Kini, Aminudin,
Anas dan Eqhwan serta pelajar-pelajar tingkatan lima yang lain bakal
meninggalkan sekolah berasrama yang tercinta. Segala nostalgia yang tercipta,
sama ada suka mahu pun duka tersemat kemas di dalam sanubari.
“Abang Eqhwan,
nanti bila-bila abang free, mai la lawat kami kat sini.”, pinta Ikhmal tatkala
pelajar tingkatan satu tersebut menyalami senior berkaca mata itu. “Nanti kalau
mai melawat, bawalah buah tangan sekali ya Abang Eqhwan.”, usik Mus pula
menceriakan suasana.
“Hahahaha … Bukan
takat buah tangan, buah kaki pun abang boleh bawakan.”, candaan berganda.
Suasana dihiasi tawa ceria.
“Abang Anas, nanti
abang dah takdak, siapa nak ajar kami nasyid?”, suara Razwan kedengaran amat
sayu. Mungkin hatinya sebak kerana perpisahan semakin hampir. Anas
menggosok-gosok kepala junior tersebut. “InsyaAllah Razwan, kalau abang ada
masa, abang akan datang sekolah ni untuk train hampa. Tapi hampa kena janji,
mesti bernasyid kerana …?”, Anas membiarkan kata bicaranya tergantung.
“… Allah.”, jawab
Danial dan Razwan serentak.
“Abang Amin,
maafkan kami. Kami junior yang nakal.”, kata Hidayat dan Azim, memohon ampun
kepada senior yang mereka hormati. Hati Aminudin tercuit melihat junior-junior
di hadapannya. ‘Haha … Comel juga depa ni.’, hati Aminudin bermonolog. “Tak
Dayat, Azim. Sebenarnya aku yang kena minta maaf kat hampa sebab terlalu
berkasar. Maafkan aku.”, Aminudin merendah diri.
“Ingat ya, solat
mesti pada awal waktu dan berjemaah di surau, kalau tidak…”
“Adehhh!! Adehhh…”
Aminudin mencubit
lembut pipi dua junior tersebut. Suasana pada ketika itu amat menceriakan.
Bukan senang mahu melihat Aminudin bercanda mesra, apatah lagi dengan junior.
Eqhwan tersenyum melihat perubahan yang berlaku pada diri sahabatnya.
Malah, organisasi
BADAR juga semakin berubah ke arah kebaikan. Setiap tindakan yang diorak oleh
organisasi dakwah tersebut berpaksikan hikmah, bukan lagi amarah.
“Nanti kalau hampa
dah jadi doktor, lecturer, engineer atau apa-apa sahaja, pastikan hampa
mencipta bi’ah solehah di dalam perjuangan masing-masing.”, sempat lagi
Aminudin memberi peringatan kepada sahabat-sahabat sekohotnya.
“Hah, ingat pesan
abang ni. Nanti kalau dah jadi senior, jaga junior elok-elok ya!”, Ketua PRS
tersebut pula memberikan amanat wasiat kepada adik-adik junior tercinta.
Junior-junior di hadapannya mengangguk faham.
Dan kini, tiba saat
perpisahan. Saat yang paling perit dalam kehidupan. Insan yang paling awal menangis
pada saat itu ialah Eqhwan, terlalu sebak mahu mengucapkan selamat tinggal.
Tangisan tersebut disusuli oleh para junior, termasuklah juga Anas dan
sahabat-sahabat di tingkatan lima.
Aminudin cuba
mengekal tabah. Namun, akhirnya pemuda tersebut juga menitiskan air mata
kesedihan. Sebak.
Sebelum mengucapkan
selamat tinggal, mereka saling berdakap dan memohon ampun. Mungkin, perpisahan
ini adalah perpisahan sementara di dunia. Sekiranya pertemuan di dunia ini
tiada lagi, kita masih punya harapan untuk bertemu di syurga kelak.
Kerana ukhwah yang
terjalin adalah ikhlas kerana Allah.
***
“Semua dah selesai?”
Soal Faiz
Bakruarazi, atau lebih mesra dengan panggilan Paiq. Persoalan tersebut
diutarakan kepada sahabat akrabnya, Eqhwan.
Pemuda berkaca mata
tersebut melontarkan pandangan ke luar tingkap bas. Bangunan asrama sekolah semakin
kecil ditelan jarak. Sepanjang tempoh Eqhwan menggalas tanggungjawab sebagai
seorang BADAR, terlalu banyak pengalaman yang berjaya diraihnya. Namun, ini
bukan penamat bagi sebuah penceritaan, kerana perjuangan mereka sebagai da’ie
tidak akan terhenti, selagi mana jasad dikandung badan.
Eqhwan menghembus
nafas lemah.
“Belum … Masih ada
perkara yang belum selesai.”, kata Eqhwan dengan nada yang amat serius. Dahinya
berkerut seribu memikirkan sebuah permasalahan yang amat kritikal. Lantas, Paiq
terkejut mendengar respon yang diberikan oleh sahabatnya.
“Ada lagi perkara
yang belum selesai …”
“Apadia?”
***
“HAHAHAHAHAH !!!”
Si antagonis
tertawa penuh kezaliman. Matanya merah, rambutnya kian serabai. Sekali pandang,
dia kelihatan tidak ubah seperti hantu mambang!
“ JAHANAM KAU!!!
JAHANAM !!!”,suasana berubah seram dan
menakutkan. Antagonis rakus kini sedang berbicara seorang diri di kamar
tersembunyi.
“AKU TAKKAN BIARKAN
KAU BERJAYA !!!”
“AKU AKAN HANCURKAN
KAU !!!”
“HAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAH !!!”
Api dendam si
antagonis kian berubah hitam!
“HAHAHAHHAHAH !!!!
KAU JANGAN INGAT CERITA NI DAH HABIS! HAHAHAHAHHA!!!”
Mengilai dan terus
menggila. Hati si antagonis tidak pernah tenang, apatah lagi kerana misinya
mahu menghancurkan organisasi BADAR bertemu kegagalan.
“KITA JUMPA DI LAIN
CERITA ! HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHHHHH !!!!”
Pada malam
pertandingan nasyid peringkat kebangsaan itu, kumpulan Suhulus Salam menyanyi
dengan penuh bersemangat ikhlas terus daripada hati. Sehinggakan para audiens
terasa aura jihad yang kian berkobar.
“Johan bagi
pertandingan nasyid peringkat kebangsaan pada tahun ini, jatuh kepada ….”,
pengumuman kejayaan bakal dilafazkan oleh pengacara majlis. Jantung Anas, Amin
dan Eqhwan berdegup kencang seakan-akan mahu terkeluar.
DUP ! DAP ! DUP !
DAP !
“ … Kumpulan
Suhulus Salam !”
Dewan Bitara
bergema dengan sorakan kegembiraan. Lantas, Anas terus berdiri di atas kerusi
bagi melaungkan kalimah takbir.
“TAKBIR !”
“ALLAHUAKBAR !”
“TAKBIR !”
“ALLAHUAKBAR !”
“TAKBIR !”
“ALLAHUAKBAR !”
Seruan takbir tersebut turut disambut oleh anggota nasyid daripada
kumpulan lain. Sungguh, memang layak kejuaraan itu dirangkul oleh Kumpulan
Suhulus Salam memandangkan mereka menyanyi dengan penuh perasaan. Seraya itu,
Aminudin, Anas dan Eqhwan terus melaksanakan sujud syukur tanda berterima kasih
kepada Allah. Tindakan itu turut diikuti oleh seluruh warga dewan.
Pada ketika itu, hati insan-insan disatukan dengan penuh kerahmatan.
Terlalu syukur akan kurniaan nikmat daripada Ar-Rahman.
Sungguh, segala penat lelah mereka selama ini terbayar jua. Benarlah,
siapa usaha lebih, maka dia akan mendapat lebih.
***
“Tahniah Abang
Anas…”
Tersipu-sipu malu
Elisa mengucapkan ungkapan tahniah. Wajah Anas pada ketika itu terlalu merah.
Anak teruna tersebut terlalu segan tatkala berdepan dengan perempuan. Apatah
lagi sekiranya perempuan itu ialah Elisa, si gadis pujaan.
“Terima kasih …
Elisa.”, Anas menjawab tergagap-gagap. Eqhwan menyiku-nyiku mesra bahu Anas,
tatkala melihat pemuda itu tidak berkelip matanya memandang Elisa yang berlalu
pergi. “Ulat bulu dah naik dauuuuunnnn !”
Aminudin, Redzuan,
Faiz dan sahabat-sahabat lain turut tertawa melihat gelagat Anas pada ketika
itu. Sungguh melucukan!
“Jomlah semua,
Ustaz Pauzi dan guru-guru lain sedang menunggu di Dewan Makan. Ada jamuan
kemenangan.”, ajak Aminudin. “Wah !!! Makanan! I like!”, sahut Eqhwan pula.
Lantas, pelajar-pelajar tersebut berjalan dengan penuh kegembiraan menuju Dewan
Makan.
“Alamak!”
Tiba-tiba langkahan
Anas terhenti. “Aku tertinggal wallet di bilik nasyid. Aku pergi ambil dulu,
ya.”, jelas Anas. Lantas pemuda tersebut mengorak langkah pergi meninggalkan
rakan-rakannya.
“Anas. Nak aku
temankan?”, Aminudin pula menawar diri.
“Tak mengapa, aku
dah besar.”, kata Anas sambil tersenyum manis.
***
“Haisyhhh, mana
pula wallet aku ni?”
Anas mencari-cari
dompetnya dengan penuh cermat. “Ah! Tu pun dia!”, dan akhirnya dompet yang
dicari terus terjumpa. Pemuda tersebut segera mengatur langkah keluar daripada
bilik nasyid.
“Eh?”
Tiba-tiba, Anas
berasa ganjil. Dia terasa panas. Suhu bilik nasyid tersebut meningkat secara
mendadak.
