Monday 26 November 2012 | By: Zenith

EPISOD 5 : UKHWAH FILLAH

EPISOD 5 : UKHWAH FILLAH

   Senja. Langit diselimuti rona-rona jingga. Mentari hampir tewas, dari arah kapal Zenith, kelihatan seperti mentari itu ditenggelami lautan luas.
   Faiz membiarkan pandangannya terbang jauh. Dia mengeluh. Risau. Besi yang menghadang kapal Zenith digenggam erat. Faiz berada betul-betul di hujung deck kapal. Perlahan-lahan, penglihatannya bertukar gelap. Matanya ditutup dari belakang.

    "Teka siapa saya?" satu suara kontrol ayu bermain tekaan dengan Faiz.
   "Hmm.. Ada clue tak?" Faiz layankan sahaja... Dah macam salah satu scene dalam movie titanic.
   "Saya manusia paling comel dalam dunia. Lagi comel dari awak." suara ayu itu membuat pengakuan. Ikhlas dan jujur.
   "Alamak, susah ni, mana ada orang yang lebih hensem daripada saya." balas Faiz, di hujung tawanya hadir sebaris tawa.
   "Teka cepat, kalau tak awak akan jadi makanan jerung dalam laut ni!" suara itu mengugut.
   "Ha... Siapa lagi kalu bukan Encik Perasan Amirul Eqhwan!" teka Faiz. Tangan yang menutup matanya dipegang Faiz, perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.
   "Aku dah agak dah, hang Eqh..." kata-kata Faiz tersekat di kerongkong. Matanya terbeliak!
   "Hah?! Maya Karin?!" terperanjat Faiz dibuatnya. Maya Karin, antara pelakon terkenal dalam filem Ombak Rindu beberapa tahun dahulu. Jantungnya berdegup kencang. Benarkah siapa yang berada di hadapannya?
  "Saranghae yo Faiz..." insan bergelar Maya Karin itu mengenyit mata. Manja, sweet dan cute.
   Faiz mengukir senyuman di bibirnya, hidung insan di hadapannya dipicit manja. Dengan pantas Faiz menarik kulit insan itu.

    . . .

   "Lemah jantung aku, Eqhwan. Hang tak boleh tipu aku, aku kenal sangat bau hang..." Faiz menarik nafas lega. Topeng rupanya! Eqhwan mendekatkan tangannya ke hidung untuk dihidu, "tak dak bau pon, baheng ja..." Eqhwan menggosok-gosok hidungnya. Sakit. Faiz kembali menghadap laut, nafas panjang dihembusnya.
   Eqhwan dapat merasakan sesuatu bermain di fikiran sahabatnya, lalu dia meletakkan tangannya pada bahu Faiz seraya berkata,
   "Hang okay Faiz, teringat kat tunang ka?" Eqhwan cuba menyelami emosi sahabatnya itu.
   Faiz tersenyum. Tawar.
   "Eqhwan... Cuba hang tengok matahari tu. Cantik kan?" giliran Faiz bermain kata. Eqhwan anggukkan sahaja.
   "Bagi aku, sahabat itu umpama cahaya mentari... Menyuluh antara satu sama lain ke arah mahmudah. Terang. Macam hang cakap malam tadi, mentari adalah sahabat kepada rembulan. Aku banyak fikir pasal tu..." Faiz berhenti seketika.
   "Fikir pasal apa?" Respon Eqhwan. Musykil.
   Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah mentari jingga, kemudian dia bersuara, "Bulan dan matahari dihubungkan dengan cahaya, sama seperti sahabat. Sedar atau pun tidak, Allah SWT menghubungkan hati antara dua orang sahabat dengan cahaya keimanan dan sinaran Islam. Supaya mereka dapat melengkapi antara satu sama lain. Begitu indahnya ukhwah, sehingga Allah SWT menjadikan ukhwah fillah itu prasyarat meraih halawatul iman." Wajah Faiz bersinar. Eqhwan terdiam kagum. Benar kata-kata sahabat kesayangannya itu.
   "Ya, sahabat... Macam Izzah dengan Nadiah, Sufian dengan Redzuan, Afza dengan Nanad, Hasna dengan Caah, Safwan dengan Pali..."
   Faiz menyebut satu demi satu BFF dalam group Zenith.
   "Caun dengan Afrina, Sah dengan Mina, Syahrul dengan Fahmi, 'Afaf dengan Teah, Ustaz Pauzi dengan ustaz Yus..." sambung Eqhwan pula. Hampir kesemua warga Zenith disebut mereka, semua bersahabat. Ramai sebenarnya, sukar untuk disenarai. Kehidupan di Asrama penuh sungguh menguji diri. Tidak mampu dihadapi seorang diri tanpa sokongan sahabat. Ibarat akar dan pohon. Tak dapat dipisahkan.
   "Dan akhir sekali, macam aku dengan...." bicara Faiz sengaja dihenti,
   "... Aku." Sambung Eqhwan dengan senyuman. Hati mereka menjadi lapang. Itulah ukhwah.
   "Tapi... aku risau... Sebab pembunuh tu ada dalam bulatan persahabatan kita sendiri." Akhirnya Faiz meluahkan rasa hatinya. Eqhwan terdiam seketika, bahu sahabatnya dipegang erat. Hangat.
   "Faiz, tak kira apa pun berlaku, InshaAllah... Kita akan tetap bersahabat... Kita semua." mata sahabatnya ditenung ikhlas. Bercahaya.
   "Faiz, uhibbukafillah abadan abada..." Eqhwan berkata dalam nada perlahan, tetapi sudah cukup tajam untuk menembusi hati sahabatnya. Faiz tersenyum senang. Ukhwah mereka dihangatkan lagi dengan keindahan panorama mentari yang terbenam di ufuk Barat.
   Subhanallah.
   Indahnya ukhwah.

0 comments:

Post a Comment