat masalah pernafasan, berpunca daripada komplikasi jantung. Aku percaya kata-kata Anas, dan pada waktu itu aku redha. Kemudian, aku pergi mendapatkan balik borang-borang berkaitan anak aku kat Hospital Zenith. Time tu Anas off day. Ada doktor lain yang bagitahu aku, bahawa anak aku bukan mati disebabkan jantung. Anas... Dia bohong aku!" kata Eqhwan lagi, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya ditipu. Egonya dipijak-pijak. Apatah lagi penipuan itu berkaitan kematian anaknya.
   Faiz berdiri kaku, dia dapat merasakan kesedihan yang ditanggung Eqhwan, setelah kehilangan isterinya yang tercinta, yang tinggal hanyalah insan bergelar anak. Kemudian, anak kesayangannya pula pergi buat selamanya. Betapa jiwa Eqhwan disiat-siat. Keperitannya tak siapa mengerti. Siapa tidak bersedih hati kalau isteri dan anak pergi menghadap Ilahi.
   "Suatu hari nanti, hang dah ada anak sendiri, hang akan faham perasaan aku..." tambah Eqhwan, tangannya terketar-ketar memegang senjata.
   "Tapi... Itu kes Anas. Kenapa hang mesti bunuh Amin? Dia takdak dosa dengan hang." persoalan itu sejak dari awal bermain dalam fikiran Faiz. Dia musykil.
   Eqhwan berang, "Dia lah manusia yang paling berdosa dalam hidup aku!" tangisan Eqhwan terhenti, matanya bertambah merah apabila nama Aminudin disebut.
   "Anak aku meninggal time aku tengah buat research dan bekerjasama dengan navy. Eqhwanium, itu elemen yang aku jumpa dan ekstrak dari tumbuhan laut dalam. Formula kimia yang Amin bangga-banggakan itu adalah hasil usaha aku! Research aku terhenti sebab aku kena stabilkan emosi dengan pemergian anak aku. Time aku tengah down, dia teruskan research aku, dan hebohkan pada dunia yang formula tu dia yang cipta! Itu hang kata tak berdosa?!" muka Eqhwan burtukar geram. Dendam kesumat menguasai diri.
   Faiz terkejut, dia mengesat air mata pada wajahnya, kemudian berkata
"Eqhwan... sebenarnya, pembunuh anak hang.. adalah..." bicara Faiz terhenti, nafasnya ditarik dalam. Eqhwan menanti.

   "Hang sendiri." Faiz menghabiskan sisa katanya. Mata Eqhwan yang merah terbeliak besar.
   "Apa yang hang mengarut ni?!" hati Eqhwan terbakar dan membara, kemarahannya tidak mungkin dapat dipadamkan dengan jutaan fire extinguisher sekali pun.
   "Benar Eqhwan. Anak hang meninggal kerana masalah pernafasan, tapi bukan disebabkan jantung. Sebelum kita berlayar, aku ada pergi ke Hospital Zenith untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang Anas, and about your son. Anak hang meninggal sebab dia terminum formula yang hang sendiri cipta, sewaktu dia melawat makmal kimia untuk mencari hang. Hang sendiri ada habaq kat aku yang Amirul Faiz seorang anak yang penuh dengan kemusykilan dan suka mencuba... Dan Anas, dia buat cerita yang anak hang ada masalah jantung sebab dia tak nak hang rasa bersalah. Sebab Anas sayangkan hang!" jerit Faiz, dia berharap agar Eqhwan terbuka hatinya.
   Eqhwan terduduk mendengar kata-kata Faiz. Air mata Eqhwan kembali mengalir sebak, dia melihat tangannya.
   "Dan Amin pula, dia tahu yang hang tak dapat mengawal emosi dengan pemergian anak hang, sebab tu dia tolong teruskan research tu untuk hang. Malam ni, sepatutnya dia mahu mengisytiharkan di hadapan Zenith bahawa hang yang mencipta formula tu... Tapi... Hang bunuh Amin." Faiz menggeleng-geleng, sedih. Sebenarnya Faiz tahu bahawa Eqhwan memberi alasan mahu ke tandas sewaktu grand dinner tadi untuk membunuh Amin, mungkin dengan suntikan beracun. Benar, dining hall pada waktu itu amat gelap, namun kedudukan Amin masih boleh dikesan dengan cahaya infrared yang terpancar pada mikrofonnya.
   Eqhwan yang terduduk kelihatan berserabut, dia diselubungi rasa bersalah yang amat sangat.
   "Amirul Faiz, maafkan ayah... Ayah cuma nak kamu bangga dengan ayah..." Eqhwan berkata dalam nada penuh sayu, "Ayah... Ayah seorang pembunuh!!!" teriak Eqhwan.
   Melihat keadaan Eqhwan yang semakin lemah, Faiz mendekati dirinya, perlahan. Dengan tangkas Eqhwan memegang pistolnya semula dan mengacukan ke arah Faiz. Faiz berundur setapak.

