Monday 3 December 2012 | By: Zenith

JOURNAL WIRA PLKN



TANYA WIRA





   Dah jadi satu hobi bagi putera-putera KUPSIS untuk menyanyi dalam bilik air. Termasuklah aku. Hehehe... So, macam biasa, petang tu aku menyanyi penuh gembira dalam bilik mandi. Aku sangkakan hari itu sama seperti hari-hari sebelumnya, namun... Aku silap! Satu berita telah mengubah hidup aku selamanya.
   Tengah syok-syok menyanyi part korus, pintu bilik mandiku diketuk kuat!

  TAP! TAP! TAP!

 Aku terkejut, "WOI! Ape ketok-ketok ni?! Orang tengah mandi la!!!"

  "Weh Eqhwan, hang dapat PLKN!!! HAHAHAH!!!" itu suara dormmate aq, Amirul Asyraf A.K.A. Miwel. Seronok!
 
   Tidak mudah untuk aku percaya, kena siasat ni! "Awat lak aku dapat PLKN??!! Markah koko aku A kot! Hang tau mana? Mana hang dapat nombo IC aku?"

   "Aku amek dalam wallet hang la!!!! Hahahaha....!" balas Miwel. Aku bergegas bilas dan masuk ke bilik dorm 1A-2 untuk mendapatkan kebenaran. Terjah!
   Di bilik, roommateku menunjukkan mesej PLKN, lebih kurang macam ni....

  'Tahniah kepada Amirul Eqhwan Bin Rahim, nombor kad pengenalan sekian-sekian, anda terpilih untuk menyertai program latihan khidmat negara.' (O_O)?!

   Pada saat itu, aku hanya mampu REDHA :)


PLKN BAGI SAYA

   

Sahabat2 dorm L5 :) Wira Eqhwan

     Cakap je PLKN orang akan ingat macam kem askar. Aku pon ingat camtu gak dulu, tapi bila dah masuk PLKN, sebenarnya ia lebih kepada satu kursus. Kursus untuk patriotikkan anak-anak remaja yang dah banyak kena virus-virus "akutidakpedulisme". Ingat lagi, ada sorang sahabat PLKN pernah tanya kat Cikgu PLKN kelas kami.

   "Cikgu, kenapa kena ada PLKN?" jelas nada tidak berpuas hati dalam kata-katanya. Cikgu dengan penuh berhemah menjawab,

  "Suatu hari nanti, kami golongan dewasa ni akan pergi, dan kamu semua akan jadi penggantinya. Kami tak nak Malaysia dijajah semula, sebab tu lah PLKN ni ditubuhkan. Untuk melahirkan pemuda-pemuda yang berpatriotik tinggi, bersatu padu antara kaum." Jelas cikgu itu.

   Jadi dari kata-kata cikgu itu, saya mendefinisikan PLKN sebagai salah satu medium untuk melahirkan pemimpin yang berpatriotik tinggi, disamping mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia. Dalam surah Al-Baqarah pun Allah telah berfirman, "Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini...." so, Wira-wira, manfaatkan PLKN (>_<)
  

JURNAL SEORANG WIRA

  Setiap pagi kena bangun sebelum Subuh. Mandi-mandi (Sejuk kot mandi pagi dalam hutan), pastu pergi surau. Solat berjemaah, WAJIB! Tapi ada kem PLKN lain yang tak begitu strict. Kenapa nak berjemaah? Untuk memantapkan lagi UKHWAH FILLAH la. Pahala pun banyak!

