Saturday 14 December 2013 | By: Zenith

INTEC Education College



Selamat Datang !
  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Gapo ni ? Kolej je ? Bukan Universiti ?
Ramai yang masih tidak mengenali jenama INTEC  ini. Tahukah anda INTEC merupakan tempat persediaan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara?
INTEC merupakan Kampus Satelit di bawah naungan UiTM pada suatu ketika dulu. Kini, INTEC telah diswastakan. Bermula tahun 2013, INTEC sepenuhnya menjadi IPTS di Malaysia. Private College gitu~ Lokasinya terletak di Shah Alam, Selangor. Mai la singgah ~

.
Apa istimewanya INTEC ni ?

Biasa je. Jujur saya cakap, INTEC ni tempat hamba Allah menimba ilmu. Ada rezeki dapatlah terbang.
*penuh rasa kerdil dan rendah diri*
Oh, yang bestnya anda berpeluang meluaskan jaringan kenalan yang akan ke seluruh pelusuk dunia. Nanti senang nak roger. Mahu kenalan yang belajar di Jepun? Ireland? US? Australia? Tiada masalah. Titik perkenalan bermula di sini :D 

Belajar di US tapi mahu merantau ke seluruh benua Eropah? Calling-calling je kawan di INTEC ni. Dapat tumpang rumah free. Jimat bajet. Antara sebab pusat persediaan ke luar negara ini ditubuhkan. Thumbs up!


Sebahagian negara yang dijelajah oleh pelajar INTEC

Secara tak rasmi INTEC juga berkait rapat dengan pusat persediaan lain yang ada di Malaysia iaitu, Kolej MARA Banting (KMB), Kolej MARA Seremban (KMS), KYUEM, KBU, Taylors, Sunway, KDU, INTI, Kolej Tuanku Ja'afar, MCKK, dan sbg.

Yup, MCKK juga salah satu tempat persediaan ke luar negara menggunakan IB (International Baccalaureate) bermula tahun 2012. Famili SBP!



Bagaimana nak masuk INTEC?

Sila layari laman web rasmi INTEC : [ 
http://intec.uitm.edu.my/ ]

Secara umumnya ada dua intake kemasukan ke INTEC ( January intake/July intake)

Bagi January Intake, kebanyakan pelajarnya adalah fast track student. Kumpulan ini selalunya adalah private student (Tajaan Sendiri) ataupun pelajar SPC (Skim Pelajar Cemerlang), menggunakan result trial SPM.

July Intake pula, majoriti pelajar yang masuk mendaftar adalah pelajar tajaan daripada pelbagai badan atau agensi. Ada juga private student. Setakat yang saya tahu, penaja yang terlibat antaranya JPA, Mara, JPA-MARA, Felda, Yayasan TNB, Petronas, Maybank, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), Yayasan Terengganu, Yayasan Negeri dan sbg.
Library yang gah !


Cadangan saya, memandangkan INTEC ni IPTS, masuklah dengan biasiswa atau tajaan. Saya sendiri tidak memilih INTEC pada mulanya tanpa bantuan kewangan daripada penaja. Penaja sendiri yang menetapkan tempat persediaan. Saya yakin KUPSISian yg kini di INTEC juga sama keadaannya. Kecuali jika anda berkemampuan untuk membiayai sendiri pengajian, maka silakan. Yuran mahal.



Belajar di INTEC bagaimana ? Guna sistem Foundation ke Matriks ?
Kami diasingkan mengikut program. Setiap program pula terdapat kos-kos tertentu yang ditawarkan. Ada beberapa program persediaan ke luar negara yang ditawarkan di INTEC. Yakni :

*Klik link untuk maklumat lanjut

Itu dulu. Kini, INTEC ada tawarkan pelbagai program baru mengikut dasar penaja. Wujudlah program-program baru seperti :

A level New Zealand (ALNZ),
A Level Australia (ALOZ),
A Level United State (ALUS) and etc ..

oh, by taking AUSMAT tak semestinya ke Australia and ADFP & ACTP pula tak semestinya ke US sahaja. Pelik tapi benar.