   "Faiz, maafkan aku... Semuanya dah terlambat, lebih kurang lagi 10 minit, 7 bomb yang dah aku lekatkan di bawah luar kapal ni akan meletup. Semua ahli Zenith akan mati!" Eqhwan berkata dalam nada sesal.
   Andaian Faiz bahawa bom-bom itu terletak dalam bilik enjin salah. Jika bom dilekatkan pada bahagian bawah luar kapal, maka amat mudah untuk kapal ini karam.
   "Cliche kan cerita ni Faiz?" Eqhwan menahan sebak di dada. "Dua orang sahabat yang pada akhirnya salah seorang mengkhianati dan membunuh sahabatnya yang lain." kata-kata Eqhwan menyebabkan peluh Faiz bercucuran. Apakah Faiz juga akan dibunuh? Apakah ini penamat ukhwah mereka?

   Perlahan-lahan pistol Eqhwan ditukarkan arahnya teracu tepat pada dahinya sendiri.
   "Faiz... Sebelum ni kita selalu kata nak ukhwah yang kita bina ni berkekalan sampai ke syurga. Tapi sayang, orang macam aku ni tak layak ke sana." kata Eqhwan, lemah.
   "Kau masih boleh bertaubat!" jerit Faiz ikhlas.
   "Maafkan aku.... Sahabat." itu kata-kata terakhir Eqhwan sebelum dia menarik picu pistol yang ditargetkan pada dahinya.
   Masa bergerak amat perlahan pada saat itu.

    KELEKAK! picu ditarik.

"EQHWANNN!!!" Faiz berlari mendapatkan sahabatnya. Mata Eqhwan tertutup. Jikalau ditembak pada jarak sedekat itu pada bahagian kepala, sudah pasti peluru pistol desert eagle itu akan menyebabkan kepala Eqhwan hancur berkecai.

   POOOFFFFF!!!!

                                * * * * *



   POOOFFFFF!!!!

   . . .

  "Eh?!" Eqhwan membuka mata perlahan-lahan. Bunga mawar berwarna ungu terkeluar dari lubang pistol. Dia masih bernyawa. Apakah?
   Tiba-tiba Izzah yang sudah lama terbaring, bangun berdiri. Dia berpura-pura pengsan. Play death. Tapi, bagaimana...?
   "Hello Mina, bom-bom tu ada pada bahagian luar bawah kapal. 7 biji semuanya!" Izzah memberi arahan kepada Mina yang berada di tingkat atas kapal melalui touch skinnya.
   "Roger that!" balas Mina.
   "Hang... hang tak mati lagi?" Eqhwan pelik, dia telah pun menghentam kepala Izzah dengan sepenuh tenaganya. Mati hidup semula?
   Izzah menunjukkan ke arah kepalanya, "Anak tudung ni aku reka khas untuk shock-absorber. Aku pura-pura pengsan tadi sebab nak dengar pengakuan hang. Pistol tu pula, aku import dari German. Aku dah tukar dengan pistol real hang masa aku menyamar jadi waiter dan langgar hang. Sorry about that. And one more thing, tak baik cakap orang bodoh." Izzah berkata sambil tersenyum. "Aku pun dah syak hang lama Eqhwan, sebab aku ekori hampa berdua makan kat restoran hari tu. Muka hang time bercerita pasal isteri and anak sulung hang sangat sedih dan sayu. Tapi... Tangan yang hang sorok bawah meja makan menggenggam buku lima yang cukup kuat. Hang berdendamkan?" spekulasi Izzah.
   Faiz mengambil peluang itu, dia menggenggam tangan Eqhwan. "time aku peluk hang depan pintu pejabat Usmar, aku dah syak yang hang sorok pistol dalam baju. aku musykil, apa Chemist nak buat dengan pistol?" giliran Faiz tersenyum. "Insaflah Eqhwan, sesungguhnya Allah menjadikan mati dan hidup itu sebagai ujuian buat hamba-Nya. Surah al-Mulk, ayat dua." sempat lagi Faiz selitkan tazkirah.
   Eqhwan terkesima dengan kehebatan sahabat-sahabatnya, dia kembali senyum. Kagum.

