WELCOME TO JAD ;)
Assalamualaikum… :D
Seperti
yang diamanahkan oleh saudara Eqhwan, saya ingin memperkenalkan kursus JAD.
JAD TU APA
EH? MCM BEZ JA, MCM COMEL JA..
Tak kenal
maka tak cinta. Hemm, apa kata kita ta’aruf dulu haha.. XD JAD adalah singkatan
kepada Japanese Association Degree atau bahasa Melayunya Program Ijazah
Berkembar Jepun. Nama timangan dia MJHEP(Malaysian-Japanese Higher Education
Program). Nak sebut mana-mana pon tak kesah. JAD ni sebenarnya ditubuhkan utk
merialisasikan Dasar Pandang ke Timur yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir
pada thn 1983.
WAH WAH ! JAD MEGAH ! :D |
APA BEZA
DENGAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA YANG LAIN??
Perbezaan
yang ketara, program ni bukan under JPA @ MARA tapi dibawah biayaan YPM
(Yayasan Pelajaran Mara). Bahagian Latihan dan Penyelidikan, Japan
International Cooperation Agency 2011, telah mengiktiraf kejayaan JAD sbg Model
Program Pendidikan Tinggi Jepun terbaik yang dikendalikan di luar Negara
Jepun.(wahh-wahh!).Program JAD hanya menyediakan pembelajaran untuk Mechanical
Engineering dan Electric & Electronik Engineering.
Dah nama
“program berkembar”, tang mana berkembar tu?? :D
Haa.. mai
chek nak jawab. Dekat Malaysia bkn setakat buat persediaan Bahasa Jepun ja,
tapi sekali dengan Diploma selama 3 thn. 2 tahun lagi Ijazah di Jepun. YPM juga
sediakan biasisiwa unk sapa2 yang nk sambung master dan phD.
Macam Jepun jer.. Macam Best Jer :D |
Kiranya
nanti kt Jepun buat ijazah ka?
Yupp! Bila
dah fly kat Jepun, teruih buat Ijazah dan jadi pelajar tahun ke-3 (U3). Dari
Malaysia kita akan “carry forward” credit hour. Dekat sinila nampak kelebihan
program JAD berbanding dengan program-program lain.
Tahun Pertama (18 tahun)
|
Matrix
Year (Malaysia)
|
Tahun Ke-2 (19
tahun)
|
University
Year 1 (U1)
(Malaysia)
|
Tahun Ke-3 (20
tahun)
|
University
Year 2 (U2)
(Malaysia)
|
Tahun Ke-4 (21
tahun)
|
University
Year 3 (U3)
(Japan)
|
Tahun Ke-5 (22
tahun)
|
University
Year 4 (U4) (Japan)
|
Scholarship
YPM
Sapa-sapa
yang dapat scholarship YPM dia tak perlu bayar balik bila dah habih belajaq.
(la, dah nama pon biasiswa kan). Sepanjang pembelajaran dari Matrix Year sampai
U4, YPM menaja sebanyak RM400,000 setiap sorang. Subhanallah, banyak tu. YPM
pon tak bond mana pelajar JAD dengan YPM, kiranya lepas grad, pelajar JAD bebas
untuk bekerja dekat mana-mana tempat. Dalam sebulan elaun sara hidup RM430 di
Malaysia. Makan minum kena cari sendiri, hehe tapi bilik disediakan tak payah
bayar pon la.
KEHIDUPAN
PELAJAR JAD
Mula-mula masuk JAD, mesti culture shock
dengan tempat tu sendiri. Program JAD ni
buat dekat MARA-JAPANESE INDUSTRIAL INSTITUTE, MJII (Beranang, Selangor),
program macam OISCA pon ada jugak kat sini. Kolej ni memang dikhaskan utk
program yang berkaitan dengan Jepun. Sebab tu la jangan terkejut bila sampai
sini, kiri kanan, sign board semua bahasa Jepun. Sapa-sapa yang ada basic Bahasa Jepun, kalau
dia masuk JAD memang ada advantage utk dia. Kalau start dengan zero pon tak apa
sebab lama-lama, semua orang akan sama level.
JAD : SPORTING HABES !!! :D |
Sebab apa
tahun pertama tu panggil matrix year?