Wira Umar Abdul Aziz (Zenith) dengan Wira-wira berbangsa Cina :D
  Lepas solat, pergi padang kawad lapor diri. Nyanyi lagu Negaraku, lagu PLKN. Setiap weekdays. Then pagi-pagi bersenam. Sihat wo! Sometimes pagi-pagi ada latihan kawad. And some other time ada senam seni, boleh la belajar menari time tu, mana la tau ada bakat-bakat terpendam! Hehehe

   Habis bersenam pagi, pergi breakfast (makan pertama). Makan ramai-ramai, macam kat skolah dulu. Time tu mula la rindu Dewan Makan asrama.. Huhuhu... Ok, siap breakfast, balik bilik. TIDOQ!!! Yeah!!! Cewah, banyak cantek! Balik bilik kena siap-siap untuk ke kelas. Yang specialnya kelas kat PLKN ni, diorang pakai module. Module Perpaduan, Agama, study pasal diri sendiri, study pasal orang lain dan banyak lagi... Macam Astro, macam-macam ada! Kat kelas ni korang kena belajar betul-betul, tapi still enjoy :) Kelas dia kadang-kadang mengimbau nostalgia aku kat Tadika Kemas, but setiap program dalam kelas tu ada motifnya. So, take part! Antara waktu kelas tu ada gap, untuk minum pagi (Makan kedua), so relax-relax la siket. Pastu, dah habis kelas, Lunch plak (Makan ketiga.). Nasi dia Alhamdulillah sedap. Berkhasiat lagi halalan toyyiban! Lepas lunch buat apa? Fizikal dah kenyang, rohani pon kena la kenyang juga, solat Zohor la :)

   Sebelah petang lagi banyak program dia, Kawad, Jungle trekking (macam ikhtiar hidup tu..), belajar Tempur tanpa Senjata (Sekali je tak silap aq..), pertolongan cemas, kadang-kadang ada kelas. Program-program ni selang seli. Semua aktiviti ni bagi banyak ilmu pengetahuan yang tak dak dalam buku-buku teks sekolah. Hehehe...
Lepas habis aktiviti petang, pi solat 'Asar pulak, and then, makan lagi untuk tea time (Makan keempat). Makan makan makan, nyum nyum!!!

WIRA Ali (Zenith) : Berkampung Memasak :)
   Alright, lepas perut dah kenyang, pergi balik padang kawad. Lapor diri. Lepas tu... Enjoy! Korang nak main bola sepak ka, nak joging ka, nak main golf ka (err..), ikot suka la. Asalkan kena riadah. Takleh lepak dalam dorm!!! Time ni la boleh release tension, SPM kan baru habis, so PLKN kira macam tempat honeymoon gitu :) Riadah sepuas-puasnya!

   Lepas dah penat bermain macam kanak-kanak Ribena, dalam pukul 6.30 macam tu, Dinner plak. (Makan kelima!) Lepas makan, lari cepat-cepat balik bilik sebab nak mandi. Kalau lambat, bilik air penuh la.... Then solat maghrib. Time ni, ada tazkirah dari Ustaz, and kadang-kadang dari Wira sendiri. Program kerohanian. Kalau duduk rumah agak-agak ada tak program macam ni, kalau ada pun korang join tak? So, bersyukurlah, kerana Allah menyayangi kamu :) Allah sayang semua. Tazkirah sampai la masuk Isyak. Kalo ari sabtu bes sket, ada usrah. Hayati betol-betol, inshaAllah ada manfaatnya.

   After that, pergi balik Dewan. Kadang-kadang ada tayangan video. Program-program, and also taklimat. Malam rilex sket.. Lepas habis program, Supper plak (Makan keenam!), pastu nak buat ape lagi? Tidoq la.(=_=).zZZ And aktiviti ni akan berulang-ulang for almost 3 months.

BESTNYA PLKN

     Yang aku suka sangat kat PLKN ni, makan free. Dobi free. Heheheh. Tapi yang paling best adalah pengalaman-pengalaman baru yang aku dapat. Dekat skolah dulu, benda yang aku tak suka adalah kawad, tapi bila dah masuk PLKN, aku tanya diri aku, "Isyh, aku ni dah la tak reti kawad, takkan la nak keluar PLKN dengan ilmu kawad kosong di dada? NO WAY MAN!!!" so aku pon join la kawad, TUP TUP Skuadron kesayangan aku yakni MIG menang untuk kategori Wira!!! Alhamdulillah, first time join kawad, first time tu gak la menang :)