Program ALG, France, Korean Programme, dan KTJ menawarkan kos engineering dan tindikan bahasa sahaja.

ALM dan MEP pula menawarkan kos Medicine, Dentistry, dan Pharmacy.
Manakala ALUK, AUSMAT, ADFP & ACTP menawarkan pelbagai bidang pengajian seperti Accounting, Pure Science, Architecture, Engineering, Psycology, Bio-technology, Actuarial Science, Economics dan sbg.
*bergantung kepada pihak penaja


Bagi yang akan fly ke negara omputih ,anda tak perlu jumpa MUET, tapi akan berkenalan dengan IELTS, TOEFL, SAT dan sbg, mengikut program masing-masing.

Student yang akan fly ke negara yang menggunakan bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan perlulah lulus dalam ujian bahasa tertentu (Korea, Jepun, German)

__________________________________________________________________________
___________________________

Jika berminat dan ingin tahu lebih lanjut apa itu A Level, AUSMAT, ADFP & ACTP, KTJ dan sbg. Silalah bertanya kepada yang berkenaan. Agak banyak jika ingin diceritakan secara terperinci di sini.
____________________________________________________________________
_________________________________

Hidup di INTEC ?
Anda akan belajar di Kampus INTEC di Seksyen 17, Shah Alam. Kolej Kediaman anda pula dibahagikan kepada tiga. Kolej Cemara dan Kolej Akasia di Seksyen 18 atau di Kolej Cendana di Seksyen 6.

Buku camne? Kalau pelajar tajaan jangan risau. Penaja anda yang akan belikan buku teks, tapi tak semua jenama la. Tak perlu susah-susah beli. Lagipun buku-buku international ni mahal belako. Banyak guna lecturer notes jugak. Kalau nak lebih buku rujukan kena usaha lebih cari dari senior. No worries. Banyak buku tersedia untuk di wariskan turun-temurun kepada junior. Memang dah tradisi di INTEC kot.
Suasana dan landskap INTEC

INTEC lebih kepada sekolah berbanding universiti. Pelajar menggunakan kelas dan makmal. Tiada lecture hall yang besar seperti di IPTA lain. Best jugak sebenarnya belajar dalam kelas. Lebih mudah untuk lecturer fokus kepada pelajar. Bayangkan lecturer perlu mengajar ± 300 pelajar dalam satu-satu masa. Kalau teringinkan suasana sebegitu, INTEC memang bukan tempatnya.
Pusat Islam pelbagai fungsi :D


Ada Pusat Islam dan beberapa surau yang menempatkan pelajar INTEC berjemaah di sana! 

Tiga Cafe tersedia dalam Kampus INTEC. Beli sendiri. Harga makanan ikut cafe. Cafe lain, harga pun lain. Standard je kot. Lebih kurang je. Di Kolej Kediaman pula makan di luar. Jangan risau kedai makan bersepah. Nak grand sikit ada KFC, Secret Recipe, Restoran Pak Li, Ayam Penyet, Bistro dan sbg. Kedai pun banyak. Giant, Mydin, Pasaraya Ole-Ole, Petronas, Bank Islam, CIMB, Maybank semua ada. KTM ada, bas Rapid KL ada. Senang la nak access ke mana-mana. Google je la.

Akademik je ? Aktiviti macam mana pulak ?
Sebagai pelajar INTEC, antara aktiviti yang akan anda dengar dan sertai adalah :

INPRO (Inter Programme) >> Pertandingan variety of sports. Bowling, futsal, badminton, basketball, netball, frisbee, volleyball and table tennis. Last sekali ada INPRO Closing Ceremony. Ada marching, performance, mcm hari sukan kat sekolah dulu-dulu. Kat sekolah semangat rumah. Sini semangat program. Nama pun Inter Program.
ZENITH_FAHMIN : Persembahan dari KTJ. Cari yang mana satu Fahmin.