   "Jadi selama ini, akulah tikus yang termasuk dalam perangkap sendiri." kata Eqhwan dalam nada perlahan.
   "Eqhwan... CASE CLOSED!" Faiz dan Izzah berkata serentak.
   Eqhwan ketawa malu. Dia mengeluarkan dua botol kecil daripada poket seluarnya.
   "Sebelum aku serah diri, aku ada hadiah untuk hampa." satu senyuman terbit pada wajahnya.
   "Hadiah?" Faiz musykil. Eqhwan, full of surprise.
   Dengan pantas tubuh Faiz ditolak kuat ke tepi oleh Eqhwan, satu botol di tangannya dihentakkan ke lantai, dan satu lagi dilempar ke dinding. Botol yang jatuh ke lantai tadi pecah lalu mengeluarkan asap tebal. Pandangan mereka kabur.
   "Ais kering!" jerit Faiz. Lebih kurang 10 saat, penglihatan mereka kembali pulih, gas air kering itu semakin berkurangan.
   "Ah? Dinding tu... Berlubang! ni mesti asid pekat!" Izzah menunjukkan ke arah dinding yang berlubang. Eqhwan berjaya melepaskan diri!


                                  * * * * *

   Di atas bahagian atas deck, semua warga Zenith sedang berada dalam keadaan cemas. Kemudian Mina memberi arahan tegas,
   "Safwan, aku perlukan 7 orang lelaki yang perkasa lagi budiman untuk selamatkan kapal ni!" jerit Mina kepada Safwan, yang merupakan Naib Presiden Navy Negara.
   "Takdak hal!" Safwan membuat simbol thumbs up. Dengan pantas Safwan, Zulfadhzli, Uzair, Azri, Aizat, Ammar dan Aliff Sabri berkumpul di hadapan Mina.
   "Kami lelaki budiman sedia berkhidmat!" jerit mereka bertujuh, serentak dan bersemangat. Sahabat-sahabat yang melihat ternyata kagum.
   "Bagus! Kat bahagian bawah kapal ni dah dilekatkan dengan 7 biji bom. Tinggal lebih kurang 5 minit lagi sebelum bom ni meletup. Kita perlu hapuskan bom ni... or else... Kita yang terhapus!" Mina mengeluarkan arahan.
  Dengan beraninya 7 jejaka tadi terjun ke dalam laut dan mencari 7 bom yang dimaksudkan. Mereka sanggup berkorban nyawa demi sahabat-sahabat Zenith yang lain. Itulah itsar; melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Sementara itu, Izzah dan Faiz keluar dari dining hall dalam keadaan lemah, turut serta berkumpul di atas deck kapal.
   "Hang okay? Mana Eqhwan?" tanya Usmar, risau.
   "Fizikal aku, Alhamdulillah. Emosi, not very well... And Eqhwan..." Faiz menggeleng perlahan.
   "Macam mana dengan bom?" tanya Izzah kepada Afrina yang kebetulan berada berdekatan dengannya.
   "Don't worry, Shawn and siblings handle." balas Afrina, dia tidak mahu Izzah bertambah gusar. Lagipun, Safwan dan sahabat-sahabatnya amat handal berenang. Persis Pandalela Rinong.
   Dua minit kemudian, Safwan, Zulfadhzli, Uzair, Azri, Aizat, Ammar dan Aliff naik ke atas deck kapal dalam keadaan lenjun. Masing-masing memegang sebiji bom yang berserabut dengan wayar.
   "Tinggal 3 minit!" Izzah mengingatkan.
   Safwan memerhatikan bomb-bomb di hadapannya. Sepanjang dia dalam Navy, Safwan tidak pernah melihat bom sekompleks itu. Nyata, bomb itu bukan bomb yang sebarangan.
   "Serabut sangat bomb ni, ada wayar hijau, putih, ungu, hitam... Aku tak tau macam mana nak stopkan bom ni!" jerit Safwan. Hampa.
   Faiz terfikirkan sesuatu, "Shawn, potong wayar yang warna ungu!" dia mengeluarkan arahan.
   "Awat?" Safwan musyki.
  "Just trust me and do it! Cut the purple wire. There is no time for awat-awat!" tegas Faiz dalam bicaranya.
  "Baik." Safwan mengangguk. Dia dan enam lagi sahabatnya memegang objek tajam seperti kunci untuk memotong wayar yang berwarna ungu. Peluh cemas membasahi mereka bertujuh, begitu juga dengan sahabat-sahabat Zenith yang memerhatikan. Cemas. Jika tersilap potong, jawabnya berkecai!