“Ya Allah! Api!”,
teriak Anas. Pintu bilik nasyid tersebut terbakar! Pasti puncanya berlaku
daripada luar. Anas runsing, mahu dijeritnya sekuat hati meminta tolong namun
pasti berakhir dengan kesia-siaan. Mana ada insan yang berkeliaran di sekitar
bilik nasyid pada waktu malam sebegitu.
Anas ligat
berfikir. Tegar mencari jalan keluar. “Ah! Tingkap ni bergrill pula!”, teriak
Anas. Kepulan asap hitam semakin menebal. Api pula semakin marak membara. Ruang
bilik nasyid yang kecil serta tertutup menjadikan suasana lebih menyesakkan.
Anas buntu
tindakan. Nafasnya tercungap-cungap. Tiada jalan keluar. Masihkah punya harapan?
“Allah …”
Anas terpejam,
pengsan.
***
“HAHAHAHAHAH!”
Si antagonis
tertawa terbahak-bahak. Hati hitamnya berasa puas. Terlalu puas kerana dapat
menghapuskan salah seorang tentera kuat dalam organisasi BADAR.
“Nah! Biar kau
rentung kat dalam tu!”
Kata si antagonis
yang sedang berdiri angkuh di luar bilik nasyid. Api yang menyala pada pemetik
api ditiupnya penuh dendam.
“HAHAHAHAHAHAHAH
!!!”
***
“Ish! Mana Anas ni?
Takkanlah lama sangat pi ambil wallet?”
Kata Aminudin,
Ketua BADAR tersebut berasa tidak sedap hati. Lantas, Aminudin berhenti menjamu
juadah dan bangun daripada dudukannya.
“Eh Amin, hang nak
pi mana?”, soal Eqhwan di sampingnya. “Aku nak pi cari Anas.”, jawab Aminudin
segera. Mendengar kata-kata itu, Eqhwan turut berhenti daripada terus
menghabiskan hidangan makanan. “Jom! Aku nak ikut.”
Seusai meminta
diri, Eqhwan dan Aminudin mengatur langkah larian menuju ke arah bilik nasyid.
Mereka berasa tidak senang hati, dan setibanya di kawasan bilik nasyid,
langkahan dua pemuda terhenti berlari.
“Ya Allah! Bilik
nasyid terbakar! Anas ada kat dalam bilik tu!”, teriak Aminudin. Jantungnya
berdegup kencang.
Eqhwan pula
terdiam. ‘Eh! Itu kan … Tapi apa yang dia buat di sini?’, monolog hati kecil
Eqhwan.Pada saat itu, matanya
tertangkap akan kelibat seorang manusia yang cukup dikenalinya. Namun, manusia
itu tidak pula berusaha mahu memadamkan api yang kian membara, sebaliknya
manusia itu terus berlari meninggalkan kawasan kebakaran.
Manusia itu ialah
si antagonis durjana!
Amin pula ligat
berfikir, misinya hanya satu, mahu menyelamatkan Anas daripada menjadi mangsa
kebakaran. “Eqhwan, bertenang! Sekarang ni hang pi ambil fire extinguisher.
Biar aku selamatkan Anas.”, Aminudin mengarah penuh rasional.
Eqhwan bagai
ditarik semula ke alam nyata. Fikirannya yang melayang dek kerana melihat
manusia tadi terhapus serta-merta.
“Hang nak
selamatkan Anas? Api tengah membara tu!”, balas Eqhwan. Pemuda tersebut
kelihatan cemas. Sungguh, bilik nasyid pada ketika itu sedang dijilat api
dengan suhu yang amat tinggi. Mustahil Aminudin mampu menyelamatkan Anas dalam
keadaan sebegitu rupa.
“Hang dengar cakap
aku Eqhwan! Pi ambil fire extinguisher sekarang!”, tegas Aminudin, wajahnya
merah. Terdiam sahabatnya dipekik sedemikian itu. Eqhwan bergeleng lemah sambil
mengatur langkah mencari alat pemadam api yang berdekatan.
Aminudin tekad.
Nyawa sahabatnya mesti diselamatkan. Lantas, Ketua BADAR tersebut melompat
tinggi melangkah baraan api yang sedang menggila. Akhirnya, pemuda tersebut
berjaya menghampiri pintu bilik nasyid.
“Ahhh!! Awat susah
sangat nak buka pintu ni?!”, Aminudin berdialog cemas. Pintu bilik nasyid yang
panas tersebut gagal ditolaknya.
“Amin! Aku bawa
fire extinguisher ni, hang tunggu aku kat sana!”, jerit Eqhwan yang masih
berada di luar lingkungan kebakaran. “Hang jangan datang dekat Eqhwan! Api dah
membara gila ni!”, tegas Aminudin. Pemuda tersebut tidak mahu sahabatnya yang
seorang itu turut terjebak dalam bahaya.
“Arrgghhhh!! Awat
tak boleh bukak pintu ni!”, Aminudin menjerit sekuat hati. Suhu disekitarnya
semakin hangat, baraan api pula semakin menggila! Peluh-peluh yang bercucuran
pada wajah Aminudin terus kering sendiri akibat kedahsyatan suhu yang melampau
panasnya.
‘Ahhh?!! Pintu tak
boleh bukak?’, Eqhwan terfikir sejenak. “Amin! Hang jangan bukak pintu tu!
Bahaya!”, jerit Eqhwan dari jauh. “Awat plak?!”, Aminudin membalas dengan
jeritan.
“Kat dalam bilik
nasyid tu api sedang membara, maka tekanan udaranya menjadi tinggi berbanding
tekanan udara di luar. Hang tak boleh tolak pintu tu sebab tekanan udara yang
terlalu tinggi di dalam menolak pintu bilik ke arah berlawanan.”, sempat Eqhwan
menerangkan.
“Dan kalau hang
berjaya buka pintu bilik tu, hang yang akan nahas sebab tekanan udara yang
tinggi di dalam akan menolak api yang membara ke arah luar bilik. Ke arah hang
Amin!”, tambah Eqhwan lagi. Pemuda tersebut terlalu cemas sebenarnya.
“Arrggghhhh!!! Aku
tak kisah kalau aku mati terbakar sekali pun! Yang penting, aku kena selamatkan
nyawa Anas! Nyawa sahabat aku!”, tegas Amin sebulat hati. Kudratnya dikerah
sekuat daya untuk menolak pintu bilik nasyid agar terus terbuka.
POOOOFFFFFFFFF !!!
“AMIIINNNNNN !!!”
Pintu bilik nasyid
berjaya dibuka. Pada saat dan ketika itu juga, api yang membara dari arah dalam
bilik nasyid menyerang tubuh Aminudin. Pemuda bernama Eqhwan menjerit sekuat
hati tatkala melihat sahabatnya terkena bahaman api yang kuat membara.
“Arrgghhh!”, tanpa
membuang masa, Eqhwan berlari kencang ke arah Aminudin dan cuba memadamkan api
yang menjilat pakaiannya.
“Eqhwan, apa sudah
jadi ni?!”, satu suara kedengaran gempar dari arah belakang. Suara milik
Redzuan yang hadir bersama sahabat-sahabat lain. “Wan! Selamatkan Anas! Anas
ada kat dalam bilik tu!”, Eqhwan terus memberi arahan, pemuda tersebut harus
segera menyelamatkan Aminudin yang sedang kritikal.
“Hmmm!”, sahut
Redzuan. Ketua Pelajar tersebut memberanikan diri meredah api untuk masuk ke
dalam bilik nasyid dan menyelamatkan sahabat karibnya.
***
Alhamdulillah.Api berjaya dipadam dengan bantuan bomba.
Dengan izin Allah jua.
Anas Asyraf pula
berjaya diselamatkan. Pemuda tersebut sekadar pengsan kerana ketidakcukupan
oksigen. Tubuhnya tidak sempat dijamah api.
Berbeza pula
keadaannya dengan Aminudin. Tubuh Ketua BADAR tersebut sedikit lecur akibat
diserang bara. Namun begitu, nyawanya masih terselamat.
“Ahhh ….”,
perlahan-lahan, Aminudin cuba membuka mata. Jasadnya pedih sungguh terseksa.
Di sampingnya kelihatan
Eqhwan sedang menangis kesedihan. “Hang memang bodoh Amin! Bodoh!”,
teresak-esak Eqhwan mengatur bicara. “Hang tau dak yang nyawa hang boleh
terkorban tadi? Kenapa hang bodoh sangat hah?!”, nada Eqhwan sedikit marah.
Mungkin kerana terlalu takut kehilangan insan bernama sahabat.
Perlahan-lahan,
Aminudin melakar senyum. “ Eqhwan … Ada seorang sahabat aku pernah bagitau,
tiada kepimpinan tanpa pengorbanan.”, Aminudin berbicara penuh lemah.
Eqhwan tersentak !
Kata-kata itulah
yang pernah diungkapkannya kepada Ketua BADAR tersebut suatu ketika dahulu. Dan
pada hari ini, sahabatnya itu terus mengaplikasikan nasihat tersebut.
Tidak sempurna iman
seseorang, melainkan dia mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani
dirinya sendiri.
Eqhwan terus
menangis. Hatinya sebak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh insan
bergelar sahabat.
Sungguh, ukhwah
yang terjalin kerana Allah itu mampu mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam.
Malam itu, pemuda
bergelar Eqhwan dicengkam gusar. Semenjak akhir-akhir ini, pemuda berkaca mata
tersebut sering diserang mimpi-mimpi silam.
Pailang.
Riak wajah si
senior bertamadun syaitan sering sahaja menghantui malam-malam pemuda tersebut.
Entah. Dia sendiri tidak tahu apa dan mengapa. Namun, segala nostalgia perit
dan pedih yang telah terkubur lima tahun lalu seakan-akan menjengah kembali ke
alam memori.
Eqhwan menghirup
udara malam sedalam mungkin. Lantas dihembus berat. Dia mahu bersendirian pada
malam itu. Langkahannya diatur lemah menuju astaka asrama.
