DETECTIVES OF ZENITH : THE ZENITH CRUISE
PROLOQUE : PERGINYA SEORANG SAHABAT
10 Januari 2024
Zenith Airplane
Pandangannya melayang jauh ke langit luas di luar kapal terbang. 10 tahun lebih sudah berlalu, semenjak wanita itu meninggalkan tanah airnya untuk menimba ilmu di bumi asing. Kini, tiba saatnya dia pulang ke Malaysia demi menabur bakti kepada negaranya.
Nafasnya ditarik panjang, ditahan seketika, lalu dihembus.
Rindu.
Perasaan itu sudah lama bertamu di kalbu. Wanita itu amat merindui keluarga, juga sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah lama terpisah. Dia amat merindui Zenith.
"Lama rasanya tak jenguk group Zenith kat Facebook", si dia bermonolog sendiri.
Lalu telapak tangan kirinya dibuka, disentuh pula oleh jari telunjuk tangan kanannya untuk mengaktifkan gadget berteknologi tinggi pada era itu. Touch Skin.
Jari telunjuknya pantas menulis huruf Z.E.N.I.T.H. pada skrin yang terpapar pada tapak tangan kirinya. Tidak sampai sedetik, informasi yang dicarinya muncul pada skrin tersebut.
Di dalam Group Zenith itu, terpapar berita-berita kejayaan sahabat-sahabatnya, ada yang sudah menjadi menteri, doktor, arkitek, engineer, jutawan, serta para pendidik anak bangsa dan lain-lain. Pendek kata, semuanya berjaya.
"Alhamdulillah." Perkataan tahmid itu dilafaznya bagi memuji dan tanda syukur seorang hamba kepada Ilahi. Dia terus meneliti segala berita dalam group Zenith. Scroll demi scroll. Sehingga sampai satu berita tragis, scrollnya terhenti.
Satu berita tragedi itu menarik penuh perhatiannya. Nafasnya turun naik pantas. Dia seperti tidak percaya apa yang dibacanya dalam group Zenith Generation.
'Imam Muda Dr. Anas Asyraf meninggal dunia ketika sujud'
Headline yang terpapar ringkas, tetapi sudah cukup memberi impak besar kepada wanita itu.
"Innalillah..." Wanita itu beristirja'.
Segala yang hidup itu pasti akan mati, tidak kira usia muda mahupun tua. Kerana ajal itu satu kepastian, tidak terlewat atau terawal walau sedetik cuma.
Wanita itu mahukan berita yang lebih mendalam, kemudian, kebetulan seorang pramugari lalu di tepinya. Dengan sopan dia berkata kepada pramugari itu,
"Entschuldigung," kata wanita itu dalam bahasa German.
"Ja. Kann ich Ihnen helfen ?" pramugari membalas sopan.
"Würden Sie mir die Malaiisch Zeitung bringen?" wanita itu meminta surat khabar dari Malaysia untuk dibaca.
"Kein Problem, warte mal " lalu pramugari itu pergi mengambil
senaskah akhbar Malaysia. Beberapa minit kemudian, dia kembali
menghulurkan akhbar yang diminta.
"Danke schön." Wanita itu mengucapkan penghargaan dengan seukir senyuman.
"Bitte schön." pramugari itu membalasnya juga dengan senyuman, kemudian beredar untuk meneruskan tugasan.
Wanita itu membaca berita pada muka hadapan akhbar. Berita pemergian sahabat zenithnya, Anas. Imam muda merangkap doktor itu meninggal ketika mengimami solat sunat hajat di sekolah lama mereka, yakni KUPSIS, singkatan bagi SMS Kubang Pasu. "Astaghfirullah..." Wanita itu beristighfar berulangkali mencari ketenangan hati dari Ilahi. Dia berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kematian sahabatnya.
Deria detektifnya meronta-ronta!
0 comments:
Post a Comment