Promote ALG ! Kelihatan Atma (Chivalry Gen) di situ


iPRO-Khas (wajib bagi muslim) >> basically ni Program Pemantapan Rohani. Best! Akan didedahkan dengan fiqh Travellers. Bagaimana solat di tempat awam, atas flight, pengurusan jenazah, membezakan makanan halal dan haram. Dia dedahkan ilmu yang penting sebagai bekalan pelajar muslim ke luar negara. Sangat berguna :D awesome !
Majulah sukan untuk negara !


i-KoPLN
 (wajib semua pelajar) >> Kokurikulum Pelajar Luar Negara. Akan dibahagi kepada kumpulan, setiap minggu ada aktiviti dan dipenghujung sem akan ada aktiviti jualan. $$$! i-KoPLN ni hanya untuk satu sem je.

           Banyak kelab/persatuan sama ada peringkat antarabangsa mahupun peringkat tempatan yang tersedia. Nanti boleh cuba explore. Contoh : JPKCA (Jawatan Perwakilan Kolej Cemara Akasia), Toastmasters Club, Minds Club, kelab ORBIC (debat), HACC(hiking), taekwando, silat dan sbg.


            Yang menariknya, badan-badan persatuan di INTEC seperti (Profesional Student Society) PSC, seringkali menganjurkan program bombastika, dan yang paling penting islamika! Banyak figura-figura hebat dijemput untuk mengisi aktiviti di INTEC. Jika berkesempatan boleh jumpa orang hebat datang INTEC. Artis, penceramah mantop, penulis novel, menteri, atlit negara dan sebagainya.
          
         Kalau nak cari pengisian rohani, di sini jugak banyak sumber. Surau-surau di kolej kediaman aktif bergerak. Dikendalikan sendiri oleh pelajar INTEC dan juga ustaz dari INTEC. Usrah juga merata-rata, alhamdulillah. Sekali tersangkut, pasti jatuh hati  {•ᴥ•}
          Antara event yang besar di INTEC adalah ROS (Raise Our Spirit) dan ICE (INTEC Cultural Event) dan banyaakkkk~~ lagi aktiviti lain. Akan ada iMP (INTEC Minggu Persatuan). Waktu ni semua kelab akan bukak booth untuk mempromosikan kelab yang ada di INTEC. Kalau rajin join je. Kalau taknak aktif pun takpe. Sesetengah program tak perlu markah koku macam kat sekolah dulu.


Tahukah Anda ?

Oh ye, Zenith Gen bukanlah warga KUPSIS yang pertama di INTEC ni.
Teacher Hasila (Cikgu Physics | Manchester University) dan juga saudara Khairil Ashran (Pioneer Gen| Korean Program | Inha University, Korea)  adalah alumni INTEC. Dah fly dah :D

Antara KUPSIS-ian yang kini masih gah (cewaah) di INTEC adalah 
:

*Boleh klik nama-nama di bawah untuk melayari FB mereka !

(1) Zenith : Fahmin Ismail, KTJ  [3 dari kanan]
(2) Chivalry : Atma, ALG [baris belakang, cari paling tinggi]





Generasi Aspuri KUPSIS di INTEC !

Valiant Gen :

..... Siapakah insan bertuah itu...?





Written by Zenith Generation ;



.

21 comments:

Manirah Mahmad said...

:) yeah nice sharing kak izzah!

Anonymous said...

Tcer hasila ?

Anonymous said...

intec ni dulu sekolah btw :p

Anonymous said...

untuk alevel july intake bila dyeorang akan fly biase ek ?

Unknown said...

Slm, nak tanya, ape subject2 yg diambil kalau ambil a level course science?

Anonymous said...