Detik-detik pemuda
itu ditendang dan disepak tanpa belas ihsan tatkala umur masih hingusan.
Kenangan ketika Aminudin dan Anas yang turut diseksa oleh sang senior jahanam
tanpa sebarang musabab. Zaman tingkatan satu mereka di asrama tersebut
merupakan zaman paling menyeksakan dalam jangka hayat mereka sebagai insan
bergelar pelajar.
Eqhwan merenung
langit malam. Awanan tebal melitupi sinaran purnama menjadikan malam kian
malap. Seolah-olah memaparkan kisah hati dan perasaan pemuda bernama Eqhwan
itu. Perlahan-lahan, satu senyuman kesyukuran terlirik kemas pada wajah si
pemuda.
“Alhamdulillah …”,
tahmid Eqhwan. Matanya terpejam rapat. Biarpun hatinya gusar, namun tetap dia
bersyukur. Bersyukur kerana segala nostalgia perit hanya tinggal memoria. Hidup
mesti diteruskan biarpun ombak badai tegar menyerang!
‘Aku akan teruskan
dengan misi aku di sekolah ini!’, tekad Eqhwan. Pemuda tersebut punya agenda,
mahu memecahkan tembok senioriti dan mewujudkan ukhwah islami. Sungguh,
perjuangannya bukan di atas karpet merah yang ditabur bungaan mewah. Tidak.
Perjuangan pemuda itu menuntut titisan darah serta hati nan parah.
Biarlah. Asalkan
tiada lagi budaya bulian bawaan manusia syaitan di zaman persekolahan.
“Hai Eqhwan …”
Lamunan pemuda
berkaca mata terhenti serta-merta. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba namanya
disebut dalam kegelapan malam. Lantas, si pemuda menoleh ke belakang.
PHAAANNNGGGG !!!
“ARRRGGGHHHH !!! “
Sakit ! Wajah
pemuda tersebut ditendang penuh kencang ! Eqhwan menjerit kesakitan. “Ahh..
Engkau siapa?”, tanya Eqhwan mengaduh.
“HAHAHAHAH ! Bodoh!
Hang tak kenal aku siapa? Aku … senior kesayangan hang!”, kata seorang pemuda
yang berbadan sasa.
“AH??!!! Hang …
PAILANG ?!”, Eqhwan terperanjat. Bagaimana mungkin syaitan bertopengkan manusia
itu boleh berada di hadapannya kini? Sudah pasti Pailang tegar memecah masuk
kawasan asrama. Namun, atas dasar apa?
DUSSSHHHH !!!
“AARRGGHHHHH !!!”
Sekali lagi
tendangan melayang, namun kali ini, abdomen pemuda tersebut menjadi sasaran.
Cermin mata pemuda tersebut tercampak jauh. “Ahhh…. Tak guna!”, ronta Eqhwan.
Pandangannya kabur tanpa kaca mata.
“Hang ni Eqhwan,
dari dulu sampai sekarang, langsung tak berubah. Lemah!”, caci Pailang penuh
angkuh. Eqhwan tersenyum dalam keperitan. “Heh… Kalau aku tidak berubah, apa
bezanya dengan hang Pailang? ‘Sampah’ !”, Eqhwan membalas hinaan. Ya, dek
sebabkan peristiwa Pailang dibuang sekolah lima tahun lalu, angkara aduan yang
dilaporkan Eqhwan, maka masa depan Pailang berubah gelap tanpa pelajaran.
Sehingga kini, tiada siapa mahu mengambil Pailang sebagai pekerja atas dasar
kesalahan juvananya yang melampau.
Kini, Pailang tidak
ubah seperti sampah!
“Bangsat ! Hang
memang nak mampus!”, Pailang berlari kencang ke arah Eqhwan. Kekuda juang
diatur Eqhwan, siap siaga mahu bertempur!
“Yarrgghhh!!!”,
Pailang melompat ke udara. Mengumpul daya mahu menerajang jasad Eqhwan. “Heh!”,
Eqhwan tersenyum. Pemuda tersebut lebih pantas bertindak. Dengan tangkas,
Eqhwan menangkap kaki Pailang lalu tubuhnya berputar tiga ratus enam puluh
darjah dengan amat laju. Lantas, genggaman tangannya dilepas menjadikan tubuh
Pailang tercampak jauh.
“ARRGGHHHH!!”,
jerit Pailang kesakitan. Tubuhnya terseret pada lantai.
“Hoi Pailang
Sampah! Taktik lama hang takkan berkesan lagi pada aku. Sebab … Aku yang dulu
bukanlah yang sekarang!”, kata Eqhwan penuh angkuh. Walaupun pada ketika itu
jantungnya berdegup dengan amat kencang. Segala asas seni persilatan yang
diturunkan oleh Ustaz Pauzi diaplikasikannya penuh ampuh.
Pailang tersenyum.
“Heh ! Menarik.”,
sindir Pailang. “Tendangan aku mungkin tidak berkesan, namun, aku mahu hang
rasakan ini!”, terus menyerang. Kali ini tumbukan bertubi-tubi dilancarkan pada
bekas juniornya. Eqhwan terkesan. Setiap tumbukan cuba ditepis dan ditahan,
namun agak sukar kerana pandangannya terkabur samar.
DUSHH!! DUSSHHH!!
DUUSSHHHHH !!!!
“Allah !!!”
Jerit Eqhwan.
Tumbukan Pailang mengena tepat pada bawah dagu Eqhwan. Tidak bernoktah setakat
itu, Eqhwan terus ditendang dan diterajang sehingga dia terlentang lemah!
“HAHAHAHAHAH! Hang
dengan mulut hang memang menyakitkan hati aku Eqhwan! Dan apabila aku sakit
hati, maka hang … akan mati!”, Pailang mengangkat kaki mahu memijak perut
Eqhwan yang sedang terbaring longlai.
PANG !
“Adeh!”
Serangan Pailang
terhenti. Tiba-tiba, kepalanya dilontar dengan objek keras. “Ahh! Sialan!”,
mata Pailang liar mencari tuan empunya angkara.
“Lepaskan Abang
Eqhwan!”, kata dua orang pelajar tingkatan satu dengan penuh keberanian. Mereka
ialah Razwan dan Danial. Pada tangan dua junior tersebut dipegangnya
ketulan-ketulan batu.
Eqhwan
menghiraukan, ada urusan yang jauh lebih mustahak perlu diselesaikan. “Razwan !
Danial ! Hampa berdua buat apa kat sini?! Pergi … Lari !”, teriak Eqhwan dalam
keperitan.
“Tak! Kami takkan
lari!”, tegas Razwan. “Abang Eqhwan juga yang cakap bahawa sahabat tidak akan
sama sekali membiarkan sahabatnya dalam kesusahan. Maka, kami akan lawan!”,
kata Danial penuh bersemangat.
Hati Pailang
tergeletek. “ Ohhh?? Abang Eqhwan ajar semua tu? Sweetnya!”, terus Pailang
memerli. Tanpa berlengah, Pailang mengatur langkah angkuh mendekati Razwan dan
Danial. “Mari sini, kita tengok apa yang Abang Pailang mahu mengajar!”, jerit
Pailang.
“Erghh?!”, Razwan
dan Danial sedikit gentar. Namun, kudrat dicekalkan lantas ketulan-ketulan batu
dilontar mensasar ke jasad Pailang.
Teng ! Teng ! Teng
!
Lontaran batu itu
langsung tidak terkesan pada tubuh sasa milik Pailang. Ada kala dia menepis,
ada kala juga dia membiar. Namun, hasilnya tetap sama, dia tegar berjalan
lagak, persi Ironman di medan perang!
“Razwan ! Danial !
Lari sekarang!”, teriak Eqhwan yang masih terbaring lemah. Bibirnya tersembur
darah. “Dah terlambat! MAMPUS!”, teriak Pailang, kakinya mencorak langkah
pecut. Tubuh Razwan dan Danial menjadi sasaran!
PPHHHAAAANNNNNGGGGGG !!!!!
“AARRRGGGGHHHHHHHH!!!”
Jasad Razwan dan
Danial terpelanting akibat momentum tinggi yang dilepaskan daripada tendangan
Pailang. Mereka terseksa !
“Berhenti untuk aku
hanya mati !”, jerit Pailang. Danial yang terbaring lemah dicekiknya penuh
rakus. “Argghhhh!!!”, teriak Danial, terlalu sukar mencorak nafas. Tubuh
pelajar tingkatan satu itu diangkat tinggi ke udara. Pandangan Pailang beralih
pula ke arah Razwan yang terlentang kesakitan berhampirannya.
“Hoi budak ! Hang
yang baling batu tadikan? Nah ! Rasakan ni!”, tubuh Danial dihempas penuh kuat
lagi dahsyat ke atas tubuh Razwan. “ARGGGHHHHH !!!! “, jeritan Razwan dan
Danial menggegar langit malam. Terlalu dahsyat penyeksaan yang mereka alami.
“RAZWAN ! DANIAL !
TIDAAAAAAKKKKK !!!”, Eqhwan hanya mampu menjerit. Tubuhnya terlalu perit untuk
bertindak.
“HAHAHAH ! Biar aku
hapuskan legasi hang, Eqhwan!“, sebilah pisau yang tajam dikeluarkan daripada
sarungnya. Satu senyuman keji terukir rakus pada wajah Pailang. Jasad Razwan
dan Danial yang sedang mengerang kesakitan ditatap penuh kejam.
“Manusia-manusia
lemah seperti kamu semua, hanya layak untuk satu perkara …”, bicara Pailang
sambil menjilat-jilat pisaunya. “… MAMPUS !”
ZZUUUPPPPP !!!
Tusukan pisau
terhunus laju. Jasad mangsa menjadi sasaran. Waktu bergerak kian perlahan.
Razwan dan Danial
menjerit kesakitan …
Pailang rakus
dirasuk syaitan …
Tusukan hampir
mengena sasaran …
Eqhwan terpejam
mencari kekuatan …
Doa memohon bantuan
Ar-Rahman …
‘Ya Allah !