Wira Safwan (Zenith) tidak dapat menahan keseronokan di PLKN :D


   Ape tu skuadron?? Ha.... Kalo kat skolah dulu ada sistem rumah kan? Kat PLKN pon lebih kurang la. Ada 4 buah company, ALPHA, BRAVO, CHARLIE, and DELTA. Aku punya kem unik sket, tak pakai Company, kami pakai Skuadron sebab Kem tu under Air Force. Gempak Seyh! Nama-nama dia ; HAWK, HORNET, M.I.G., SUKHOI. Dalam satu dorm, ada pelbagai kaum. Mostly Melayu, Cina, India la. Kat dalam dorm la boleh kenal dan dapatkan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, mahupun latar hadapan (ke ke ke). Alhamdulillah, katil aku sebelah seorang Wira Cina, nama dia Ian, dari dia aku belajar bahasa mandarin siket-siket. Xie xie Ian!


  Oh yeah, yang paling gempaknya PLKN ni adalah dapat latihan menembak FREE! Pakai senapang M16 dengan 20 peluru. BANG! BANG! pastu dapat main Flying fox (Fire fox tak dak ya !), dapat camping, and dapat RM450 (tak silap la). Jurulatih and cikgu-cikgu pon baik. Tapi diorang pun manusia, perlu dihormati dan disayangi. Aha! Ada jugak program mentor mentee. Kalau ada masalah, boleh la share dengan Mentor masing-masing. Kalau korang fikir positif, insyaAllah seronok la jadinya PLKN ni! :)





TAK BESTNYA PLKN

   Well, PLKN bukan syurga, maka ia tidak sempurna. Ada lah jugak certain part yang aku rasa KURANG sket.. Yakni, kena lapor diri, lapor diri, dan lapor diri. Tapi ada hikmahnya, takut ada yang hilang kena sorok ngan momok ke, hantu durian ke....

  Then, PLKN mengamalkan konsep sorang buat semua orang kena. Sebab tu la pentingnya amar makruf nahi mungkar, tak boleh ananiah (individualistik)! One more thing, sebagai manusia yang normal, kadang-kadang penat tu datang menyapa :( And of course, rindu nak balik rumah, nak tengok citer naruto... Tapi, be tough, 3 months only :)

WIRA Irfan (Zenith) : Baru balik Solat Jumaat :)
NASIHAT UNTUK BAKAL-BAKAL WIRA

   Mental kena kuat! Fizikal kena strong! Rohani kasi MANTAP! Aktiviti-aktiviti dekat PLKN memang kadang-kadang energy-consuming, kena kawad tengah padang contohnya. So, pastikan korang fit! Ubat-ubat tak yah bawak, PLKN ada sediakan, nak bawak pun ikut suka la, tapi usually diorang pegang ubat tu.

   Henfon tak yah la bawak yang mahal-mahal.. Kang hilang menangis tak berlagu plak. Pastu pastikan bawak perfume, sebab peloh2 anda mampu membunuh sistem pernafasan orang lain! Huhuhu... Barang-barang keperluan macam sabun, ubat gigi tu pandai-pandai la ready kan, takkan la tu pon nak kna ingatkan? (dah macam bapak orang plak membebel.)

WIRA MEL (Zenith) mengamalkan konsep 1 MALAYSIA :D

  Kalau tanya aku, apakah benda yang paling sukar sekali di PLKN... Adakah Push up? Lompat bintang? Kawad kaki tengah padang? maka jawapan aku adalah TIDAK. Sebab benda yang paling sukar tapi ramai yang ambil mudah adalah AGAMA. Bukan nak kata agama itu sukar, YA ISLAM ITU MUDAH, tapi cabaran agama di PLKN sangat.. Pergh! Kalau sebelum ni mata hanya melihat gadis-gadis bertudung, then kat PLKN bergaul (bila perlu) dengan mereka yang non-muslim, cabarannya besar. Tapi!!! Gunakan PLKN ni bukan sahaja sebagai medium patriotik, tapi juga sebagai medium dakwah!!!! (^_^)

STRIVING TOGETHER TOWARDS EXCELLENT!
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!

Wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh :)


Hormat! Sekian sahaja dari penulis :) 
Pesanan last, WIRA tak payah bawak sikat!!! Hehehe.

0 comments:

Post a Comment