Sunday 8 December 2013 | By: Zenith

JAD e Youkoso :D !!!


WELCOME TO JAD ;)

Assalamualaikum… :D

Seperti yang diamanahkan oleh saudara Eqhwan, saya ingin memperkenalkan kursus JAD.

JAD TU APA EH? MCM BEZ JA, MCM COMEL JA..

Tak kenal maka tak cinta. Hemm, apa kata kita ta’aruf dulu haha.. XD JAD adalah singkatan kepada Japanese Association Degree atau bahasa Melayunya Program Ijazah Berkembar Jepun. Nama timangan dia MJHEP(Malaysian-Japanese Higher Education Program). Nak sebut mana-mana pon tak kesah. JAD ni sebenarnya ditubuhkan utk merialisasikan Dasar Pandang ke Timur yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir pada thn 1983.

WAH WAH ! JAD MEGAH ! :D

APA BEZA DENGAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA YANG LAIN??

Perbezaan yang ketara, program ni bukan under JPA @ MARA tapi dibawah biayaan YPM (Yayasan Pelajaran Mara). Bahagian Latihan dan Penyelidikan, Japan International Cooperation Agency 2011, telah mengiktiraf kejayaan JAD sbg Model Program Pendidikan Tinggi Jepun terbaik yang dikendalikan di luar Negara Jepun.(wahh-wahh!).Program JAD hanya menyediakan pembelajaran untuk Mechanical Engineering dan Electric & Electronik Engineering.

Dah nama “program berkembar”, tang mana berkembar tu?? :D

Haa.. mai chek nak jawab. Dekat Malaysia bkn setakat buat persediaan Bahasa Jepun ja, tapi sekali dengan Diploma selama 3 thn. 2 tahun lagi Ijazah di Jepun. YPM juga sediakan biasisiwa unk sapa2 yang nk sambung master dan phD.

Macam Jepun jer.. Macam Best Jer :D
Kiranya nanti kt Jepun buat ijazah ka?

Yupp! Bila dah fly kat Jepun, teruih buat Ijazah dan jadi pelajar tahun ke-3 (U3). Dari Malaysia kita akan “carry forward” credit hour. Dekat sinila nampak kelebihan program JAD berbanding dengan program-program lain.



Tahun Pertama                               (18 tahun)
Matrix Year                                (Malaysia)
Tahun Ke-2                                      (19 tahun)
University Year 1     (U1)          (Malaysia)
Tahun Ke-3                                      (20 tahun)
University Year 2     (U2)          (Malaysia)
Tahun Ke-4                                      (21 tahun)
University Year 3     (U3)          (Japan)
Tahun Ke-5                                      (22 tahun)
University Year 4     (U4)          (Japan)

Scholarship YPM

Sapa-sapa yang dapat scholarship YPM dia tak perlu bayar balik bila dah habih belajaq. (la, dah nama pon biasiswa kan). Sepanjang pembelajaran dari Matrix Year sampai U4, YPM menaja sebanyak RM400,000 setiap sorang. Subhanallah, banyak tu. YPM pon tak bond mana pelajar JAD dengan YPM, kiranya lepas grad, pelajar JAD bebas untuk bekerja dekat mana-mana tempat. Dalam sebulan elaun sara hidup RM430 di Malaysia. Makan minum kena cari sendiri, hehe tapi bilik disediakan tak payah bayar pon la.

KEHIDUPAN PELAJAR JAD

 Mula-mula masuk JAD, mesti culture shock dengan tempat tu sendiri. Program  JAD ni buat dekat MARA-JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE, MJII (Beranang, Selangor), program macam OISCA pon ada jugak kat sini. Kolej ni memang dikhaskan utk program yang berkaitan dengan Jepun. Sebab tu la jangan terkejut bila sampai sini, kiri kanan, sign board semua bahasa Jepun.  Sapa-sapa yang ada basic Bahasa Jepun, kalau dia masuk JAD memang ada advantage utk dia. Kalau start dengan zero pon tak apa sebab lama-lama, semua orang akan sama level.

JAD : SPORTING HABES !!! :D
Sebab apa tahun pertama tu panggil matrix year?