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah, lagi amat hina. Sungguh, tanpa bantuan
Engkau, aku langsung tidak berdaya. Maka Ya Allah, Kau bantulah hamba-hamba-Mu
yang teraniaya ini. Aku pohon Ya Allah … Aku pohon ...!’, hati Eqhwan terus
berdoa. Linangan air mata jernih membasahi wajah Eqhwan. Terlalu lemah. Eqhwan
terjatuh pengsan.
Apakah ini penamat
sebuah penceritaan?
***
PHHAAANNNNGGGGG !!!
“HAH ?!”
Pailang tersentak !
Tangannya ditendang penuh kejutan. Pisau dalam genggaman terlepas melayang.
“Siapa pula kali ni?!”, geram Pailang. Pandangannya bertemu dengan tuan empunya
tendangan.
PHAANNNNGGG !!!
“ARRGGGHHHH !!!”,
Pailang menjerit kesakitan, wajahnya pula menjadi sasaran penerajangan!
“Haisyh … Pailang,
Pailang … Aku ingatkan hang dah mampus. Heh! Silap besar hang masuk kawasan
aku!”, kata si penyelamat penuh keberanian. Bibirnya tersenyum megah.
“Ahh…? Hang?
Aminudin Che Omar!”, teriak Pailang. Satu ketika dahulu, ketika budaya buli
sedang bermaharajalela, Aminudin merupakan seorang junior yang paling tegar
melawan senior beradab syaitan itu. “Lihatlah hang sekarang, dah besar
panjang!”, bicara Pailang sambil mengesat darah di bibir. Tendangan yang
dihadiahkan Aminudin kepadanya amat dahsyat sekali.
“Heh … Memang aku
dah besar panjang, cuma otak hang tu sahaja yang semakin mengecil!”, balas
Aminudin. Luka lama yang pernah dicorakkan oleh Pailang ke atas dirinya kembali
terasa. “Pailang, malam ni, malam pengakhiran hang !”
***
“Eqhwan, hang tak
apa-apa?”
Soal Anas,
sahabatnya itu sedang terbaring di atas pangkuannya. Perlahan-lahan, Eqhwan
cuba membuka mata.
“Anas… Selamatkan
Razwan … Selamatkan Danial …”, nada Eqhwan berbisik akibat terlalu lemah dan
kesakitan. Tangan Anas dipegang erat, tanda merayu meminta bantuan.
“Ahhh!”, tiba-tiba
Eqhwan tersentak. “Pailang! Hentikan Pailang!”, bicara Eqhwan berbaur gusar.
Darah daripada mulutnya tersembur-sembur. Air matanya mengalir deras. Terlalu
sesal kerana dia tidak bisa menyelamatkan dua junior. “Eqhwan, bawa bertenang.
Semuanya sudah selesai. Pailang sudah tertewas, Razwan dan Danial juga
selamat.”, pujuk Anas cuba menenangkan. Darah-darah yang mengalir pada wajah
Eqhwan dikesat Anas penuh lembut berkasih sayang.
Pada keesokan
harinya seluruh warga asrama digemparkan dengan berita kejadian semalam. Nama
Pailang yang telah lama terkubur kini kembali menjadi mahsyur. Mahsyur bukan
kerana kebaikan, tetapi mahsyur kerana sikap kesyaitanan!
Senior rakus
tersebut telah pun dibawa ke muka pengadilan. Namun malangnya, motif serangan
masih kesamaran. Mengapa Pailang tegar kembali menyerang? Apakah tujuan sekadar
membalas dendam? Atau punya agenda hitam?
Entah. Persoalan
tinggal persoalan.
Pada malam
kejadian, Eqhwan, Danial dan Razwan teruk kecederaan. Namun, kecederaan yang
dialami oleh Eqhwan tidaklah separah apa yang dirasakan oleh dua juniornya.
Manakan tidak, Razwan dan Danial terpaksa di bawa ke hospital bagi mendapatkan
rawatan susulan.
“Ustaz … Saya dah
buat keputusan, kita batalkan sahaja pertandingan nasyid ini.”
Kata Anas Asyraf.
Wajah Ustaz Pauzi ditatap penuh keseriusan. Selama ini, nasyid merupakan
segala-galanya dalam hidup Anas, namun, setelah pemuda itu kembali menjalin
ukhwah bersama Amin dan Eqhwan, dia kian sedar, bahawa ada perkara yang lebih
perlu diberikan keutamaan mengikut keadaan. Dan pada ketika itu, kesihatan
Razwan dan Danial yang turut merupakan anggota kumpulan nasyid Suhulus Salam
perlu diberikan prioriti.
Ustaz Pauzi
mengangguk faham. “Baiklah Anas, kalau ini keputusan kamu, maka saya redho.”,
jawab Ustaz Pauzi. Anas tertunduk. Sungguh besar pengorbanan yang dilakukan
oleh ketua kumpulan nasyid itu. Melepaskan penyertaan dalam pertandingan nasyid
peringkat kebangsaan, bukan mudah mahu membuat keputusan sebegitu rupa.
“Hei Anas, hang ni,
janganlah cepat mengalah.”, tiba-tiba satu suara menyampuk dari arah belakang.
Ustaz Pauzi dan Anas mengalihkan pandangan mereka ke arah tuan empunya suara.
“Chillax lah Anas,
hang masih ada kami.”, bahu Anas ditepuk-tepuk memberi kekuatan. Eqhwan dan
Amin sedang berdiri di sampingnya. “Hah? Maksud hampa …?”, Anas mula terfikir.
Wajahnya terpamer sinar harapan.
“Ya, kami akan
gantikan tempat Rawzan dan Danial.”, kata Aminudin penuh yakin.
“Hah? Hampa betul
ni?”, balas Anas seakan tidak percaya. Dia, terlalu gembira.
“Ya Allah ! Alhamdulillah
! Sayangnya kat hampa berdua !”, luah Anas. Tubuh Amin dan Eqhwan didakap erat
penuh kasih sayang. Ukhwah Islamiah membuahkan perasaan cinta penuh keikhlasan.
“Alhamdulillah …”,
Ustaz Pauzi bertahmid perlahan. Air matanya bergenang. Tidak disangka saat
indah sebegitu rupa dapat disaksikan semula setelah sekian lama tiga pemuda
tegar bermusuhan.
Sungguh, percaturan
Allah itu jauh lebih berhikmah!
***
“ARGGGGHHHHH !!!
TAK GUNA !”
Teriak si antagonis
sekuat hati. Musnah. Percaturannya musnah. Harapannya mahu melihat
tentera-tentera BADAR hancur di tangan Pailang terhapus sama sekali.
“Argghhh! Pailang!
Langsung tidak boleh diharap!”, terus-menerus mencaci-maki. Si antagonis
terdiam berfikir mencari ilham. Perlahan-lahan, senyuman kejam terukir seram.
“Baik! Sekiranya
plan A aku bertemu kegagalan, maka, akan aku laksanakan pula plan B!”, kali
ini, dia tekad.
“Aku akan hancurkan
organisasi BADAR dengan tanganku sendiri! HAHAHAHAHAHAH !!!”, si antagonis
tertawa zalim. Hatinya terlampau hitam tanpa cahaya. Manakan tidak? Terlalu
lama terbakar dek api dendam yang kian membara.
“Tapi masalahnya,
aku sendiri pun tak tahu sama ada dia sukakan aku ataupun tidak.”
Luah Anas. Kini,
pemuda tersebut sedang duduk berdua bersama seorang teman di atas Astaka
asrama. Teman tersebut ialah Amirul Eqhwan.
“Hmm… Aku
sebenarnya setuju dengan apa yang Ustazah Fadhilah cakap kat hang.”, kata
Eqhwan sambil matanya memerhatikan secara kosong pelajar-pelajar lelaki yang
sedang asyik bermain bola sepak di padang sekolah. “Kenapa hang nak tahu sama
ada Elisa tu suka kat hang ataupun tidak?”
Anas tertunduk
segan, namun penuh pengharapan. Dan hari ini, pemuda bersuara merdu tersebut
mengambil keputusan untuk berkongsi perihal tersebut bersama Eqhwan. Mungkin
kerana factor usia menyebabkan mereka lebih terbuka. “Bukan apa, aku risau
sekiranya cinta aku ni cinta yang bertepuk sebelah tangan. Itu sahaja.”
“Hmm … Kalau macam
tu, aku ada idea!”, kata Eqhwan bertemu solusi.
“Apa idea hang?”
“Hehehehe… Mari
sini.”, bahu Anas ditarik lantas Eqhwan mula mendekatkan bibirnya kepada
telinga Anas. Sok sek sok sek Eqhwan berbisik. “Wah! Boleh pakai gak kan idea
tu!”, puji Anas. Ibu jari Eqhwan diangkat menunjukkan simbolik thumbs up.
Kedua-dua pemuda tersebut tertawa riang.
“Ehem …
Assalamualaikum.”
Tiba-tiba, satu salam menyapa Anas dan Eqhwan
dari arah belakang. Mereka cukup kenal akan suara tersebut, apatah lagi akan
tuan empunya suara. Itu … Aminudin Che Omar!
“Amin…?
Wa’alaikumussalam.”, jawab Eqhwan dan Anas sekata. Dua pemuda tersebut berpandangan
sesama sendiri. “Boleh aku duduk sekali?”, pinta Aminudin, wajahnya berhias
senyum.
“Silakan.”, kata
Anas, ringkas.
Aminudin menarik
nafas dalam, mengumpul kekuatan untuk meluah bicara. “Anas, Eqhwan… Aku datang
berjumpa hampa berdua petang ni, sebenarnya sebab aku ada satu hajat.”, jelas
Aminudin.
