Sunday, 8 December 2013 | By: Zenith

Sedekad Gemilang UNIMAP di hati :)



Universiti Malaysia Perlis (Unimap)  :D
Universiti Kejuruteraan .
Diploma/Degree.

Senja, waktu itu adalah yang cukup dinanti-nantikan.  Deruan ombak dan hembusan angin laut yang nyaman yang menemani saat sepinya waktu. Mana tidaknya, saat matahari terbenam di ufuk barat, panorama indah yang memukau menjadi santapan mata kala itu. Di pantai Kuala Perlis saya menyampaikan salam angin rindu buat semua yang mengenali... <3

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh :)

Anda berminat dalam bidang kejuruteraan? Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar Negara.

ZENITH : UNIMAP GEMILANG ! :)

Perlis. Sebuah negeri yang aman permai. Pernahkah anda menjelajahi keseluruhan Perlis. Berminat?.. Mohonlah untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Perlis.

Kenapa Unimap?

Unimap mengamalkan konsep kampus teragih di mana segala urusan tidak bertumpu di sesuatu tempat sahaja. Di mana mana pun tempat kat perlis ada Unimap. Itu yang membuatkan Unimap ni lain dari Universiti tempatan yang lain. hehe. Setiap pergerakan ke satu-satu kampus akan disediakan perkhidmatan bas yang berjadual. Jadi sepanjang pengajian kita di Unimap kita boleh menjelajah satu Perlis dari Kuala Perlis sehingga ke Jejawi, Pauh, Wang Ulu etc…

Kemudahan prasarana semua tersedia. Kolej kediaman antara yang terbaik. Macam duduk kat rumah sendiri. Satu rumah 8-12 orang bergantung pada kolej kediaman di satu-satu tempat. Internet percuma. Makanan semua tanggung sendiri. Hujung minggu boleh makan steamboat kat jejawi or ikan bakaq kat kuala perlis yum yumm...

Nak masuk nak masuk tak? :D

UNIMAP : IT'S ALL ABOUT ENGINEERING :D
PROGRAM IJAZAH. Lepas Matrik atau Asasi apply program degree (4 tahun) kat Unimap. Ada gak program 4+1 boleh sambung terus ke Master (yang ni saya tak berapa pasti)... n.n Boleh Tanya Abang abang dan kakak kakak kalian. FIKRI JAMALUDIN, NOOR HASLINA, AFIQAH SUHAIMI, NAIM AHMAD... Antara peneraju Zenith Generations di Unimap.

PROGRAM DIPLOMA. Kalau nak tnya pasal program Diploma, haa, tanya lah saya… 
Kesempatan ni, meh nak cerita sikit pasal program diploma.

Kenapa Diploma? Lepasan SPM sering pening, dilema dan demam pasal nak pilih tawaran yang korang dah dapat dan tak dapat. Sekarang persaingan makin sengit. Kadang susah nak dapat tawaran. Dan bila dah dapat, tak tahu nak buat pilihan. Dan paling pening bila nak pilih untuk sambung matrik, asasi, stpm dan diploma. Ada yang kata tak patut ambik Diploma. Keputusan di tangan anda.

UNIMAP : PUSAT PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI :D
Since saya seorang penuntut program Diploma di Unimap meh nak share sikit pengalaman. Huhu.
Diploma ni tempoh pengajiannya 3 tahun dan kalau struggle betul-betul tempoh pengajian kurang . Tapi kat Unimap memang 3 tahun dan tak kurang sebab silibus engineering tak boleh dimansuhkan hehe. Yup, 3 tahun. Tapi kalau sambung degree kat unimap, program degree jadi 3 tahun dari 4 tahun untuk fresh graduate dari matrikulasi, stpm or asasi. Setahun ja beza nak habis degree kan kalau masuk matrik or asasi kan. Tapa-tapa, slow and steady. Walaupun tempoh pengajian agak lama tapi pembelajarannya tak compact dan boleh dikatakan agak relax. (Belajar tanpa tekanan). 

Diploma jugak senang giler bak hang nak score dengan SYARAT berusaha…  Diploma ni praktikal banyak dari teori. Sikit-sikit masuk lab. Serius best tak tipu! Kalau kat Unimap, machine semua tu macam barang mainan ja hehe. Dan masuk program Diploma ni salah satu cara nak sesuaikan diri untuk belajar suasana program degree sebab cara pembelajaran sama ja. Takde lah terlalu culture-shock dengan cara pembelajaran di Universiti. Dalam ucapan NC Unimap, dia puji student Diploma dan di Unimap sendiri terbukti pelajar Diploma lebih menguasai bila sambung program degree. Dan peluang kami pelajar Diploma untuk sambung terus pengajian degree di Unimap sangat cerah. Masa Diploma ni jugak kita boleh rancang strategi untuk score time degree berdasarkan pengalaman kita masa Diploma.

UNIMAP : Menggapai Sukses !
So amacam kawan2?

Baiklah . Manakah yang patut saya pilih ? Tepuk dada tanya selera . Ikut kemampuan kita . Lebih baik korang berbincang dengan parents dan buatlah solat istikharah . InsyaAllah , Allah akan permudahkannya dan ingatlah Allah adalah perancang yang terhebat. Tak kira anda belajar di mana, niat belajar lillahi Taala… :)

Itu sahaja dari saya. Maaf untuk info yang tidak seberapa. Nak tahu lebih lanjut, kami dari Zenith generation sedia untuk membantu.

Universiti Malaysia Perlis. Sebuah Universiti alam Kejuruteraan... To be an engineer, I choose Unimap.

How about you?

by NUR AIMI SAIRAH :)


2 comments:

Emi Amaya said...

As salam. Tumpang tanya. Boleh saya tahu bagaimana kemudahan fasiliti untuk para pelajar?
Terutamanya dalam bidang seperti biomed eng.
Adakah memuaskan?

Anonymous said...

Aimi

Post a Comment