Tahun pertama tu banyak belajar basic chem, physic dan math. Fokus sem1 dan sem2 adalah subjek Bahasa Jepun. Kalau tengok jadual pon Bahasa Jepun lagi banyak dari subjek science. Masa ni lah sensei-sensei Jepun akan layan kita macam budak tadika… haha.. Bez kot! Sem1, subjek Science masih guna English, bila dah masuk sem 2, semua subjek convert ke Bahasa Jepun kecuali English hehe..
Buku rujukan kena beli ka?

JAD : Paper Car Invention :D Kalah Doremon !
Jangan gatai tangan nak beli, haha… Jangan risau, semua buku rujukan dapat pinjaman. Utk subjek Bahasa Jepun, YPM sediakan dictionary electronic setiap sorang. Tu pon pinjaman jugak, nanti kena bagi balik.  

Penginapan

Blok akademik dengan asrama dekat sangat-sangat. Kolej MJII Beranang ni kecik lagu Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Nak keluar pon kena tulis nama dekat pondok gatt, macam sekolah kan haha… 

LAGU MANA CHEK NAK MASUK PROGRAM NIE??

Adat Melayu Tak Pernah Dilupakan :3
ZENITH_MAEY Bersilat bak hang !!
Kenalah selalu bukak link ypmhttp://www.jadypm.edu.my/index.php/en/. Selalunya dia tak akan iklan dekat surat khabar. Masa intake 2012, guna result SPM untuk isi borang, tapi intake 2013 guna result trial SPM. Mungkin sistem pengambilan budak JAD bertukar-tukar setiap tahun? Mungkin? Klau calon-calon yang lepas, ada 2 sesi iaitu ujian bertulis dengan interview.

 Kalau ujian bertulis ni ada subject English, Math, Chem & Physics. Tak ingat berapa soalan tapi semua soalan OMR ja. Interview selalunya sorang-sorang (haha, cuak dak?) Kebanyakkan interviewer tu sensei-sensei yang mengajar dekat JAD. Ada jugak kawan saya yang kena interview dengan dean JAD. (=_=”). Soalan masa interview selalunya pasai sebab apa nak masuk JAD la. Ada jugak yang kena jawab soalan math @ derive formula depan interviewer tu… Alhamdulillah, saya sendiri tak pulak kena buat macam tu.. hehe. Masa ni tak salah rasanya bertegur sapa dengan calon-calon yang lain sebab nanti bila dah masuk JAD kita akan jumpa orang yang sama jugak.

                                              

                                   TADAAA !!! CHIVALRY GENERATION Pun Ada :D 

OVERVIEW~~~

Kalau nak cerita semua pasai JAD memang tak akan habih..Mai la masuk sini haha.. untuk maklumat lanjut bolehla rujuk warga-warga KUPSIS di sini seperti Nik Ismail :D

ZENITH_MAEY ; Hotstuff JAD :D

https://www.facebook.com/nik.ismail.7?fref=ts, Mohd Zulhilmie, https://www.facebook.com/mohdzulhilmie.mohdamin?fref=ts Amal Azraai https://www.facebook.com/azsfearless?fref=ts dan Safwan Sayuti https://www.facebook.com/safwan.sayuti.1?fref=ts dan saya sendiri Siti Sahkirah https://www.facebook.com/sitisahkirah.norsha?ref=tn_tnmn Kepada adik-adik lepasan SPM, buatlah pilihan sebaiknya dan jangan lupa berdoa kepada Allah…

Wallahualam.. :D

ZENITH_SAHKIRAH : "Arigatou Haik!!! :p"

by Siti Sahkirah :D

9 comments:

Unknown said...

Ada x senior yg masuk asasi sains pertanian di UPM?

Zenith said...

sat ek zikri azhar. kami survey :) InsyaAllah :D

adilahnorsham said...

salam kak nak tanya. exam jad tu susah ke? macam mana soalan nya? wajib score eh? interview tanya soalan apa je?

Zenith said...

wassalam, adilahnorsham, boleh rujuk soalan interview jad dalam entri ni

http://mumtazzenith.blogspot.com/2012/12/scholarship.html

Unknown said...

Mcm kenai ja

Unknown said...

Mcm kenai ja

Unknown said...

Mcm kenai ja

Unknown said...

Assalam nak Tanya , Klau contoh saya dapat, mmg x kena bayar apa2 ke?

Shamel said...

Kalau ada buku buku jepun yg rasa Tak guna lagi bagilah saya.

Post a Comment