   KLAK!

'The bomb has been deactivated.'

   "Hahh!! Alhamdulillah..." Safwan menarik nafas lega. 6 biji bom berjaya dinyahaktifkan. tinggal satu sahaja lagi; bomb di tangan Aizat.
   "Tak guna, wayar ni tebal sangat, tak boleh nak potong!" jerit Aizat Asmawi. Cemas.
   "Tinggal seminit!" jerit Izzah.
   Semua warga Zenith menjerit risau, bom itu bakal meletup, nyawa semua dalam bahaya.
   Tiba-tiba, dari jauh ramai yang melihat satu figura berlari pantas ke arah Aizat Asmawi. Bom di tangannya ditendang kuat melayang jauh ke langit malam oleh figura misteri itu.

   BOMMM!!!!

   Satu cahaya terang daripada bom yang meletup menerangi langit malam. Semua warga Zenith memfokuskan pandangan mereka ke arah hero yang telah menyelamatkan mereka. Dia.....

   "FAHMI HAZIQ?!" semua terkesima. Kagum. Mereka menepuk tangan dengan gemuruh. Laungan tahmid menggegar langit, sebahagian mereka melakukan sujud syukur. Alhamdulillah, selamat.
   "Hehe... Hal kecik ja tu." kata Fahmi Haziq dengan senyumannya yang comel. Dialah hero tadi.
   Semua warga Zenith menarik nafas lega. Pada satu sudut yang jauh, Faiz terlihat kelibat seseorang sedang berdiri di atas penghadang besi kapal Zenith.
   "Itu... Eqhwan!" kata Faiz. Kini, semua mata tertumpu ke arah Eqhwan, posisinya seperti mahu terjun ke laut membunuh diri.
   "Maafkan aku semua, aku bukan sahabat yang baik." sejurus dengan kata-kata itu, Eqhwan pun melompat terjun ke dalam laut. Faiz dan beberapa orang sahabat lain berlari ke arah Eqhwan, cuba untuk menyelamatkannya.

   Masa seakan-akan berdetik perlahan...

   Eqhwan terjun ke laut dalam...

   Faiz berlari mendapatkannya...

   Dari atas kapal, Faiz melihat Eqhwan jatuh ke dalam laut dan hilang ditenggelami air. Sedikit pun tiada usaha untuk berenang menyelamatkan diri. Dia nekad.

   "EQHWANNNN!!!" teriak Faiz sepenuh kudratnya. Dia mahu terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan Eqhwan, namun dirinya ditarik oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

   "Faiz, hentikan. Mustahil dia boleh selamat." kata Usmar, rasional.
   "Astaghfirullah..." Faiz berkata sayu, dia terduduk lemah. Air matanya bercucuran membasahi wajah. Tidak dia sangkakan, persahabatan dan ukhwah yang mereka bina, berakhir dengan tragedi duka. Kadang-kadang, ujian itu juga hadir dalam berukhwah. Allah mahu menguji keikhlasan ukhwah mereka. Semoga Allah redha.
   Suasana di atas deck pada waktu itu amat memilukan. Seorang lagi ahli Zenith..... Meninggalkan mereka buat selamanya.

0 comments:

Post a Comment