Tahun
pertama tu banyak belajar basic chem, physic dan math. Fokus sem1 dan sem2
adalah subjek Bahasa Jepun. Kalau tengok jadual pon Bahasa Jepun lagi banyak
dari subjek science. Masa ni lah sensei-sensei Jepun akan layan kita macam
budak tadika… haha.. Bez kot! Sem1, subjek Science masih guna English, bila dah
masuk sem 2, semua subjek convert ke Bahasa Jepun kecuali English hehe..
Buku
rujukan kena beli ka?
JAD : Paper Car Invention :D Kalah Doremon ! |
Jangan
gatai tangan nak beli, haha… Jangan risau, semua buku rujukan dapat pinjaman.
Utk subjek Bahasa Jepun, YPM sediakan dictionary electronic setiap sorang. Tu
pon pinjaman jugak, nanti kena bagi balik.
Penginapan
Blok
akademik dengan asrama dekat sangat-sangat. Kolej MJII Beranang ni kecik lagu
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Nak keluar pon kena tulis nama dekat pondok
gatt, macam sekolah kan haha…
LAGU MANA
CHEK NAK MASUK PROGRAM NIE??
Adat Melayu Tak Pernah Dilupakan :3 ZENITH_MAEY Bersilat bak hang !! |
Kenalah
selalu bukak link ypm―http://www.jadypm.edu.my/index.php/en/. Selalunya
dia tak akan iklan dekat surat khabar. Masa intake 2012, guna result SPM untuk
isi borang, tapi intake 2013 guna result trial SPM. Mungkin sistem pengambilan budak
JAD bertukar-tukar setiap tahun? Mungkin? Klau calon-calon yang lepas, ada 2
sesi iaitu ujian bertulis dengan interview.
Kalau ujian bertulis ni ada subject English,
Math, Chem & Physics. Tak ingat berapa soalan tapi semua soalan OMR ja.
Interview selalunya sorang-sorang (haha, cuak dak?) Kebanyakkan interviewer tu
sensei-sensei yang mengajar dekat JAD. Ada jugak kawan saya yang kena interview
dengan dean JAD. (=_=”). Soalan masa interview selalunya pasai sebab apa nak
masuk JAD la. Ada jugak yang kena jawab soalan math @ derive formula depan
interviewer tu… Alhamdulillah, saya sendiri tak pulak kena buat macam tu..
hehe. Masa ni tak salah rasanya bertegur sapa dengan calon-calon yang lain
sebab nanti bila dah masuk JAD kita akan jumpa orang yang sama jugak.
TADAAA !!! CHIVALRY GENERATION Pun Ada :D
OVERVIEW~~~
Kalau nak
cerita semua pasai JAD memang tak akan habih..Mai la masuk sini haha.. untuk
maklumat lanjut bolehla rujuk warga-warga KUPSIS di sini seperti Nik Ismail :D
ZENITH_MAEY ; Hotstuff JAD :D |
https://www.facebook.com/nik.ismail.7?fref=ts,
Mohd Zulhilmie, https://www.facebook.com/mohdzulhilmie.mohdamin?fref=ts
Amal Azraai https://www.facebook.com/azsfearless?fref=ts dan Safwan Sayuti https://www.facebook.com/safwan.sayuti.1?fref=ts
dan saya sendiri Siti Sahkirah
https://www.facebook.com/sitisahkirah.norsha?ref=tn_tnmn Kepada adik-adik lepasan SPM,
buatlah pilihan sebaiknya dan jangan lupa berdoa kepada Allah…
Wallahualam..
:D
ZENITH_SAHKIRAH : "Arigatou Haik!!! :p" |
by Siti Sahkirah :D
9 comments:
Ada x senior yg masuk asasi sains pertanian di UPM?
sat ek zikri azhar. kami survey :) InsyaAllah :D
salam kak nak tanya. exam jad tu susah ke? macam mana soalan nya? wajib score eh? interview tanya soalan apa je?
wassalam, adilahnorsham, boleh rujuk soalan interview jad dalam entri ni
http://mumtazzenith.blogspot.com/2012/12/scholarship.html
Mcm kenai ja
Mcm kenai ja
Mcm kenai ja
Assalam nak Tanya , Klau contoh saya dapat, mmg x kena bayar apa2 ke?
Kalau ada buku buku jepun yg rasa Tak guna lagi bagilah saya.
Post a Comment