Wednesday 19 December 2012 | By: Zenith

Tahniah KuPSiS

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Entri kali ini sekadar ulasan Result PMR
yang diterima oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 KuPSiS-Vivacious Generation.
Sebagai warga sekolah, Zenith juga tidak terkecuali untuk tumpang gembira.
Wajah-wajah ceria guru-guru dalam gambar-gambar yang diletakkan di Facebook dan Twitter,
terbayang-bayang kegembiraan adik-adik di sekolah ketika keputusan diumumkan.
Apatah lagi bila Vivacious memecah rekod mencatat kedudukan No. 1 PMR di Kedah
mengalahkan sekolah-sekolah lain yang tidak kurang hebat di Kedah.
Cukup membanggakan.

Adik-adik Vivacious sekalian,
tahniah atas kejayaan cemerlang ini.
Kepada mereka yang mendapat Straight A's, itu bonus untuk anda.
Manakala yang tidak, janganlah rasa terpinggir kerana kejayaan No.1 Kedah itu
bukanlah bergantung kepada yang 8A semata-mata, kalian juga ada bahagiannya.
Usaha ini usaha bersama, maka railah bersama.
Ini kejayaan anda semua dan para guru.

Kejayaan cemerlang ini jadikanlah sebagai perangsang dan suntikan semangat.
Ingatlah kita semua adalah generasi pertama di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
Ingatlah suatu masa dahulu kita pernah lalui saat-saat susah untuk membentuk budaya sekolah dan
suatu masa dahulu kita juga pernah sama-sama diuji dengan keadaan sekolah yang serba kekurangan fasiliti.
Walaupun begitu, hala kita tetap sama, berbakti kepada sekolah tercinta.
Kerana inilah sekolah yang budayanya kita bina dengan agama, budi, akhlak dan prestasi kita sendiri.
Janganlah jerih payah itu dilupakan, janganlah derita itu disia-siakan.
Biar terus tersemat dalam ingatan, membakar semangat untuk terus berkhidmat.


Oleh yang demikian, sambutlah kejayaan bersama kalian ini dengan gembira.
Pesanan kepada sahabat Zenith mahupun senior-senior yang lain,
janganlah adik-adik kita ini kita ingatkan mereka tentang SPM mereka kelak
dengan kata-kata yang menakutkan kerana suatu masa dahulu kita juga pernah bergembira
atas kejayaan cemerlang PMR kita, jadi berikanlah peluang yang sama kepada mereka juga untuk gembira.

Guru-guru yang tidak kenal erti lelah,
mengajar dari pagi hingga ke malam.
Menyediakan kelas tambahan dan sebagainya,
tahniah, guru-guru sekalian benar-benar cekal, dan tabah.
Sebagai balasan, Allah gandakan kegembiraan.
Syukur Alhamdulillah


(Wajah-wajah pelajar Straight A's Vivacious Generation)


(Banner yang diletakkan di pagar pintu masuk sekolah)



(Wajah ceria Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru sekolah)


(Kenangan indah di pentas sekolah yang tak mungkin dilupakan)



(Wajah-wajah Vivacious ketika menunggu keputusan)


(Dewan yang suatu masa dahulu pernah juga menjadi tempat tercatatnya sejarah Zenith: 36 pelajar Straight A's SPM, 100% lulus 2011)


Sekolah ini, sekolah kita.
Perjuangan ini, perjuangan kita.
Kejayaan ini, kejayaan kita.
Teruskan berbakti demi sekolah tercinta,
STRIVING TOGETHER TOWARDS EXCELLENCE.


Sekian dari Zenith.
Assalamualaikum.




1 comments:

Unknown said...

KUPSIS is getting better and better :) Alhamdulillah. Tahniah :D

Post a Comment