Vivacious generation pon akN ada ��

Anonymous said...

assalamualikum..nak tanya, boleh tak masuk intec ni tanpa sholarship? maksudnya bayar sendiri? mahal tak? then,klau tak mntak scholarship utk masuk intec tu lepas tu nnti klau boleh fly akan ditaja atau bayar sendiri? mohon pencerahan..sbb baru tahu ttg intec ni and sholarship jpa, mara dah tutup. tapi guna sholarship lain boleh tak? harap dibalas..teringin sangat nak masuk intecni

redlipstickmaiden said...

Biology, chemistry, core mathematics, statistics, english, physics (half)

redlipstickmaiden said...

Boleh. Cost depends on what courses you are taking. Yg saya tahu kalau a-level medicine, you've to pay around 9k per sem; 6months. And for the accommodation pulak 1k per sem but it's okay if you want to stay out of college, with condition you are a private student. As far as I know, AUSMAT pulak is a bit expensive. Nanti bila nak fly, selagi you takde scholarships you've to pay by yourself everything. Most of my private friends, they apply for scholarship lepas result keluar. Boleh je cuma your effort have to be more than others because scholarship for a degree abroad is very very limited especially if you are in the science stream. Nak apply scholar lain pun boleh as long dia boleh taja you sampai habis dekat sana. Hope this help.

fatihahrmdn said...

Nak tanya, lepasan diploma boleh apply ke?

Anonymous said...

Salam,macam mana nk mintak scholarship untuk masuk Intec?And apa qualification (SPM result) utk apply AUSMAT intec?

Unknown said...

Salam,nak tanye boleh ke masuk intec gune pape loan @ scholarships mane2??...pastu terjamin ke lps abis program di intec kita akan senang nak further study??..nak sambung degree nanti kene mintak biasiswa lain ke??....mohon respon secepat mungkin.

Anonymous said...

Selalunya student yang masuk intec adalah student tajaan JPA, MARA, dll yang mendpt keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka ditempatkan oleh penaja mereka di INTEC untuk membuat persediaan ke luar negara. Kalau nak guna duit sendiri sebagai private student pon boleh memandangkan INTEC sudah diswastakan (sebelum diswastakan pon INTEC ada menerima private student). Berkaitan dengan further study pula, kalau anda adalah pelajar tajaan, anda boleh fly kalau keputusan peperiksaan anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh penaja dan mendapat tempat di universiti yang anda pohon.

Easedway said...

Salam, saya ada terima masuk untuk intec 3/1 tapi private..boleh ke saya study sambil cari scholarship atau adakah saya tetap harus bayar semua? Mara and jpa boleh ke bagi biasiswa sebelum result spm keluar? Mcm mana ya? Saya nak scholarship

Unknown said...

Saya mk tnya mcm mana nk apply intec kalau result spm belum dpt? And adakah qualification berbeza mengikut bidang yg dikehendaki? Sya nak ambil bisnes. Negara dan U mana yg menawarkan bidang tersebut? Saya dah search tp x jumpa. Mohon pembalasan. Thanks

Unknown said...

Awak ada apply atau twaran dtg? Ikut result trial eh? Untung ler dpt dah intec. Tahniah.

Rais Al Attas said...

If yang tak dapat INTEC boleh ambil A-Level di:

1. MSU College Penang
2. KDU College Penang
3. Taylors
4. Sunway
5. INTI
6. Brickfields Asia College
7. Advanced Tertiary College
8. International Medical University
9. Penang Medical College
10.Penang International Dental College
11.SEGI College
12.KBU
13.Sentral College Penang

Anonymous said...

Boleh share contact ke? Nak bincang something kat WhatApp..

JeonKookie said...

nk tanya, kalau pinjamam bole ke nk masuk intec?

JeonKookie said...

nk tanya kalau pinjaman bole ke msuk intec?

adik beradik ahnaf homestay murah shah alam said...

Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

Hanya 14 min ke INTEC Shah Alam

Post a Comment