“Aku nak minta
maaf.”, sambung Aminudin. Egonya yang selama ini tinggi melangit diletakkan
serendah mutiara di lautan. Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini
sahaja. Sudah tiba saat dan ketika di mana Ketua BADAR tersebut melakukan
perubahan yang mahmudah dalam organisasi dakwah dan kerohanian itu.
“Subhanallah, Amin!
Sebenarnya kami berdua pun punya hajat yang sama!”, kata Anas keriangan.
“Ya, aku rasa
tindakan kami pada malam tu sangat-sangat tidak matang dan jauh daripada
landasan kerasionalan.”, tambah Eqhwan pula, pemuda tersebut turut tersenyum.
“Eh? Betul ka? Kalau macam tu …”, Aminudin menghulurkan tangan kanannya tanda
pendamaian.
“Salam je tak
cukup.”, tangan Eqhwan dan Aminudin bersalaman. Lantas, pemuda berkaca mata
tersebut memeluk erat tubuh Ketua BADAR itu. Aminudin terkesima, hatinya juga
turut terpeluk penuh kasih sayang. “Owwhhh … Sweetnya! Aku pun nak juga!”, kata
Anas, tanpa membuang masa pemuda tersebut terus turut serta di dalam dakapan
ukhwah tersebut.
Pada saat itu, hati
tiga pemuda tersebut terasa lapang. Api dendam yang selama ini membara kian
terpadam. Sungguh, menjalin silaturahim itu membuahkan rasa tenang dalam jiwa.
Apatah lagi jika ukhwah yang tertaut itu adalah ikhlas kerana Allah.
Mata Aminudin
tiba-tiba berair, hatinya sebak kegembiraan. “Hah, teringat pula zaman kita
tingkatan satu dahulu.”, kata Aminudin sambil mengesat mutiara jernih yang
mengalir di wajah. Ya, tiga pemuda tersebut merupakan sahabat yang amat akrab
suatu ketika dahulu, namun, setelah masing-masing mengambil haluan tersendiri,
keakraban tersebut semakin hari semakin luntur.
Anas dengan
perjalanan nasyid, Eqhwan dengan laluan perbahasan, Amin pula sedari awal sudah
bersama perjuangan BADAR. Namun, pada hari ini, hati-hati yang telah terpisah
itu bersatu semula. Ya, bersatu kerana Yang Maha Satu.
“Amin, aku
sebenarnya bangga hang jadi ketua aku.”, puji Anas Asyraf penuh keikhlasan.
Aminudin menyambut pujian tersebut dengan senyuman. “Alhamdulillah. Dan aku
amat-amat memerlukan hampa berdua serta ahli BADAR yang lain dalam menegakkan
syiar Islam di sekolah ini.”
Eqhwan memegang
lembut bahu Ketua BADAR tersebut. “Jangan risau Amin, kami semua akan sentiasa
membantu hang, dan yang paling penting adalah membantu agama Allah ini.”, jelas
Eqhwan pula. “Kita akan berjuang bersama-sama, biarpun perjuangan ini menuntut
pengorbanan jiwa dan jasad, kerana sungguh, tiada kepimpinan tanpa
pengorbanan.”
Hati Aminudin
tersentuh tatkala mendengar pesan sahabatnya itu. ‘ … Tiada kepimpinan tanpa
pengorbanan. …’, Aminudin tersenyum sendiri. Tangannya menepuk-nepuk bahu Anas
dan Eqhwan.
“InsyaAllah! Kita
boleh!”
***
“Bismillah…”
Perlahan-lahan Anas
menyelitkan sehelai kertas bertaraf warkah di bawah meja gadis bernama Elisa.
Bukan, itu bukan surat cinta. Sekadar warkah menyoal rasa. Pada penghujung kata
isi bicara surat tersebut, tertulis sebuah ucapan pengharapan yang berbunyi …
‘SEE YOU DI IPT’.
Tersenyum sendiri
pemuda tersebut. Hatinya berbunga harapan. Berharap agar cinta ini ialah cinta
yang tulus suci, yang bakal membawa diri mendekati Ilahi dan bukannya
melalaikan.
***
Masa kian berlalu
pantas.
Semakin hari,
semakin kukuh ukhwah persahabatan tiga pemuda bersama ahli BADAR yang lain.
Disebabkan kekukuhan persaudaraan itu, maka organisasi BADAR semakin ampuh.
Onak dan tribulasi yang melanda terus dirempuh.
Apabila Aminudin
berasa sedikit baran, sahabat-sahabatnya akan menegur agar dia kembali ke
landasan kesabaran. Tatkala Anas terlalai dengan kenasyidan, pemuda tersebut
disedarkan kembali atas tujuan perjuangan. Pada saat Eqhwan terleka dengan
ketidakmatangan, sahabat-sahabat seperjuangan terus peka memberi bimbingan.
Nah! Itu hebatnya
ukhwah islamiah! Saling lengkap-melengkapi sesama muslim, dan terus setia
memberi peringatan. Kini, Ustaz Pauzi, Ustaz Yus, Ustazah Fadhilah dan seluruh
warga sekolah sudah mampu tersenyum bangga melihat perubahan yang tercipta.
Syiar Islam pula
semakin tertegak di asrama tersebut. BADAR semakin hari semakin mesra pelajar.
Tidak perlu dipaksa, semua pelajar dengan rela hati menhadirkan diri di musolla
untuk berjemaah. Apatah lagi tatkala berlangsungnya sesi tazkirah, serta apa
jua aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi BADAR, semuanya diturut serta
dengan gembira.
Dalam pada masa
yang sama pula, Anas, Amin dan Eqhwan semakin sukses dalam haluan
masing-masing. Pada minggu lepas, pasukan debat sekolah yang disertai oleh
Eqhwan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Aminudin pula berjaya
meraih gelaran juara bagi acara sukan badminton pada peringkat negeri. Manakala
kumpulan nasyid Suhulus Salam di bawah jagaan Anas pula sedang giat berlatih
sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan nasyid peringkat zon utara.
Alhamdulillah,
organisasi BADAR semakin ampuh dan kukuh. Terus bertambah kuat dengan sokongan
dan dorongan tentera-tenteranya yang ikhlas bersatu.
Namun, bukan semua
insan yang bernama manusia itu berasa senang dan tenang tatkala melihat
pejuang-pejuang Islam meraih kejayaan.
Sungguh. Ada hati
hitam yang sedang memerhati !
***
“ARRRGGGHHHHH !!!”
Antagonis tersebut
menjerit seorang diri. Segala rancangan kejahatannya mahu menghancurkan
organisasi BADAR semakin pudar.
“Tak guna! Macam
mana pula budak bertiga tu boleh berbaik?! Rosak rancangan aku! Rosak!”,
rambutnya berserabut, hatinya langsung tidak wujud perasaan tenang.
Tiba-tiba, dia
mendapat ilham. Ilham untuk menjahanam ! Satu lirikan keji terukir pada wajah
si antagonis berhati hitam. “Hehehe .. Kalau rancangan aku untuk menghancurkan
BADAR secara halus bertemu kegagalan, maka, aku akan laksanakan ia secara
terang-terangan!”
Si antagonis segera
mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi senjata pemusnah. Satu talian
nombor didail pantas.
“Hello.”, suara
antagonis kedengaran serius tatkala berbicara dengan insan di hujung talian.
“Pailang, aku
perlukan bantuan kau.”
Talian dimatikan
seusai bicara. Si antagonis tersenyum kekejaman. “BADAR, aku akan hancurkan
kau! HAHAHAHAHAHAH !!!”
Namun, kelangsungan
majlis tidak semeriah yang disangka. Satu persatu calon percubaan BADAR
menerima watikah amanah di pentas penuh bersejarah. Ya, seluruh warga sekolah
melontarkan buah bicara tersendiri.
“Eh, hang nak tau,
semalam aku dengar budak-budak BADAR bergaduh! BADAR apa macam tu?”
“Kalau diri sendiri
pun tak terdakwah, macam mana nak berdakwah kat orang lain?”
Komentar-komentar
pedas terus ditembak rakus terhadap organisasi BADAR. Apatah lagi apabila tiba
giliran Anas, Eqhwan dan Aminudin naik ke pentas menerima watikah.
Masing-masing berwajah lebam tercedera, merancakkan lagi perbualan insan
seluruh manusia.
Pada ketika itu
juga, segala teka-teki langsung terjawab. Persoalan tentang siapa yang bakal
mewarisi takhta Ketua BADAR sudahpun terungkai.
Ya, dia. Insan itu
ialah Muhammad Aminudin Che Omar.
Sungguh, ini baru
titik permulaan, namun, nama BADAR sudah pun busuk tercemar …
***
“Astaghfirullah …”
Ustazah Fadhilah
beristighfar kepada Ilahi tatkala memikirkan perihal tiga pelajarnya.
Insan-insan yang diharapkan untuk membela agama, tidak bisa bersatu bersama.
“Ini semua dugaan
Allah, dan saya pasti, kita mampu menggalasnya.”, tiba-tiba Ustaz Yus
berkata-kata setelah sekian lama membisu. Di dalam kamar gerakan Pendidikan
Islam itu, tiga muallim sedang serius bermusyawarah.
Ustazah Fadhilah
menarik nafas dalam, lantas dihembusnya penuh perasaan. Hah!
“Betul tu. Lagi
pun, kita perlukan mereka bertiga, dan tentera-tentera BADAR yang lain.”,
rasional ustazah. Ustaz Pauzi dan Ustaz Yus mengangguk membenarkan.
“Benar. Saya lihat,
tentera-tentera BADAR tahun ini punya potensi besar. Dan tiga pemuda tersebut
tidak terkecuali.”, tambah Ustaz Pauzi. “Masing-masing dengan pengaruh yang
tersendiri.”
Satu garis senyuman
terukir indah pada wajah Ustaz Yus. “Ya, Aminudin amat berpengaruh dalam
kalangan pelajar senior. Malah, kumpulan pelajar yang nakal juga mampu
ditundukkannya.”, Ustaz Yus bernada kagum.
