EPILOQUE : PENGAKHIRAN?
13 May 2029
Rumah Faiz
'Subhanallah... Sudah lima tahun semenjak peristiwa itu berlalu. Jasad Eqhwan gagal ditemui. Alhamdulillah, nyawa Aminudin sempat diselamatkan pada malam itu.
Hari demi hari, keadaan beransur pulih. Kapal Zenith sudah lama dibaiki. Hospital Zenith beroperasi seperti biasa.
Usmar dan Afrina, sibuk membangunkan syarikat Zenith dalam pelbagai bidang. Aminudin, menjadi Menteri Pertahanan Negara dan menjaga kemakmuran negara. Afzan, membina pelbagai struktur bangunan, yang terpenting baginya adalah bangunan keimanan. Redzuan, mengaplikasikan syariat Islam dalam sistem kewangan negara. Izzah, kini seorang profesor dan pensyarah yang hebat, turut membuka akademi detektif sendiri. Dalam cengkerang kacang, semua warga Zenith mencapai kejayaan yang hakiki. Nama Zenith kini gah di persada dunia!
Pejam celik, pejam celik, aku kini sudah berusia 35 tahun. Alhamdulillah, anak dah tiga, 1 lagi dalam kandungan isteriku yang tercinta. Sekiranya kini Eqhwan masih ada, ingin sekali aku menjalinkan ukhwah keluarga kami bersama...
Namun, tiada apa yang kekal selain Ilahi. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Aku redha akan takdir ini. Buat Eqhwan, aku berdoa agar engkau sempat melafaz taubat pada hujung nafas mu. Semoga engkau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. InshaAllah. Amin.....
BERUKHWAH DI DUNIA
BERJIRAN DI SYURGA
Sahabatmu,
Faiz 13 MEI 2029
Perlahan-lahan Faiz menutup jurnalnya. Sebak. Tangisannya tidak tertahan. Satu mutiara suci mengalir di pipi.
"Abi! Abi! Umi panggil, tiup kek!" anak sulung Faiz berlari ke arahnya, dengan segera Faiz mengesat air mata. Dia tidak mahu anak sulung itu melihat dirinya bersedih pada hari jadinya.
"Abi... Happy birthday!" Anak sulungnya yang berusia empat tahun itu diletakkan di atas riba. Tembam dan sangat comel. Pipi Faiz dicium anaknya sebagai hadiah hari jadi, pada tangan anaknya terdapat sebungkus kotak hitam. Faiz tersenyum senang, sifat kebapaannya terserlah pada saat-saat seperti itu. Nama anak sulungnya dipanggil dengan manja,
"Eqhwan anak abi, ni hadiah untuk abi ke?" Faiz menunjukkan jarinya ke arah kotak hitam yang dipegang anaknya.
"Oh ye abi, hadiah ni ade Uncle yang bagi. Wawan tak kenal pon Uncle tu. Nah abi." anak sulungnya berbicara pelat, kotak hitam itu dihulurkan kepada Abi kesayangannnya.
"Cepat la Abi, Umi panggil tiup kek tu." rayu anaknya, kemudian anak itu berlari keluar dari bilik sambil menyanyi lagu happy birthday. Aktif dan nakal. Sangat comel!
Faiz tersenyum sambil menggeleng. Dia duduk kembali di atas kerusinya, kotak hitam pada tangannya ditenung. "Uncle?"
Perlahan-lahan dia membuka kotak bungkusan. Bismillah...
Faiz mengeluarkan isi kotak itu.
"Bunga mawar ungu?!" terperanjat Faiz, disertakan sekali sekeping kad yang diikat kemas pada bunga mawar ungu tersebut. Dia tersenyum membacanya.
"Uhibbukafillah abadan abada..... Eqhwan?!" Faiz tersentak. Dia bergegas keluar mendapatkan anak sulungnya.
"Muhammad Eqhwan anak Abi. Mana Eqhwan jumpa Uncle tadi?"
Apakah Eqhwan masih.....?
* * * * *
MALAM KEJADIAN
"EQHWANNNN!!!"
Jerit Faiz dari atas kapal Zenith. Dengan segera Eqhwan meneguk formula kimia yang dia ambil daripada poket Amin dalam gelap sewaktu grand dinner tadi. Satu senyuman nakal diukirnya.
"I'll be back! Hehehe..."
Kemudian, Eqhwan pun hilang dari pandangan ditenggelami air laut.
~Tamat~
(^_^)
8 comments:
thumbs up, wei!
Subhanallah, teruskan perjuangan sahabat
terbaek!!!
Semoga ilmumu bermanfaat Eqhwan. Allah berkati perjalanan dakwah inshaAllah. Teruskan prjuangan !
Syukran :)
thank you :) Sdap nama :)
InShaaAllah... Anda juga Afzan, I'm waiting for your karya :)
lgu nie ka Eqhwan... hahaha... :)
Post a Comment