Sunday, 8 December 2013 | By: Zenith

Suatu Hari Di Taman Budi , UIAM : Gateway to the Garden of Knowledge and Virtue :D


Meliar Kangkung tepian bidara
Dipetik Milah buat santapan
Assalamualaikum pembuka bicara
Bacaan basmalah saya mulakan

*Lepas gian nak berpantun kat sini...hee*...baiklah...sebagai memenuhi permintaan saudara Amirul Eqhwan a.k.a Pemimpin Bersaudara (nama famous beliau di fb) ana(Arabia sikit nak kasi ke*uia*an) akan mencoret serba sedikit mengenai UIA...

First and foremost apa itu UIA??? Semestinya ramai yang masih kosong tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia @ International Islamic University Malaysia...itulah nama yang dulunya juga asing bagi ana tapi setelah berkelana sudah hampir dua tahun maka sudah jelas lah di kaca mata ini di sebalik namanya itu...*panjang bebeno muqaddimahnya...almaklumlah sudah lama tidak lama mengarang...maafkan ana* :)

Al-Jami'atul Islamiyyah al-Alamiyyah Bi Malizia <3


*stegghek to the point lah*

Ok some people said that UIA ni half2 kerajaan-swasta sebabnya UIA ditubuhkan bila Tun M apply kt OIC...maaf tak dapat nak bagi kesahihan sebab setakat ni tak jumpa lagi Tun M...Pamiee@Fahmi Haziqq mungkin boleh aturkan pertemuan untuk ana dengan hua (dia lelaki in Arabic) kerana enta sering dilihat bersama beliau berdasarkan kajian ana di Instagram enta...ok cukup berseloroh...Marilah nahnu (kita) meneroka alam UIA...bagi yang kafiriphobia (istilah mak jemah) boleh lah merembeskan banyak2 oxytocin anda kerna di sini totally semua students Islam(jangan racist pulak nanti...we are 1Malaysia)...alhamdulillah...cuma ada beberapa lecturer sahaja yang bukan Muslim...apa yang special kat UIA nie???

Mahallah (asrama@kolej@sarang@reban) almost antik..

.elaun biasanya lambat masuk compare dengan U lain...

harga makanan kat cafe mahal macam bedil...

oh please it's too mainstream ok!!!!!

Beruntunglah mereka yang mencintai majlis ilmu@ halaqah@ceramah agama kerna hampir saban hari events begini wujud di bumi UIA...rugilah jika tidak memanfaatkannya...*ana antara insani yang rugi tu sebab jarang sekali bertandang ke majlis ilmu*...

Ni nak kasi makluman penting...kalau nak masuk UIA kena harungi APT dan EPT...What's that pokemon???APT stand for Arabic Paper Test dan EPT, English Paper Test...barang siapa yang tak exit paper atau memenuhi qualification so kena extend lagi tempoh hom(mereka) bertapa di UIA...either half year or a year...heee...*we are geng*...baiklah...berkenaan elaun tu jangan risau...setakat ni masih belum ditemui student yang mati kebuluran...maybe ada technical problem...

Haa bagi yang devoted their life in debate sangatlah dialu-alukan kedatangan hua ke UIA...walyatafaddhal...UIA power kot debate...Arab...hehe...no. 1 di Malaysia..tumpang bangga je...

ZENITH_AFZAN Menguasai Pentas Debat UIA :D


FYI UIA sangatlah dekat dengan pusat bandar sampaikan hampir semua shopping mall di keyy-el ni mampu dijajah...Mid Valley(jiran UIA), ONE UTAMA, The Curve, Amcorp Mall, Digital Mall (bagi yang kaki gadget)...yang kurengnya boleh keluar jengjalan hari minggu sahaja...titik...for me its good to keep you from wasting your parent's money and allowance...nak apa lagi???nak pi melawat kawan rakan karib teman sahabat yang kat UM juga mampu kerna UM's just a stone's throw away from UIA...

Thumma (next) kita bercerita tentang courses...jangan keliru bila apply ye...asasi perubatan (medic) dan asasi sains hayat (biological science)...biasanya ramai yang membuat rintihan tak berlagu berkenaan kemelut ini, jadi choose it wisely...nanti jangan buat pelik kalau dapat masuk Mahallah Abu Bakar bagi tholib (male student) sebab satu dorm ada 12-14 manusia bersama sama anda memeriahkan suasana bilik tu...wat lek wat peace...we share we care what...the more the merrier...haha... :D

ZENITH_IRFAN :Future Biologist :D

Setakat itu sahaja lah ana berceloteh berseloroh bercerita...ber ber ber...Kalau ada sebarang inquiry senang senang lah tanya di fb...insani lain yang bergelar UIAian still ramai kalau nak bertanya...Afzan Izzani, Liyana Rashid, Liyana Amir, Afaf Zulfa, Nadia Rosli, Nurul Izzah, Anis Natasha, Alif Sabri, Faiz Aziz, Amirul Firdaus, Ahmad Irfan, Muhammad Alif, Afif dan ramai lagi...maaf tak mention semua sekali...cukup lah tinta ini berakhir di sini sahaja...ana akhiri dengan salam perpaduan salam ukhuwwah fi sabilillah....Assalamualaikum  :)

*for those yang berhajat nak kahwin di usia muda turut dialu alukan sebab UIA bagi elaun kahwin time degree...ini SERIUS!!!*

ZENITH_SYAHRUL : Penuntut Nur Ilmu UIAM <3 :D




0 comments:

Post a Comment