Ustazah Fadhilah
mengangguk mengiyakan. “Anas pula, amat jelas pengaruhnya terhadap pelajar
perempuan. Yalah, budak tu hensem, suara pun sedap. Siapa yang tak nak?”,
bicara ustazah dihiasi dengan senyuman nan indah.
“Eqhwan … Saya dah
lama perhatikan dia. Sangat rapat dengan junior. Pengaruh Ketua PRS tersebut
tidak boleh kita sia-siakan.”, tambah Ustaz Pauzi pula. Dua rakan
seperjuangannya mengangguk serentak.
“Saya yakin dan percaya,
sekiranya kita dapat menyatukan Amin, Anas dan Eqhwan, maka organisasi BADAR
bakal berubah ampuh dan megah. InsyaAllah!”, doa Ustazah Fadhilah penuh
pengharapan. Ustaz Pauzi tersenyum tanda bersetuju.
“Saya rasa, kita
dah tak boleh membuang masa, kita perlu lakukan sesuatu!”, kata Ustaz Yus.
Penuh bersemangat!
***
Termenung.
Anas Asyraf duduk
seorang diri di atas Astaka yang gah terbina. Padang sukan di hadapannya meriah
dengan suara-suara pemain ragbi sekolah yang sedang giat berlatih. Namun,
kemeriahan yang tercipta langsung tidak bisa mengisi kekosongan jiwa pemuda
tersebut. Jiwanya kosong, menanti cinta seorang gadis bernama … Elisa.
“Assalamualaikum.”
Tiba-tiba, satu
suara lembut menyapa. Langsung menarik Anas kembali berpijak di bumi nyata.
“Wa’alaikumussalam.
Eh? Umi?”, sahut Anas sedikit keterkejutan. Wanita yang bergelar Ustazah
Fadhilah itu lebih mahsyur dengan panggilan ‘Umi’. Ustazah terus tersenyum.
“Termenung jauh
sahaja Anas. Anak Umi ini fikirkan apa? Marka?”, usik Ustazah Fadhilah. ‘Marka’
membawa definisi teman wanita dalam kamus Utara.
Anas tersentak!
‘Subhanallah! Macam
mana Umi boleh tahu?’, monolog hati kecil Anas. “Eh! Mana ada Umi, saya tengah
fikirkan pasal pertandingan nasyid bulan hadapanlah. Tak ada marka pun!”, kata
Anas penuh penafian. Malu mahu meluahkan perasaan cinta? Atau takut digelar
mangsa hati berzina dusta?
“Fikirkan nasyid
sampai berpeluh-peluh?”, ustazah terus mengusik mesra. Wanita itu duduk
berlabuh di samping pemuda tersebut. “Errkk!!”, Anas buntu bicara.
“Come on lah Anas,
Umi dah makan Sodium Chloride lebih lama daripada kamu. Umi tahu apa yang
sedang kamu fikirkan. Dan Umi faham.”, bicara ustazah penuh kelembutan. Cuba
memujuk hati pemuda bernama Anas itu.
Tertunduk. Mata
Anas terpejam rapat. Tersepit antara cinta dan larangan agama. Nafas pemuda
tersebut dihela sedalam mungkin, lantas dihembus penuh bersungguh. Hah!
“Umi … Haramkah
bercinta?”
Akhirnya, hati Anas
tetap terbuka. Apa guna berahsia sedangkan berkongsi dengan insan yangberpengalaman itu jauh lebih bermakna.
Ustazah Fadhilah tersenyum manis.
“Anas, Umi nak
tanya. Bernasyid itu berdosakah?”
Anas tersentak
mendengar persoalan yang diutarakan oleh ustazah. “Kenapa pula berdosa? Kita
kan berdakwah melalui medium hiburan. Membawa manusia mendekati Ar-Rahman.
Sudah tentulah bernasyid itu tidak berdosa, malah boleh membikin pahala ,Umi.”,
jawab Anas. Jiwa nasyidnya berkobar-kobar.
Ustazah Fadhilah
tersenyum mendengar jawapan pemuda tersebut. “Baik. Kalau kita asyik berlatih
bernasyid sehingga melewat-lewatkan waktu solat, sampai satu tahap boleh
menjadikan kita lalai daripada mengingati Allah, bagaimana?”, soalan retorik
berantaian.
Sedikit terdongak
kepala Anas mencari jawapan. “Kalau dah sampai boleh lupa pada Allah, sudah
tentulah berdosa.”, rasional Anas.
Tersenyum dan terus
tersenyum. “Alhamdulillah Anas, kamu dah pun menjawab persoalan kamu tentang
perihal cinta.”, kata ustazah penuh keibuan.
“HAH?”, Anas
kelihatan blur terpinga-pinga.
“Anas … Siapa yang
ciptakan cinta di dunia ini?”
“Sudah tentulah
Allah, Umi.”
“Maka, mengapa Allah
mencipta cinta buat makhluk yang dicipta?”
“Arr … Sebagai
ujian penentu keimanan atau keingkaran?”
“Kalau bercinta itu
membawa kelalaian, bagaimana?”
“Berdosa.”
“Kalau bercinta itu
membawa insan mendekati tuhan, bagaimana?”
Anas tersenyum
mendengar kata-kata hikmah dari ustazah tercinta. Itu bukan soalan sebenarnya,
itu jawapan! “Hah! Kalau begitu, bolehlah saya bercinta? Kan Umi kan?”, Anas
kembali bersemangat.
“Anas, cinta itu
tidak haram. Namun, bagaimana kita bercinta itulah yang menentukan sama ada
cinta itu cinta yang haram, atau cinta yang tulus suci.”, tambah ustazah lagi.
“Kalau benar kamu cintakan seseorang, maka berdoalah kepada Ilahi agar jodoh
itu adalah yang terbaik buat kamu di dunia dan di akhirat. Dan apa yang lebih
penting adalah kamu melakukan persediaan bersungguh-sungguh untuk menghadapi
alam percintaan yang hakiki.”
Entah kali ke
berapa kepala pemuda bernama Anas Asyraf itu mengangguk membenarkan. Pencerahan
yang diterima benar-benar mengeluarkan dia dari alam kebuntuan. Alhamdulillah.
Telefon pintar yang
tersimpan kemas di dalam tas tangan ustazah dikeluarkan. “Anas, kamu pernah
dengar tak lagu nasyid ‘Kerana Bercinta’?”, musykil ustazah. Anas menggeleng
menidakkan. “Nah, kamu dengar lagu ni.”
Anas tersenyum
manis sepanjang lagu tersebut dimainkan. Sungguh, lagu itu memberi peringatan
jelas kepada dirinya. InsyaAllah.
“Jadi, kena
bercinta kerana siapa?”, soal Ustazah Fadhilah ceria.
“Kita bercinta
kerana Allah!”, jawab Anas penuh bersemangat!
Mereka tersenyum.
Ikhlas.
***
KROOOKKKKK!!!!!
Satu bunyi yang
kurang enak didengari terhasil daripada bahagian perut pemuda bernama Eqhwan.
Lapar ! Perutnya merayu-rayu meminta sesuap makanan.
“Adehh.. Lapar gila! Harap-harap mak cik DM masak ayam tengahari ni.”,
pemuda tersebut melangkah laju menuju ke Dewan Makan. Pelajar-pelajar di
hadapannya habis dipecut bagi memendekkan lagi giliran aturan.
PON ! PON !
Tiba-tiba, bunyi hon kereta terlontar ke udara. Langsung menghentikan
langkahan Ketua PRS tersebut. Kepala Eqhwan tertoleh ke arah kereta di
belakangnya.
‘Hah? Ustaz? Nak apa dengan aku?’, Eqhwan bermonolog tatkala
pandangannya melihat insan bernama Ustaz Pauzi itu melambai-lambai ke arah
dirinya dari dalam kereta. Kelaparan ditolak tepi buat sementara, posisi ustaz
dituju pantas.
“Ada apa ustaz?”, soal Eqhwan bersahaja. Sejak dua menjak ini, hubungannya
dengan ustaz tersebut semakin tidak rapat dek kerana pelbagai komplikasi yang
melanda.
“Kot ye pun, bagi la salam dulu, Eqhwan.”, tegur Ustaz Pauzi sambil
menghulurkan tangan kanannya bagi menyalami pemuda tersebut. “Hmm..
Assalamualaikum.”, Eqhwan bermuka toya.
“Ha … Wa’alaikumussalam. Jom Eqhwan, ikut saya.”, kata Ustaz Pauzi
sambil tangannya menunjuk ke arah tempat duduk di sebelah. Ustaz tersebut
tersenyum ceria. “Nak pergi mana?”, soal Eqhwan pula.
“Marilah, saya bawa kamu makan something special.”, jawab ustaz.
‘Pffftttt! Nak pujuk aku lah tu!’, monolog hati pemuda tersebut.
“Makan apa? RFC? Ustaz ajak Anas je la.”, Eqhwan menjual mahal.
“Tak … Lagi special daripada tu.”
“Apa dia?”
“Nasi Arab.”
“Ceh… Apa yang specialnya?”, Eqhwan terus berprovokasi.
Ustaz Pauzi masih tersenyum, sabar melayan kerenah pelajarnya yang
banyak songeh!
“Saya masakkan untuk kamu.”
“Ustaz masakkan?!”, Eqhwan tersenyum gembira, antara percaya dan tidak.
‘Hmm… Bersungguh-sungguh ustaz ni.’, hati pemuda tersebut mula memancarkan
cahaya keriangan. “Jom!”
Langsung, dua hamba Allah tersebut bertolak keluar daripada perkarangan
sekolah menuju ke rumah Ustaz Pauzi. Kereta MyVi silver bernombor plat TF42
dipandu laju. Sepanjang perjalanan, Eqhwan hanya terdiam membisu, bukan seperti
dirinya yang biasa.
Terasa asing.
“Eqhwan … Kamu punya pertandingan pidato dah dekatkan?”, tiba-tiba ustaz
membuka soalan, muqaddimmah perbualan. Eqhwan mengangguk membenarkan. “Haah,
bulan depan.”, jawab pemuda tersebut, ringkas.
“Adik-adik kamu tak join?”, tanya ustaz lagi. Eqhwan tercengang
seketika. “Hah? Adik-adik saya? Siapa?”, soalan bertemu soalan. Ustaz Pauzi
tersenyum simpul.
“Junior-junior kamulah.”, jelas ustaz. “Ooohhh… Hah. Diorang tak join.
Mus dengan Ikhmal join debat. Razwan dengan Daniel join nasyid dengan Anas
kesayangan ustaz tu. Azim sibuk berlatih badminton. Dayat dengan adik-adik
Lamda yang lain semuanya busy dengan aktiviti rumah sukan.”, satu persatu Eqhwan
menjelaskan.
Ustaz Pauzi tertawa kecil. “Hahah… Banyak betul adik kamu ya?”
“Orang hensem ustaz.”, seloroh Eqhwan. Hatinya sedikit terhibur.
“Saya nak tanya satu soalan boleh?”, pohon ustaz merendah diri.
“Tanyalah ustaz. Kalau boleh jawab, saya jawab.”, balas pemuda berkaca mata
tersebut.
“Saya tengok, dalam kalangan pelajar tingkatan lima, kamu yang paling…
paling…”, Ustaz Pauzi mencari ayat tapisan. “.. Paling ‘ceria’.”, akhirnya
terkeluar juga. Kening Eqhwan terangkat sebelah.
“Paling ceria? Maksud ustaz?
Tak matang?”, pemuda tersebut lebih cekap mengesan. Benar, walaupun menyandang
jawatan yang tinggi di sekolah tersebut, perangai Eqhwan kadang-kala tidak ubah
seperti keanak-anakan. Tidak serius, suka bermain, tegar memberontak dan pelbagai
ragam yang langsung tidak menampakkan simbol kematangan.
Satu garis senyuman terbit pada wajah muallim tersebut. “Bukan tak
matang, cuma, KURANG matang.”, perkataan ‘KURANG’ ditekankan nadanya.
‘Dah mula dah sesi tazkirah!’, syaitan mula berbisik pada hati pemuda
tersebut.
“Tapi saya kagum dengan kamu, sebab kamu boleh masuk dalam dunia junior.
Sedangkan senior lain terus menjadikan senioriti sebagai benteng
penghormatan.”, sambung Ustaz Pauzi lagi. “Kenapa ya Eqhwan?”
Eqhwan berdengus kecil. Setiap kali persoalan berkisar senioriti
terbangkit, pemuda tersebut akan terkenang nostalgia hitam lima tahun lalu.
Tatkala dia masih seorang junior di tingkatan satu.
“Ustaz … Ustaz ingat tak, Pailang?”, Eqhwan bernada serius.
“Pailang?!”, jelas terpapar bahawa ustaz tersebut tersentak tatkala nama
‘Pailang’ itu disebut.
Ya, peristiwa lima tahun lalu di sekolah berasrama tersebut. Wujud
seorang senior bernama Pailang, perangainya persis iblis! Menjadi mimpi ngeri
bagi pelajar-pelajar junior yang bermastautin di asrama itu. Misi Pailang cuma
satu; mahu menjadikan senioriti itu sebagai senjata pemusnah. Lantas, kekuasaan
yang dimilikinya sebagai seorang senior membolehkan dia bermaharajalela.
Pada lima tahun dahulu, semua junior tingkatan satu pernah menjamah
tendangan manusia bertopengkan syaitan, iaitu Pailang. Eqhwan juga tidak
terkecuali daripada menjadi mangsa. Lantas, pemuda tersebut tegar melaporkan
segala isu kejahatan senior tersebut kepada pihak atasan. Ya, dia berjaya
menyebabkan Pailang dibuang sekolah. Persis hero! Namun, kejayaannya menuntut
kesakitan. Sebelum Pailang mengangkat kaki keluar daripada sekolah tersebut,
Eqhwan dan rakan-rakan seperjuangannya dibelasah selumat mungkin!
Terseksa. Pedih dan menderita.
Mata Eqhwan terpejam rapat. Nafasnya ditarik sedalam-dalam, lantas
dihembus kuat dengan harapan mahu melupakan segala nostalgia hitam yang telah
tercipta. Pun begitu, dia gagal. Memori rakus itu telah tersemat kemas dalam
sanubarinya.
“Saya dah janji dengan diri saya ustaz. Saya akan jaga junior saya
dengan sebaik mungkin.”, keazaman Eqhwan membara-bara. “Tak kisahlah orang nak
cakap saya tak matang ke, gila jawatan ke, apa ke, saya tak kisah. Itu semua
tak penting. Asalkan saya tahu, apa yang saya buat ni betul, maka akan saya
teruskan.”
“Alhamdulillah! Dah sampai.”, kereta MyVi tersebut berhenti meluncur
tatkala tiba di destinasi. Rumah Ustaz Pauzi. “Jom, masuk. Kita lupakan
sengketa lama, kita buka buku baru.”, kata ustaz sambil tersenyum.
***
“Hoh! Mana Pojan ni!”
Aminudin berasa amarah. Jam pada pergelangan tangannya ditatap berulang
kali. Rakan sepermainan badmintonnya, iaitu Fauzan Wajdi masih tidak muncul
tiba. Sudah lewat sepuluh minit masa latihan.
“Assalamualaikum.”
Satu salam menyapa. Aminudin segera tertoleh ke arah tuan empunya salam.
“Wa’alaikumussalam. Ah? Ustaz Yus? Ada apa hari ni?”, soal Aminudin. Pelik,
selama ini ustaz tersebut hanya berpakaian Baju Melayu tatkala berada di
kawasan sekolah pada waktu sebegini. Namun, hari ini kondisinya berbeda. Ustaz
yang dikagumi tersebut berpakaian sukan lengkap.
Ustaz Yus tersenyum.
“Hari ni, Fauzan off. Saya akan lawan badminton dengan kamu.”, kata
Ustaz Yus dalam intonasi mencabar. Tahap konfidensi yang cukup tinggi.
Aminudin terkesima. Antara percaya dan tidak. Langsung, dia tersenyum.
“Heh, baik! Jangan menyesal ya ustaz.”, cabaran bersahutan. Tulang leher
Ketua BADAR tersebut ‘di-krakkk-krukk-kan’.
BRING IT ON!
***
“Dah siap Nasi Arab!”
Kata Ustaz Pauzi sambil membawa dulang makanan dan dua pinggan bersama.
Lantas dihidangkan terus kepada tetamu jemputannya.
Eqhwan menghidu aroma Nasi Arab yang sangat harum lagi menyelerakan.
“Wahh!! Sedapnya bau Nasi Arab ni. Jom makan!”, teruja pemuda tersebut mahu menjamah
masakan ustaz itu. Usai doa makan dibaca, Eqhwan terus menyuap sesuap nasi ke
dalam mulutnya. Kelaparan yang tidak dapat tertahan. Ustaz Pauzi hanya
tersenyum melihat gelagat pelajarnya.
“Erkkk???!!! PFFFTTTTT!!!”
Tersembur-sembur Nasi Arab terkeluar daripada mulut pemuda tersebut.
“Ustaz. Nasi ni tak masaklah! Mentah …”, tegur Eqhwan dengan lidah yang sedikit
terjelir. Ustaz Pauzi tertawa kecil.
“Hahaha … Alah, mentah pun masih boleh
dimakan lagi.”, kata ustaz penuh canda.
“Hmmm! Meh sini ustaz, ikut saya.”, Eqhwan mengangkat dulang nasi tersebut
kembali ke dapur. Memandangkan isteri Ustaz Pauzi tiada di rumah, maka pemuda
tersebut dengan penuh keselambaan menggunakan dapur di rumah tersebut.
Dapur dihidupkan. Kuali dan minyak terpanas.
“Ustaz, kalau masak nasi, kenalah masak betul-betul. Baru sedap orang
nak makan.”, celoteh Eqhwan sambil tangan kanannya menyenduk nasi yang sedang
dimasak di atas kuali. “Ustaz, ayam tu kena masak balik, tak cukup rempah.”,
ujar Eqhwan.
Senyuman ustaz tidak lekang tatkala memerhatikan pelajarnya beraksi di
dapur. “Rempah ratus ada dalam almari tu. Kalau nak lesung batu, kamu cari
bawah dapur.”, terus memerhati ceria.
Dengan penuh cekap, Eqhwan menumbuk bawang merah, bawang putih, serta
halia bersama. Kemudian segala rempah ratus dicampurkan secukup rasa untuk
menaikkan lagi kesedapan ayam yang bakal dihidangkan bersama nasi arab.
“Eqhwan, susah-susahkan kamu je nak kena masak balik. Kan senang kalau
makan je nasi tadi.”, kata Ustaz Pauzi. Secara automatik, kepala Eqhwan
tertoleh ke arah ustaz setelah mendengar komentar berkenaan.
“Isyhh! Mana boleh ustaz. Kalau nak masak, kenalah masak betul-betul.
Nasi mentah mana sedap.”, balas Eqhwan sambil memasukkan ayam ke dalam sup
rempah yang sedang mendidih. “Biarlah bersusah sikit ustaz, asalkan masakan ni
menjadi. Baru sedap!”
Ustaz Pauzi mengangguk membenarkan. Bibirnya masih tersenyum.
“Hah! Siap!”, kata Eqhwan penuh ceria. Nasi Arab dihidangkan di atas
talam, bersama ayam berempah kuah kurma dijadikan lauk utama. “Jom makan,
ustaz.”, giliran Eqhwan pula tersenyum.
Sekali lagi, doa makan dibaca Eqhwan, dan diaminkan pula oleh ustaz.
Seusai itu, Eqhwan terus memakan Nasi Arab 2.0 tersebut. “Subhanalllah!
Sedapnya!”, Eqhwan memuji masakannya sendiri dengan keadaan mulut yang penuh
disumbat ayam.
Ustaz Pauzi turut menjamu selera. ‘Hmm… Boleh tahan.’, hatinya memuji.
Ustaz tersebut menyaksikan sahaja gelagat pelajarnya yang sedikit gelojoh itu.
Terlalu lapar, mungkin.
“Eqhwan, sekarang kamu tahukan, bahawa kematangan itu penting?”
“PPPFFFFFTTTTTTTT!!!”
Sekali lagi! Ketersemburan nasi tercetus. Namun kali ini bukan kerana
rasanya yang kurang enak, tetapi disebabkan oleh persoalan yang diutarakan
ustaz terus dari benak.
“Hah? Apa maksud ustaz?”, musykil Eqhwan, bibirnya dikesat.
Tersenyum ustaz itu. “Kenapa kamu pilih untuk memakan nasi yang masak,
dan bukan nasi yang mentah? Sedangkan dua-dua nasi boleh sahaja terus
dimakan.”, soal ustaz. Pemuda yang juga merupakan debator sekolah itu terus
tangkas memberi jawapan. “Memanglah dua-dua boleh dimakan. Tapi nasi yang masak
itu lebih sedap dan menyelerakan.”
“Tak samakah yang mentah dan yang masak?”, ustaz terus menyoal.
“Tak. Jauh sekali perbedaan yang tercipta.”, jawab Eqhwan, mudah. Ustaz
Pauzi mengangguk mengiyakan jawapan tersebut.
“Maka, yang mentah, dan yang matang, bagaimana?”, soalan cepumas!
“Errrkkk!”
Eqhwan tersentak. Buat pertama kali, pemuda yang hebat membidas
kata-kata insan lain itu terkunci bicaranya. Bukan kerana dia tidak punya
jawapan, cuma … hatinya berasa amat terkesan.
Terus tersenyum lirik. “Eqhwan, saya lihat kamu ada potensi. Sebab itu
saya tarik kamu jadi BADAR. Saya tahu, sebagai remaja kita memang selalu nak
berseronok. Cuma, pada detik-detik tertentu, dalam keadaan-keadaan tertentu,
atas sebab-sebab tertentu, kita perlu jadi matang.”, nasihat Ustaz Pauzi dalam
intonasi kebapaan.
Perlahan-lahan,tangan Ustaz
Pauzi berlabuh pada bahu pemuda tersebut, mengalirkan chakra kekuatan. “Eqhwan,
… saya perlukan orang seperti anda.”
ZUPPPP!!!
Terkesima pemuda berkaca mata tersebut. Dirinya terasa kuat, terasa
bermotivasi, terasa diri ini begitu diperlukan serta dihargai. Selama ini, ramai
orang yang tidak berani memberikan kepercayaan kepada Eqhwan kerana sikapnya
yang keanak-anakan, namun hari ini, situasinya berbeza. Sungguh berbeza. Tidak
dapat digambarkan perasaannya pada saat dan ketika itu.
“Ustaz! Terima kasih untuk Nasi Arab ni. Sangat bermakna.”, bicara
Eqhwan terserta senyuman.
Terlalu gembira.
***
SMASH!
Bulu tangkis meluncur laju di ruang udara. Pergerakan Aminudin
ditingkatkan ketangkasan bagi menyerang balas.
‘Isyhh! Hebatnya Ustaz Yus ni!’, monolog hati Amin. Peluhnya bercucuran.
Sudah hampir lima permainan, namun pemuda tersebut terus lumat dikalahkan.
“Kenapa Amin? Dah penatkah?”, perli Ustaz Yus di posisi berlawanan. DIa
kelihatan tenang dan masih tersenyum ceria. Berbeza pula kondisinya dengan
Aminudin. Nafas Aminudin turun naik laju, peluh pula basah bercucuran. “Heh!
Saya tak kenal erti penatlah, ustaz. Yahhh!!!”
SMASH!
Aminudin melompat tinggi ke udara, pukulan raket dilibas sekuat hati.
Ya, itu kelebihan Aminudin Che Omar. Fizikalnya yang mantap menjadikan dia
lebih bertenaga. Setiap kali permainan badminton berlangsung, pemuda tersebut
akan menjatuhkan lawannya dengan serangan smash!
Ustaz Yus tersenyum. Dengan tangkas, ustaz tersebut berlari ke arah net
bagi mendapatkan posisi pukulan yang lebih mantap. Setelah mengumpul daya,
Ustaz Yus melonjak ke udara sambil raketnya ditarik jauh ke belakang. Daya
potensi terjana!
‘Ahh! Smash lagi ke?! Matilah aku!’, hati Aminudin berbisik cemas.
Pemuda tersebut segera melompat semula ke ruang udara bagi melakukan persediaan
untuk menepis serangan balas.
PAP.
Sedikit. Hanya sedikit sahaja kudrat yang dilancarkan oleh Ustaz Yus
bagi menjana serangan balas. Tiada smash. “Ahhh??!”, Prediksi Aminudin bertemu
miskalkulasi. Lantas, bulu tangkis mencium lantai pada bahagian Aminudin
beraksi.
Permainan tamat. Ustaz menang, dan Aminudin kalah. Lagi.
Aminudin terduduk tercungap-cungap, sungguh, ustaznya itu bukan
calang-calang ustaz. Perlahan-lahan, Ustaz Yus berjalan ke arah Ketua BADAR
tersebut. “Jom Amin, saya belanja kamu minum di kantin.”, pelawa Ustaz Yus
penuh keikhlasan.
Di kantin tersebut, Ustaz Yus dan Aminudin duduk berdua di sebuah meja.
Keadaan kantin yang meriah dengan perbualan kosong para pelajar menjadikan
suasana sedikit hingar. Namun tidak pula mengganggu diskusi dua insan tersebut.
“Macam mana Amin, penat?”, soal Ustaz Yus bersahaja. Amin tersenyum,
“Heh, bolehlah. Hebat juga ya ustaz main.”, puji Aminudin.
“Hahaha… Kalau tak hebat, macam mana Lee Chong Wei boleh jadi anak murid
saya?”, gurau Ustaz Yus. Aminudin turut tertawa. “Tapi, sehebat-hebat saya,
hebat lagi kamu. Sepanjang perlawanan, asyik smash sahaja.”
Air milo ais dihirup Aminudin penuh kepuasan. “Smashing memang kekuatan
saya ustaz.”, bangga.
“Apa
yang terlintas di fikiran kamu, bila saya pun bagi pukulan smash?”, soal Ustaz
Yus.
“Oh! Mestilah saya nak balas balik smash tu. Lawan mesti lawan!”, kata
Aminudin penuh semangat. “Kalau macam tu, bagaimana pula dengan perlawanan
akhir kita tadi? Kamu termasuk dalam perangkap saya.”, senyum ustaz.
“Kebetulan ja tu ustaz.”, balas Amin, tidak mahu mengalah.
“Tindakan tu dipanggil apa?”
“Strategi.”, jawab Amin.
Ustaz terus tersenyum. “Amin, kamu ada kekuatan. Tapi saya nak tanya,
kamu ada strategikah?”.
Aminudin tertunduk seketika memikirkan jawapan, lantas
dia bergeleng perlahan. Strateginya kurang serta amat tipis.
“Sekarang kamu jawab, mana yang lebih penting, kekuatan fizikal atau
strategi?”, terus menembak soalan retorikal. “Err… Strategi.”, jawab Aminudin,
samar.
“Ya, tepat sekali. Sama juga seperti usaha dakwah.”, jelas Ustaz Yus.
Aminudin tersentak.
Strategi? Dakwah?
“Amin, saya perhatikan bahawa kamu punya cita-cita yang amat besar dalam
dunia dakwah. Malah, kamu tegar melakukan apa sahaja demi menegakkan syiar
Islam. Namun Amin, kekuatan semata-mata tidak bisa membuahkan hasil yang
efektif lagi efisien. Kita perlukan strategi. Kita perlukan hikmah.”, satu
persatu ustaz menerangkan.
Aminudin diam menghadam kata bicara yang terlafaz dari bibir Ustaz Yus.
“Amin, sekiranya kamu mengangkat kuasa dan kekuatan sebagai senjata, maka ia
tidak akan bertahan lama. Contoh, kamu marah kawan kamu sebab dia tak solat,
kemudian dia pun solat sebab tak larat nak dengar kamu marah-marah. Kamu rasa,
bila esok kamu dah tiada, dia akan solat lagikah?”
Tergeleng kepala Ketua BADAR tersebut.
“Bagaimana pula sekiranya kawan kamu itu tidak solat, lantas kamu yang
menjelaskan kepadanya tentang kepentingan solat dengan penuh kesabaran. Apabila
kawan kamu sudah terbuka pintu hatinya untuk menunaikan solat, kamu rasa esok
lusa kamu perlu menasihatkannya lagi?”
Sekali lagi Aminudin bergelengan.
“Itulah kuasa hikmah Amin.”, kata Ustaz Yus. Aminudin mengangguk
perlahan. “Ustaz, bagaimana mahu menjadi insan yang berhikmah?”, soal Amin,
pintu hatinya perlahan-lahan kian terbuka. Alhamdulillah, syukur pada Allah.
Terus dengan senyuman manis. “Senang sahaja Amin, kamu perlukan ilmu
serta kesabaran yang tinggi.”. Amin terdiam. Terdiam memikirkan kesabarannya
yang agak tipis menipis.
“Nak menang ke tak nak?”, Ustaz Yus mencocok.
“Mestilah nak ustaz.”, giliran Aminudin pula tersenyum. Terasa dirinya
tercabar.
“Maka?”
“Kena berhikmah! YEAH!!!”, sahut Aminudin penuh bersemangat.
“Alhamdulillah.”, senyuman mengiringi lafaz tahmid di bibir ustaz.
‘Aku akan berusaha sekuat daya untuk menjadi Amin yang baru! Yang
berhikmah! InsyaAllah!’, dalam hati Aminudin berazam tinggi.